Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

February, 2008

Thursday, February 28th, 2008

Barisan Rakyat-Harapan Rakyat

barisanrakyat2.jpg

Thursday, February 28th, 2008

Budaya Tidak Mudah Ditakluk!

 

Apabila menyebut tentang budaya, ia amat berkait-rapat dengan adat istiadat, pendidikan, perundangan, ekonomi, pandangan hidup bahkan semua nilai peradaban bangsa. Proses budaya berlangsung selaras dengan pembangunan tamadun masyarakat yang dibentuk oleh pemikiran dan tingkah-laku mereka. Di nusantara, budaya Melayu tidak terpisahkan dengan agama Islam yang sejak abad ke 10 Masihi meresapi bahkan menjadi pemangkin Ketamadunan Melayu. Malah budaya Melayu amat erat dengan budaya-budaya lain yang menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai teras perlangsungannya. Namun, era penjajahan

kedua yang disebut globalisasi atau west toxication (keracunan barat) telah mampu menggugah kemandirian  masyarakat Melayu terhadap budayanya. Sepatutnya, budaya asal yang bersifat akar umbi dan dominasi akan kukuh dalam diri masyarakat dan tidak akan mudah ditakluk. Namun, mengapa toksid hegemoni barat melepasi sarwa ini? Continue reading Budaya Tidak Mudah Ditakluk!

Wednesday, February 27th, 2008

Pilih dan Rayakanlah Pilihan Anda

11764528871.gifMalam tadi saya berkesempatan melihat dari dekat bagaimana seorang wakil rakyat mendekati masyarakat. Program Usrah kami yang sepatutnya diadakan secara halaqah minggu ini dan minggu menghampiri PRU telah berubah menjadi agenda turun padang bersama calon Muslim di Taman Medan iaitu Puan Haniza Mohd Talha. Saya tidak kenal calon ini sebelumnya, namun kerana beliau Muslim satu2nya di kawasan PJS (dun/ n33) maka bulatlah hati saya membantu kumpulan mereka menjadi pilihan utama penduduk Melayu di kawasan Taman Medan. Continue reading Pilih dan Rayakanlah Pilihan Anda

Monday, February 25th, 2008

Kawan-Kawan Yang Memayungkan

KAWAN AZSelama saya bergelar pelajar di Varsiti Perdana, perkara yang menarik untuk dikongsikan ialah mengecap hidup di rumah sewa bersama kawan-kawan baru. Jikalau musim putik mahasiswa diredah sebagai warga kolej; separuh daripada masa tertumpu kepada aktiviti-aktiviti kokurikulum dan memimpin persatuan kolej, tinggal di rumah sewa lain pengalamannya!

Perkara utama yang dibimbangi ialah mendapat warga rumah yang tidak serasi dan cerewet. Selalu saya berdoa supaya Allah mengurniakan kemudahan ketika menuntut ilmu, salah satunya ialah teman-teman yang membantu ke arah kebaikan. Rupanya Dia mengurniakan lebih daripada apa yang saya pohonkan. Continue reading Kawan-Kawan Yang Memayungkan

Monday, February 25th, 2008

Malam dalam diri

img_1284.JPGMalam yang merendang guguran bintang dalam nurani Muslim seluruhnya. Moga kita mengumam butir ketenangan yang tercatur cantik dalam nubari yang sentiasa dibaja iman dan taqwa.insya Allah.

Malam yang membawa khabar bahagia bagi manusia yang lelah siangnya bak singa menerkam musuh kerana berjuang. Dan jurai malam menjadi abid merintih berdoa kerana bimbang dosa dan maksiat Continue reading Malam dalam diri

Monday, February 25th, 2008

CINTA MADINAH

pemandangan-masjid-nabawi-di-waktu-malam.jpgKembali Kita berjauhan

Salam Terpisah

Senyum Terpahat

Rindu Berbuah

Sayangnya Merendang

Jauh begini hati teruji Continue reading CINTA MADINAH

Monday, February 25th, 2008

Singapura Sekarang

Singapura pasca Las Vegas.

