Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

March, 2008

Monday, March 31st, 2008

Kehinaan Yang Melampau-lampau

“Pelikkah seekor ikan berenang dalam air?” tanya Prof Aziz. Saya dan Maslina menggeleng kepala. “Kalau kambing yang berenang dalam air?” Kami mengerut dahi sebelum menjawab, “Pelik ustaz!”

Kami berdua pagi itu mendengar ‘ceramah’ ustaz seperti budak tadika. Soalan yang dilontar ustaz dijawab angguk dan geleng sahaja. Serasa, jika mahu menjawab lebih daripada itu, kami akan menjadi orang yang malu. Semua hujah-hujah ustaz benar belaka selayak jawatan professornya.

“Filem Fitna itu telah dihasilkan oleh orang kafir yang memang membenci Islam. Mereka cari peluang saja nak menjatuhkan maruah Islam. Itu memang kerja orang kafir yang disebut Allah sebagai ‘orang-orang yang suka memutar-belitkan ayat al-Quran’. Tidak ada yang peliknya.” “Seperti ikan yang berenang dalam air lah..” sambung ustaz. Continue reading Kehinaan Yang Melampau-lampau

Wednesday, March 26th, 2008

2 Adik Sudah Terbang..

32.jpg

Zaman kanak2 yang manis, dari kiri Hajar (sekarang 21 tahun), Hamdi (skrg 18 tahn), Husaini (17 tahun), Allahyarham Azizul (dalam kete sorong) dan Hanifah (sekarang 23 tahun)

Suria memancar dengan senyuman. Menjernihkan para hati yang walang dan gelisah. Selalunya,  akal berkira mahu menuntaskan banyak perkara yang menghurung umur. Tetapi kerana lalat malas lebih dulu hinggap, yang terjadinya ialah pembaziran idea yang sekadar berapung, diusik sang lalat nakal.

Lalat itu mesti kubunuh!

Aku mahu mengisahkan dua putera abah yang sekarang sudah berhijrah ke luar negara. Hanifah dan Hamdi. Continue reading 2 Adik Sudah Terbang..

Wednesday, March 26th, 2008

Aksara Ajaib Fedtri Yahya

Oleh: Ummu Hani Abu Hassan
Pagi ceria dengan gugus kata sang teruna bersama pasangannya. Juadah infomasi mengulit minda penonton sebaik kelam Subuh beransur terang. Kalau tidak kerana celotehnya, pasti ada yang beralih-arah. Namun, wajah segar itu dengan kata-kata indah dan mesra memapan senyuman kita untuk terus menonton rancangan Malaysia Hari ini (MHI) TV3. Barangkali, itulah penangan aksara ajaib di bibir anak muda bernama Ahmad Fedtri Yahya!

Continue reading Aksara Ajaib Fedtri Yahya

Friday, March 21st, 2008

PERLU TONTON!!

Akibat Ibu Berkecil Hati

CEREKARAMA TV3: EHSAN
PELAKON : ZAMARUL HISYAM, DYNAS, ZAIFUL, KARTINA AZIZ
PENULIS SKRIP : ZABIDI MOHAMED
PENERBIT: ABU HASSAN MORAD (LAYAR CONSUT SDN. BHD)

WAKTU TAYANGAN : 10 MALAM / 22 MAC 2008

SINOPSIS
Hidup di bumi Tuhan bukan suatu yang mudah kerana telah dipertanggungjawabkan! Manusia telah diberi peluang menjadi penghuni bumi tanpa passport, tanpa visa dan tanpa caj. Allah telah berkebajikan dengan para makhluk atas kurnia nikmat yang tidak boleh dihitung. Nikmat bau tanpa bayaran. Nikmat dengar tanpa bayaran. Nikmat melihat tanpa bayaran. Nimat bercakap,nikmat makan, minum, tidur, berkasih-kasih dan bersedih-sedih. Pendek kata yang dimiliki oleh manusia semuanya Tuhan punya dan Dia memberikannya secara percuma kepada manusia.

Kalau manusia engkar? Continue reading PERLU TONTON!!

Monday, March 17th, 2008

Hidup Yang Tak Terancangkan..

Perkara paling tak terjangka tahun ini ialah apabila mendapat ‘kerajaan baru’ di negeri kami yang aman makmur. Ustaz Azizan yang dulu-dulu ketika saya dan teman-teman SMIDU masih kanak2, datang berceramah dan membelai kami dengan seloka tegasnya,sudah menjadi Menteri Besar sekarang. Saya rindukan saat kami di MUASSASAH DARUL ULUM (SMDU). Pada tahun 1996, saya antara yang terawal belajar di sekolah hasil titik peluh dan darah para pejuang Parti Islam Semalaysia (PAS) terutama allahyarham Ustaz Fadzil Noor. Sekolah kami dahulu penuh keuzuran. Bangunan sekolah kami dua tingkat. Bahagian atasnya hanya papan dari rumah-rumah orang, dikukuhkan bangunan batu di bahagian bawah. Comel sekali. Para pelajar lelaki perempuan kira-kira 300 orang. Tak semua dari Kedah. Saya antaranya dari Kuala Lumpur (masa tu mak dan abah tinggal di TTDI), ada dari Johor, Perak dan ramai dari Kedah. Continue reading Hidup Yang Tak Terancangkan..

