Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

February, 2008

Wednesday, February 20th, 2008

Cinta Yang Parah

Aku telah memarahi diriku untuk mencintai sesiapapun setelah aku ditipu oleh nafsu yang dulu (zaman muda-muda) tetapi perasaan itu adalah fitrah. Dan aku pun tidak percaya jika ada manusia yang mengaku tidak pernah tercetus rasa cinta dalam hatinya. Itu manusia ke kayu? Cinta tak semestinya berpasangan (couple). Tak semestinya ada perjumpaan atau ‘dating’. Tak semestinya kena ada surat cinta sebagai kad pengenalan cinta. Tak semestinya ada give and take ‘sms’ atau tidakpun sekali pertemuan pertama. Maka, dengan tak ada semestinya di atas itu, pastinya cinta itu (pada perspektif aku la) cinta yang suci dan bersih. Tetapi, kerana ia sekali mercup dalam hati dan hanya disimpan-simpan sahaja jangan percayalah kalau aku berjaya mengawal emosi setenang mungkin dengan tidak memikirkan sangat hal-hal kedua penting ini. Kadang2 aku berfikir. Kerana tidak mahu lagi bantal itu basah pula dengan air mata (selepas dibasahkan dengan air liur basi..hehehe) aku bertanya pada pakar syariah dalam rumahku iaitu Ustazah Najibah (masa kami berbuka puasa) “Kak Bah, bagaimana Islam meraikan orang yang jatuh cinta?” Budak-budak AZ yang buka puasa semua pandang aku. Faez pula aku rasa dalam hatinya mesti mengutuk- Ummu memang mudah jatuh cinta..kuangkuang… “Ini soalan untuk orang lain. saya wakil je” kataku untuk tutup mulut dan senyum  semua yang tengah berbuka puasa. “Guna orang tengah untuk luahkan. Sekurangnya, kalau tak jadi, cinta masih terhormat.” “Kalau sendiri..” “Beraniinya..” sampuk yang lain. Dan aku diam, jawapan mereka sedikit sebanyak buat aku berfkir walaupun tak  menepati sangat jawapan yang aku nak.

Di bulan Ramadan, baiklah aku peruntukkan cinta kepada Allah lebih daripada cinta yang lain-lain.

Wednesday, February 20th, 2008

Kak Norish dan abang Amy

Memang umur ini adalah jadual yang ditetapkan Allah SWT. Dalam beberapa tahun, banyak perkara baru yang merencahi takah umur. Masa terdekat ini, perkara baru yang tidak pernah terlintas di fikiran diri ialah akan berkawan baik dengan kak Norish dan suaminya, Encik Suhaimi alias Amy Search. Memang tidak ada apapun pada orang lain. Tapi padaku, bila dikenang-kenang semula, dulu masa kecil menonton filem Isabella kemudian lagu-lagu rocknya (yang semuanya diharamkan oleh abah dalam rumah kami..hehe) tiba-tiba sekarang yang mengikat kami ialah ukhwah. Alhamdulillah. Continue reading Kak Norish dan abang Amy

Wednesday, February 20th, 2008

Sebening Ramadan

Apa-apa yang menjadi kebiasaan di bulan lain tidaklah menjadi kebiasaan di bulan Ramadan. Bulan Ramadan adalah bulan menyucikan. Bulan kerohanian. Bermakna, kebebasan untuk melakukan perkara bukan aulawiyat tidaklah dituntut dalam bulan Ramadan. Contohnya, menonton rancangan hiburan televisyen dan berchatting di internet. Bukanlah tidak boleh dilakukan pada bulan Ramadan tetapi tidak rugikah kita meninggalkan perkara yang diberi berganda-ganda pahala oleh Allah semata-mata kerana melayan syahwat? Kalau di bulan lain, membaca al-Quran mendapat banyak pahala, tetapi di bulan Ramadan, membaca al-Quran mendapat bannnnnnnnnnnnnnnnnnnyakkk pahala, begitu juga amal-amal kebaikan lain. Maka, sewajarnya kita mempergandakan amalan dan sentiasa berkhalwat dengan Allah SWT. Carilah peluang-peluang untuk bermuhasabah dan menginsafi umur yang sentiasa bergerak ke hadapan. Apakah bulan Ramadan akan datang, kita masih seorang insan yang bernyawa?

