February, 2008
Wednesday, February 20th, 2008
Kadang, pada diri seseorang kita tidak menemui makna ukhwah walaupun sudah bertahun-tahun berkongsi gelak tawa. Mahasiswa yang baru merangkak matang, seiringkan pengalaman hidup berdikari dengan ilmu di bilik kuliah agar kalian tidak menjadi manusia yang kaya ilmu tetapi miskin toleransi dan mementingkan diri sendiri.
Kisah Satu
Seorang mahasiswi (perempuan) menghantar mesej kepada kakak seniornya, bertanyakan tentang rumah sewa : ‘Semester depan kemungkinan besar saya dan rakan-rakan tidak dapat tinggal di kolej lagi kerana ramai pelajar baru akan masuk. Boleh kakak bantu saya carikan rumah sewa sekitar Petaling Jaya?’
Kakak itu, dengan pengalaman sama yang pernah dilaluinya ketika menjadi mahasiswa dulu tersenyum. Telefon tangannya terus menembak jawapan: ‘Insya Allah, jangan bimbang kerana rumah sewa di bandar ini masih banyak menunggu kamu untuk menjadi penghuni.’ Continue reading Sebuah Peti Sejuk dan 15 Perut!
Posted in Catatan Harian | No Comments »
Saturday, February 2nd, 2008
“Anda sunni (ahl sunnah) atau anda syi’ie (syiah)?” Tanya seorang pemuda bernama Hasyim ketika saya masuk ke kedainya, membelek kristal tasbih yang bercahaya.
Tidak, saya Islam. Islam hanya satu bukan? Tidak ada perbezaan siapa yang mengikut al-Quran dan Sunnah. Itu sahaja tinggalan Rasulullah s.a.w pada umat Islam,” jawab saya. Dia gelak-gelak kecil menambah tampan seorang pemuda Arab berusia 18 tahun.
“Tetapi saya mengamalkan cara Mazhab Syafi’i. Di Malaysia, seluruhnya begitu,” tambah saya.
“Oh, awak Sunni..” katanya terus.
“Saya juga..” sambung Hasyim lagi. Kali ini, saya terkejut. Bukankah di depan kedainya tadi ada dijual batu Turbah Husailiah yang menjadi alatan ibadah kaum Syiah? (ketika solat, mereka sujud di atas batu tersebut). Batu bersaiz kecil dan besar itu berwarna kuning cair dan tertulis atasnya Ya Syahid Karbala merujuk kepada Imam Hussain r.a. Batu tersebut berasal dari Iraq. Continue reading Kembara Syria: Siri 12 -Semangat 10 Muharam dan Sayyidah Zainab R.A
Posted in Kembara Syria | 6 Comments »
Saturday, February 2nd, 2008
Suasana tengah hari di Pekan Syorah sibuk. Bertalu manusia dari Jabal Muhajirin menuju ke Pekan sekitar Baramkheh, Ruknu Din dan Qadam A’sari. Service-service yang biasa dinaiki (tertulis Dawar as-Syamali) penuh hampir tiada yang berhenti mengambil dan menurunkan penumpang di pekan bawah bukit ini. Pukul 11:15 tengah hari seperti baru pukul 8:00 pagi. Azan baru sahaja sebentar tadi terdengar dari corong al-masajid yang berselerak rata.
Maksu sudah menggaru kerudung. Dia berhenti sekejap di sisi jalan mengerdip saya yang berlari anak menahan service-service yang lalu. Hampa. Tiada satu pun yang mahu berhenti. Kebiasaannya jika berseorangan, saya selesa menggunakan kudrat kaki sahaja ke Jameah Abu Nur. Lorong-lorong rumah di Suuq Jumaat menghamparkan pemandangan gharib dan perasaan ‘menggebu-gebu’ tatkala melihat kecoh peniaga menarik pembeli, wanita-wanita Arab yang ghairah dengan alat-alat kecantikan serta aksesori pakaian, kanak-kanak berlari sesuka hati dan melanggar orang dewasa tanpa perasaan hormat, si tua (lelaki dan wanita) yang pelbagai ragam. Setengahnya sangat tawadhuk dan alim, berkopiah dan berpurdah menutup seluruh tubuh termasuk sepasang mata. Separuh pula, berpakaian jubah litup tetapi menjadi peminta sedekah, sambil berkata ‘Tuhan bersama mereka yang pemurah. Tuhan panjangkan umur kamu (yang memberi sedekah). Nama Allah dijaja meraih simpati. Sedih.
