Malam yang merendang guguran bintang dalam nurani Muslim seluruhnya. Moga kita mengumam butir ketenangan yang tercatur cantik dalam nubari yang sentiasa dibaja iman dan taqwa.insya Allah.
Malam yang membawa khabar bahagia bagi manusia yang lelah siangnya bak singa menerkam musuh kerana berjuang. Dan jurai malam menjadi abid merintih berdoa kerana bimbang dosa dan maksiat
Malam begitu sunyi tanpa khabar agung dari mukjizat suci yang beralun indah di bibir.Malam terasa lapang diisi ilmu tauladan dan amal manfaat yang boleh dikongsi insan lain.
Malam mengandung matlamat untuk hidup yakin di esok hari menjadi lebih baik daripada semalam. Malam menyulam cita menjadi insan mulia. Malam mengukir cinta untuk hidup bahagia di dunia dan akhirat abadi.
Malam menyubur afiat
Malam terkandung rindu
Malam membaja cinta dan cita
Malam meluluh lelah dan penat
Malam tapak melerai duka
Malam memukim mimpi angan
Malam mencetus hari baru dan jiwa baru..