Rancangan bertandang ke Singapura tiba-tiba muncul di bibir abah. Hari itu, dalam kereta dari Kedah, saya, Hasna dan Hanifah menemani abah meredah sisir lebuhraya PLUS ke Kuala Lumpur. Agenda raya rupanya belum tamat. Dan jemala otak melayang pada nota dan kertas-kertas kuliah yang berterbangan entah ke mana. Belum lagi saya bersedia untuk menikmati peperiksaan dengan enaknya. Uhhh..pilihan saya, walaupun dalam keadaan tidak berbekal dengan ‘jawapan untuk imtihan’ saya tetap memilih untuk bermusafir dengan keluarga ke Singapura. Alasan kukuhnya, negara itu tidak pernah saya jejaki walaupun sejak kecil, saya berangan-angan untuk melancong ke Singapura. Kini, sudah 24 tahun, selepas Syria, Jordan, Myanmar, Medan dan Bangkok, pintu rezeki ke Singapura baru terbuka, Alhamdulillah! Continue reading Singapura Sekarang

Monday, February 25th, 2008

Laman web sedang dirawat

laptopaa021481.jpgSaya memohon maaf kepada para pengunjung yang dihormati (moga diberkatiNYA), sebagai orang yang baru belajar (dan sentiasa belajar), laman web ini masih dalam proses ‘pencerahan’ dan pembaikan. Insya Allah, akan ada sesuatu untuk anda yang mengunjung laman ini.

Cik Ummu Hani

senyum_sokmo2@yahoo.com

Wednesday, February 20th, 2008

Amy Search dan Norish – Saat mencium Kaabah

hi_02_big.jpg

Meja Anis kali ini ripuh apabila cadangan untuk menemubual artis ini dengan isterinya muktamad. Kenapa dia? Serasikah imej rocknya dengan majalah Anis yang Islamis? Pertanyaan demi pertanyaan berlangsung di minda sehinggalah team Anis berkesempatan berkunjung ke rumah mereka di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Tika bersua wajah, baharulah pertanyaan terjawab, artis ini sememangnya insan terpilih dan mempunyai 1001 kisah tauladan untuk dikongsi dengan masyarakat.

Beliau yang dimaksudkan ialah Amy Search dan isterinya Norish yang baharu sahaja menjadi tetamu Allah. Dibalut kejernihan azam dan kemanisan cintaNya, suami isteri ini berkongsi pengalaman berharga sebagai pengembara di bumi Tuhan. Continue reading Amy Search dan Norish – Saat mencium Kaabah

Wednesday, February 20th, 2008

YB Dato’ Khalidah Adibah bin Hj Ayob – Melihat Politik Dengan Hati Seorang Ibu

Wajahnya lembut keibuan tidak jemu mata yang memandang. Bicaranya lembut menusuk ke hati sesiapa yang mendengar. Selalu dalam bualannya diselitkan kata-kata nasihat dan peransang. Malah wanita ini bukan sahaja disenangi teman seangkatan, tetapi mesra dan rapat dengan setiap golongan masyarakat sama ada Muslim atau non Muslim.

Itulah YB Dato’Khalidah Adibah bt Hj Ayob, anak jati negeri Jelapang Padi yang juga merupakan salah seorang barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah. YB Dato’ yang lebih gemar dipanggil YB Adibah adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bukit Kayu Hitam sejak tahun 2003. Peranannya sebagai ahli politik tidak sedikitpun menggugah tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kepada lima anak iaitu Ahmah Afeeq Ashraf, 18 tahun, Ahmad Aliff Afifi,16 tahun, Nur Fitri Zulaikha, 15 tahun, Nur Fatin Zuhaili, 9 tahun dan Nur Firzana Zuhairah, 2 tahun. Continue reading YB Dato’ Khalidah Adibah bin Hj Ayob – Melihat Politik Dengan Hati Seorang Ibu

  • NURLIDA BT MOKHTAR: Salam Ummu Hani, Saya Kak Ida , ingin berkongsi...
  • Akim: link utk borang http://files.itnm.com.my/download/...
  • kakyong: tak salah utk berkahwin semasa belajar, asal faham...
  • Emyne Fahimah Chan: Assalamu'alaikum.. Bagaimana untuk saya mendapatk...
  • mamawana: Assalamualaikum Apa khabar Nik Nur Madihah? Ap...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com