Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

PERLU TONTON!!

Akibat Ibu Berkecil Hati

CEREKARAMA TV3: EHSAN
PELAKON : ZAMARUL HISYAM, DYNAS, ZAIFUL, KARTINA AZIZ
PENULIS SKRIP : ZABIDI MOHAMED
PENERBIT: ABU HASSAN MORAD (LAYAR CONSUT SDN. BHD)

WAKTU TAYANGAN : 10 MALAM / 22 MAC 2008

SINOPSIS
Hidup di bumi Tuhan bukan suatu yang mudah kerana telah dipertanggungjawabkan! Manusia telah diberi peluang menjadi penghuni bumi tanpa passport, tanpa visa dan tanpa caj. Allah telah berkebajikan dengan para makhluk atas kurnia nikmat yang tidak boleh dihitung. Nikmat bau tanpa bayaran. Nikmat dengar tanpa bayaran. Nikmat melihat tanpa bayaran. Nimat bercakap,nikmat makan, minum, tidur, berkasih-kasih dan bersedih-sedih. Pendek kata yang dimiliki oleh manusia semuanya Tuhan punya dan Dia memberikannya secara percuma kepada manusia.

Kalau manusia engkar?

Bentuk keingkaran manusia itu banyak. Misalnya, nikmat melihat  yang Tuhan bagi lalu digunakan untuk melihat maksiat, itu sudah dikira sebagai kufur alias ingkar. Ada sejenis keingkaran yang besar iaitu tidak beriman kepada Allah. Menolak untuk menjadi seorang Muslim. Maka bersedialah untuk menghadapi azab Allah di dunia mahupun akhirat.

kisas-dan-kk12-097.jpg

Salah satu babak yang diadakan di Moot Court APIUM.

Hari ini, ramai manusia tidak sedar apabila melakukan bentuk keingkaran yang tidak dimanifestasikan pada kata-kata iaitu perbuatan tanpa sengaja telah mengguris hati manusia bernama ibu. Misalnya, seorang ibu menelefon dari kampung, kemudian kita yang ketika itu sedang sibuk (kerja, mesyuarat dan lain-lain) tidak melayannya menyebabkan dia berasa hati. Atau contoh yang lain, ibu mahu kita menjadi seorang majistret tapi kita memilih untuk menjadi peguam, ibu mahu kita belajar agama tetapi kita memilih untuk fokus terhadap bidang it (sekadar contoh), ibu mengalah pada kehendak kita namun di hatinya masih tersimpan rasa ralat. Bahkan, kekecewaan ibu ini langsung tidak ditunjukkan seolah-olah kita tidak pernah berbuat salah padanya. Hidup kita bergerak ke hadapan dengan menjadi anak derhaka tanpa sedar.

kisas-dan-kk12-098.jpg

Bersama pelakon utama, Zamarul Hisyam

Anda boleh menonton kisah ini untuk mengetahui apakah kedudukan anda sebagai seorang anak derhaka (seperti misal di atas). Semoga kisah yang diterbitkan syarikat ayahanda saya ini memberikan pengajaran kepada yang menontonnya. 

kisas-dan-kk12-104.jpg

Penulis bersama dengan krew drama Ehsan, kanan penulis, Zabidi Mohamed (penulis skrip), Murali Abdullah (Pengarah), Zamarul Hisyam (Pelakon utama), Abah (Penerbit) dan Zaiful (pelakon utama)

kisas-dan-kk12-101.jpg
 

5 Responses to PERLU TONTON!!

  1. SOBRI BIN DAUD says:

    Assalamualaikum,

    Ummu dengar kata Drama “Ehsan” tu sangat menyayat hati, meninggalkan keberkesanan yang mendalam kepada para penonton. Kalau ada rezeki hantarlah satu salinan cd atau melalu U-Tube ka bolehlah kami sama2 turut menghayatinya juga.

    Terima kasih untuk segalanya. Salam dari Pak Su dan Mak Su di Dimasqh, Syria.

  2. Nurrun says:

    Subhanallah,
    tak tahu penerbitan drama yang(adik saya menangis tengoknya) daripada ayahnda Hani.

    memang ada anak derhaka..(adakah ini kisah benar)

    tak patut anak yang dididik sempurna dan berjaya melupakan keluarga sendiri… apatah lagi dalam drama ni, melampau sangat watak si anak menyakiti ibunya, kalah si tanggang.

    ada ikhtibar, patut ditayangkan lagi(sebab tak tengok habis). dan semoga banyak drama yang berunsurkan kesedaran dan agama..

  3. najwa says:

    bleh x siarkan drama ehsan tu skali lagi???? sesungguhnya drama tesebut memberikan 1001 pengajaran yg berguna kepada masyarakat umumnya masyarakat islam masa kini…

  4. nizam says:

    asalamualaikum…dlm drama ni ada seorang pelakon yg bernama mohd azrul klo x silap sya..dlm cerita ni dia mnjdi peguam..minta tolong mcmne sya nk menghubungi dia..kerana lost contact…klo ada ape info..ni no sya 0192679818…tQ

  5. Ummu Hani says:

    sALAM Nizam, saya tak dapat bantu kerana saya tak kenal dia.

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com