Continue reading Kembara Syria: Siri 2 -Catatan KembaraAKU, Sekecil Semut
Posted in Kembara Syria | No Comments »
Saturday, February 2nd, 2008
Peluang menjengah ke Salt, daerah di sisiran Bandar Amman yang terletak di kawasan berbukit adalah satu rahmat buat insan kerdil ini (7 Feb 2007). Setelah berkesempatan menziarahi Makam Nabi Yahya a.s (Masjid Umawi, Damsyik), Nabi Ayub a.a (Dar’a, Selatan Syria), Panglima Salahuddin al-Ayubi (Masjid Umawi, Damsyik), Imam Nawawi (Nawa, Utara Syria) dan lain-lain makam para auliya di Syria (negara Syam paling banyak berisi makam ahli-ahli syurga), Allah rezekikan lagi diri kerdil ini menziarahi makam dua nabiNya iaitu Nabi Syuaib a.s dan Nabi Yusak a.s.
Continue reading Kembara Syria: Siri 18 -Dialah Satunya Manusia Yang Dapat Menghentikan Putaran Matahari
Posted in Kembara Syria | No Comments »
Saturday, February 2nd, 2008
Yang ditunggu telah tiba
Rindu mulus dalam dada..
Akhirnya, hidung menyedut juga udara Damsyik. Brr..rasa sejuk meresap seluruh tubuh. Kami dimaklumkan dalam toirah cuaca di sini serendah 13 darjah celcius. Walaupun jam tempatan menunjukkan pukul 2 petang, tetapi langit kelam seolah senja mulai datang. Langsung tangan dimasukkan dalam poket sambil berjalan pendek-pendek. Pap! Tepukan di belakang bahu. Ketika menoleh, seorang lelaki Arab bertubuh besar tersengih (suka ati saja mamat Arab ni sentuh aku mentang2lah aku kecik..huh!) saya dan Kak Hidayah saling menjeling sebelum masuk ke dalam balai ketibaan.
Continue reading Kembara Syria: Siri 2 -Catatan Kembara
Posted in Kembara Syria | 2 Comments »
Saturday, February 2nd, 2008
“Katakanlah, “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Ali’ Imran- 26)
Waktu berlangsung pantas. Hanya saat kecil dapat saya bertandang ke lembah Syam yang menjadi idaman baginda S.A.W (Islam tertebar seluruh bumi Syam) sebelum wafat. Cita-cita Rasulullah s.a.w diteruskan oleh dua khalifah agung iaitu Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar r.a. Lembah Syam ditakluk sepenuhnya oleh Islam di bawah pemerintahan Saidina Umar r.a (Ingatkah anda kisah Umar dan hambanya yang berjalan menaiki unta secara bergilir-gilir di padang pasir menuju ke Palestin. Ketika hampir sampai di Kota al-Quds, giliran si hamba di atas unta dan Umar menarik tali unta sehingga tiba di perhimpunan muslimin dan kafir yang sedang menunggu kedatangan khalifah mereka. Continue reading Kembara Syria: Siri 20 -Hari-Hari Akhir dan Muhasabah
Posted in Kembara Syria | No Comments »
Saturday, February 2nd, 2008
Peserta yang datang hampir 40 orang. Berbeza dengan bengkel pertama dahulu, hanya tiga orang dan berlangsung pula dalam sebuah bilik tidur yang comel. Kali ini, pihak HELWI PPMS mengambil inisiatif bijak melanjutkan bengkel kedua di rumah Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) dengan susun atur majlis yang lebih formal dan mantap.
Aku bukanlah seperti sifu-sifu MPR (FT, Kak Nisah, Kak Salina dll) atau juga sifu-sifu di UM (Prof RS, DR Irwan, Ustazah Raudah dll), aku hanya semut kecil yang meneguk ilmu mereka (juga hidup dengan pengalaman bapaku, seorang penulis). Namun, atas kesedaran (Sabda Rasulullah s.a.w : Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat) terpanggil hati untuk berkongsi seciput pengalaman dan ilmu (yang dipelajari di bilik kuliah juga bengkel2 penulisan yang dihadiri) dengan adik-adik di sini.