Wednesday, February 20th, 2008

Pertemuan dengan Joel Law dan pandangannya terhadap Islam

Salah satu cara komunikatif dakwah dengan non Muslim adalah membina hubungan. Melaluinya, kita dapat berkongsi pandangan dan pemikiran lebih telus berbanding dengan hanya membaca pengalaman orang lain sama ada dari buku, internet dan lain-lain. Namun, bagaimanakah hubungan akan terjalin sekiranya para remaja Muslim bersikap pesimis terhadap sasaran non Muslim sebelum hubungan terbina?
Continue reading Pertemuan dengan Joel Law dan pandangannya terhadap Islam

Wednesday, February 20th, 2008

Merangka Kelopak Perkenalan

Ada banyak hikmah tersurat di sebalik suruhan Allah SWT agar manusia saling berkenalan dan berukhwah tanpa mengira jenis bangsa, agama dan status diri. Manusia berasal daripada tubuh yang satu ; Nabi Adam AS diberikan oleh Allah kelebihan dan potensi yang berbeza. Uniknya setiap orang tidak akan sama walaupun dengan hanya cap jari!

Justeru, berpesanlah pada diri supaya tidak berasa pesimis terhadap orang lain terutama mereka yang tidak berfikiran dan bertingkah-laku seperti kita. Pesimis adalah musuh kepada pendakwah. Bagaimanakah kita boleh memberi kefahaman Islam terhadap orang lain sekiranya minda terlebih dahulu bersangka buruk? Musim mahasiswa memberikan banyak pilihan untuk kita menjadi ‘orang yang bergaul’ atau ‘orang yang selesa dengan kelompok fikrahnya sahaja.’ Continue reading Merangka Kelopak Perkenalan

Wednesday, February 20th, 2008

Adik Maisarra – Berlakon Drama Sejak Berumur 6 Tahun

Ada sesuatu yang unik tentang rakan Asuh kita pada bulan ini iaitu adik Maisarra atau nama penuhnya Maisarra Syafiedzrien binti Nor Nairul Nizam. Selain wajahnya yang comel dan sering muncul di kaca televisyen, dia juga mempunyai nenek, bapa dan ibu saudara juga abang dan adik kandung yang terlibat dalam dunia lakonan. Justeru, tidak hairanlah bakat seni Adik Maisarra begitu mengesankan malah sudah berlakon di kaca televisyen sejak berusia enam tahun. Continue reading Adik Maisarra – Berlakon Drama Sejak Berumur 6 Tahun

Wednesday, February 20th, 2008

AMAR: Erti Hidup Pada Usaha

coveralbum.gif

Tahun 2008, genap lapan tahun dirinya bergelar artis rakaman bermula dengan album bersama kumpulan SABDA sehingga album solo ketiganya menembusi pasaran hujung tahun lalu bertajuk, Hikayat Cinta. Sepanjang tempoh itu juga, Arif Muazzim bin Abdul Rahman atau nama singkatnya Amar menggilap bakatnya sebagai penyanyi, penerbit, komposer, pelukis, penulis buku dan ahli silap mata. Tempoh lapan tahun, dia sudah boleh berbangga dengan koleksi bakatnya; 4 buah album nasyid, 2 buah buku silap mata dan kartun serta sebuah buku motivasi yang dikarang khusus untuk para remaja. Continue reading AMAR: Erti Hidup Pada Usaha

Wednesday, February 20th, 2008

PROSES MENGARANG: LAHIR DARI DIRI PENGARANG

Ladang Hati Mustika, saya menganggapnya sebagai anak sulung yang perit walaupun sebelumnya saya telah melahirkan beberapa karya kreatif tetapi prosesnya tidak sesabar novel setebal 316 muka ini.

Novel ini sederhana ditulis ketika usia saya menjejak 22-23 tahun. Ia bermula dengan cabaran kepada diri sendiri bahawa ‘aku perlu meninggalkan sesuatu’ buat varsiti yang saya cintai iaitu UM. Di varsiti , saya telah temui sebahagian besar diri saya sekarang terutama keyakinan, percaya diri dan cinta kepada ilmu. Proses ke arah itulah yang saya yakini penting untuk dirakam bahkan dikongsi dengan orang lain.