Monday, March 17th, 2008

Program Menarik!

Persatuan Pelajar Indonesia Universiti Malaya akan menganjurkan Seminar Sehari Bersama Penulis Indonesia. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Hari: Sabtu
Tarikh : 22 Mac 2008
Pembentang/ penulis : Helvi Tiana Rosa (penulis/ Ketua Forum Lingkar Pena) dan Alwi Alatas (penulis)
Tema: Mengorbit Penulis Bangsa dan Menggali Potensi Insan Cita
Masa: 2 petang – 5 petang
Tempat: Tingkat 1, Blok B, Auditorium Institut Pasca Siswazah, Universiti Malaya
JEMPUT DATANG RAMAI2 ..SIAPA YANG NAK BELAJAR MENULIS KREATIF SANGAT BAIK UNTUK ANDA!

Wednesday, March 12th, 2008

Sistem TV Lalat

images5.jpg Oleh: Ummu Hani Abu Hassan 

 

Seekor lalat terbang tinggi dari lubang kegemarannya iaitu lubang najis tepi rumah Pakcik Adan. Lalat itu dengan kegemarannya mengintai anak dara dan mak dara di celah keping zink yang memisahkan tandas rumah Pakcik Adan dengan rumah Apek Lim tersenyum kegirangan. Adalah menjadi suatu kepuasan padanya dapat bertenggek di mana-mana kawasan bernajis sama ada di tandas keluarga Pakcik Adan atau tandas keluarga Apek Lim. Sambil itu, sempat juga dia membaringkan diri atas kolah, menyumpit-nyumpit air di muncung setelah puas menyedut tahi dalam lubang tandas kedua-dua keluarga itu. Baginya, walaupun dua keluarga itu berlainan bahasa dan kulit malah bentuk hidung dan mata, rasa tahi mereka tidaklah banyak beza. Cuma, sesekali rasa pahit apabila menyedut tahi di tandas Apek Lim lebih keras berbanding dalam lubang najis Pakcik Adan. Tahi itu berkemungkinan mengandungi toksin badan khinzir yang menjadi santapan bulanan keluarga bermata sepet itu. Continue reading Sistem TV Lalat

Tuesday, March 11th, 2008

Kebenaran Tak perlu Diucapkan Dengan 1000 Kata-Kata

titisan_resize.JPG

muka_hadapan.jpg

Monday, March 10th, 2008

Kura-Kura sudah sampai dulu tinggalkan sang Kancil

Ya Allah, setelah 50 tahun, kala usia tokwanku sudah mencapai 76 tahun yang seluruh hidup muda dan tuanya untuk Parti Islam Semalaysia (PAS), kali ini wajah itu sangat berseri dan lebih ceria. Terasa sangat Kebesaran Allah kerana para junta pembangkang bukanlah jentera kerajaan yang disokong media, malah wang ringgit dari poket yang nipis. Tapi memang sudah rencana Allah untuk kami rakyat Kedah mendapat seorang Menteri Besar yang berwatak pemimpin tok guru.

Bantulah Tuhan, para pemimpin kami memperjuangkan Islam di negari Jelapang Padi. Selamat menjalankan tugas Ustaz Azizan!

Wednesday, March 5th, 2008

Surat PI em EMPPP

Saudara pernah dapat surat dari seorang Pi Em? Atau Pi Em saudara pernah menghantar surat kepada saudara?

La..la…tanggal 5 April yang jaraknya dua hari lagi sebelum berlangsungnya pilihan raya ke 12, saya telah menerima surat dari Pi Em namanya ialah Abdullah Hj Ahmad Badawi. Mengapa Pi Em baru ‘terhegeh-hegeh’ nak mengutus surat kepada saya? Jikalau lah surat itu saya terima dua atau tiga tahun yang lepas, ketika saya sedang ditimbuni hutang-hutang PTP Tipu (yang telah dikurangkan 1% daripada kadar bunga sebenar), dan sekira beliau benar-benar prihatin dengan masalah umat marhaen seperti saya (yang bukanlah senang tapi tidaklah miskin Cuma selalu dikenakan tekanan-tekanan wang akibat tindakan kerajaan membazirkan duit rakyat untuk perkara pembaziran) dan bersedia mendengar rayuan saya supaya Beliau menghayati dan tidak munafik dengan slogan Islam Hadharinya, barangkali ketika menerima suratnya hari ini, saya akan terrrrlompattt gumbira: Seorang Pi Em hantar surat pada aku yang entah sape-sape? Cam tak cayee, tak caye macam….huhuuuuu. (lalu mengeronyok surat tersebut ke dalam bakul baju ..psss..baik sikit dari tong sampah) Continue reading Surat PI em EMPPP

  • NURLIDA BT MOKHTAR: Salam Ummu Hani, Saya Kak Ida , ingin berkongsi...
  • Akim: link utk borang http://files.itnm.com.my/download/...
  • kakyong: tak salah utk berkahwin semasa belajar, asal faham...
  • Emyne Fahimah Chan: Assalamu'alaikum.. Bagaimana untuk saya mendapatk...
  • mamawana: Assalamualaikum Apa khabar Nik Nur Madihah? Ap...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com