Continue reading Kembara Syria: Siri 21 -Menulis Memang Mudah!!
Posted in Kembara Syria | 1 Comment »
Saturday, February 2nd, 2008
“Harusnya syurganya lain!” lantang Abdullah. Dessy dan Eka Fitri menjeling-jeling. Aku meraup wajah ketiganya. “Mereka warga Jerman yang Islam kemudian kekal dengan pegangan Islam itu di negara protestant. Mereka akan hidup di syurga yang berbeda (lebih tinggi) kerana kuatnya iman mereka, begitu?” aku mengulangi maksud yang difahami dari butir Abdullah. Dia mengangguk. Teman-temannya kapan tersenyum.
Tiga anak muda ini kuteguri sebaik selesai menunaikan kewajipan di musolla wanita di Abu Dhabi International Airport. Aku akan berada di sini lebih kurang 4 jam sebelum terus terbang balik tempat lahir (Malaysia Tercinta). Sebelumnya, aku bertegur sapa dengan cewek-cewek (yang bakal berangkat ke seluruh Jazirah Arab menjadi bibik-bibik) Indonesia. Muda-muda belaka. Wajah rumpun Melayu (tambahan bertudung kebanyakannya) melurus lidahku bertegur-sapa. Tetapi aku tidak duduk-duduk dengan mereka (wajah cewek bibik semacam ralat melihat aku mengaju soal seperti ibu kambing (Syria) berjumpa anak kambing (Palestin). Hehe.
Continue reading Kembara Syria: Siri 23 -“Aku cemburu kamu pemudi Malaysia!”
Posted in Kembara Syria | No Comments »
Saturday, February 2nd, 2008
Alhamdulillah, aku telah menjalani kehidupan asal setelah habis bergelar ‘pelancong’ dan penuntut di salah satu bumi Syam iaitu Damsyik.
Aku sekarang berada di perut negeri Kedah dan mungkin akan keluar menjadi penghuni kota Petaling Jaya semula beberapa hari lagi. Aku memang tidak ada tempat khusus selagi statusku sekarang (penulis cabuk) tidak berubah. Aku akan terus berjalan dengan rentak seorang yang serba-serbi sederhana dan memang aku selesa begitu pun.
Barangkali apabila novel dan buku2 syarikat adikku (AMN PUBLICATION) terbit nanti, rentakku terpaksa berlarian sedikit kerana orang paling terdekat membantu urus syarikat itu nanti ialah aku. Malah, aku telah menolak untuk bekerja makan gaji kerana mahu terjun mencari pengalaman dan menguruskan syarikat sendiri. Atas bimbingan abah.
Continue reading Kembara Syria: Siri 24 – Hidup seorang penuntut
Posted in Kembara Syria | No Comments »
Saturday, February 2nd, 2008
AMMAN – Rumah yang aku tumpangi terletak sangat strategik di kawasan Arjan‘ mengadap komplek kedai, restoran dan mini market ‘Aswaq Mahmal’ dalam Mujamma’ ad-Dhiya’ at-Tijari. Sewaktu pertama kali masuk ke rumah mewah milik Munirah dan keluarganya yang terletak di tingkat empat, sudah terbit perasaan terharu. Rupanya, aku ada ukhwah di bumi Jordan yang boleh kukatakan agak rapat. Aku telah bertemu dengan Kak Fizah dan suaminya yang mengusahakan restoran makanan Melayu di sini. Kedua mereka adalah teman ibubapaku dan jiranku ketika usiaku sekitar 7-9 tahun di Kampung Sg. Pencala, Kuala Lumpur. Malah, adik-adik comel, Adib, Mamat, Yah dan Mubarakah pula adik teman baikku Atiyah. Cuma, kerana ruang masa, perjuangan dan persekitaran berlainan, menyebabkan kami renggang. Siapa tahu, di bumi Lembah Syam (Syria dan Jordan) telah menyatukan semula hubungan ukhwah Islam ini? Subhanallah.
Continue reading Kembara Syria: Siri 15 – Lembayung Kebesaran Tuhan
Posted in Kembara Syria | No Comments »