Novel ini, sebahagiannya adalah pengalaman saya kira-kira 70 peratus. Saya tidak perlu tema yang besar dan kajian mendalam untuk anak sulung. Saya ibu tunggal iaitu tidak perlu seorang suami untuk proses mengarangnya. Anak ini, ia mencabar saya untuk merenung, menilai, duduk menulis dengan berjadual dan bergaul dengan orang2 sekeliling. Segala yang saya alami, dirakam kejap. Saya bahkan disimpuh kerja-kerja kuliah sebagai mahasiswa, juga terlibat aktiviti persatuan masih menganggap kerja membikin anak ini sebagai bukan sampingan. Continue reading PROSES MENGARANG: LAHIR DARI DIRI PENGARANG

Wednesday, February 20th, 2008

Kawan-Kawan Yang Memayungkan

Selama saya bergelar pelajar di Varsiti Perdana, perkara yang menarik untuk dikongsikan ialah mengecap hidup di rumah sewa bersama kawan-kawan baru. Jikalau musim putik mahasiswa diredah sebagai warga kolej; separuh daripada masa tertumpu kepada aktiviti-aktiviti kokurikulum dan memimpin persatuan kolej, tinggal di rumah sewa lain pengalamannya!

Perkara utama yang dibimbangi ialah mendapat warga rumah yang tidak serasi dan cerewet. Selalu saya berdoa supaya Allah mengurniakan kemudahan ketika menuntut ilmu, salah satunya ialah teman-teman yang membantu ke arah kebaikan. Rupanya Dia mengurniakan lebih daripada apa yang saya pohonkan. Continue reading Kawan-Kawan Yang Memayungkan

Wednesday, February 20th, 2008

Suatu Pagi di Hari Kelahiran Diri

Menyerbulah di sarang jiwa
Segala apa yang dinamakan muhasabah
Dari keringat peluh si ibu
Yang telah melahirkan seorang aku
Sejarahnya, 25 tahun yang laluAku
Insan daerah perjuangan ibubapaku
Yang pertama tumbuh di rahim ibu
Yang sulung dari anak-anak lain menerima kucupan bapa
Aku paling disayangi
Kerana aku pemula dan kepastian untuk yang lain
Barangkali tiada

Aku
Dengan kebanggaanku menjadi manusia
Rebung diri dibajai didikan agama
Menjadi remaja dengan asuhan akhlak Islam
Dilentur
Tidak semudahnya

Duhai ibu
Tidak pernah goyah cintamu terhadapku
Walaupun degilku adalah degil yang dibinatangkan nafsu
Sebelum mengenal hikmah makruf
Serpihan dari bisikan
Adalah kenakalan yang membumbung
Dunia kanak-kanak alam persekolahan

Duhai bapa
Asuhmu tak kuduga
Bahawa hidup hadapan, segala yang kau limpahkan
Adalan jalan yang menurapi
Untuk aku tiba ke destinasi seorang manusia

Ibu dan bapaku
Kerana kalian ibubapaku
25 tahun yang dilalui
Aku telah hidup dengan penuh kesempurnaan

Tuhan
Jadikan aku manusia yang bersyukur setiap limpahan rahmatMu
Yang membisikkan sedar
Bahawa hidup adalah umur yang dihitung
Untuk dibicarakan di mahkamah akhirat

Tuhan
Dengan umurku yang sudah jelas dewasa
Aku tidak meminta yang lain
Kau panjangkan umur ibubapaku
Kerana kehidupan mereka
Membuatkan aku hidup sempurna

Aku dengan umurku bahkan mengendong tanggungjawab makin membuncah!

Selamat Menjadi Semakin Baik Cik Ummu Hani
020108
7.28 pagi
Madinah Az-Zahra

Dia telah membangunkan aku untuk duduk berfikir bahawa seorang makhluk yang bernama Ummu Hani, hari ini bangkit dengan usia lengkap; 25 tahun!
Sanah hilwa ya jamil Cik Ummu! Continue reading Suatu Pagi di Hari Kelahiran Diri

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com