Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Surat PI em EMPPP

Saudara pernah dapat surat dari seorang Pi Em? Atau Pi Em saudara pernah menghantar surat kepada saudara?

La..la…tanggal 5 April yang jaraknya dua hari lagi sebelum berlangsungnya pilihan raya ke 12, saya telah menerima surat dari Pi Em namanya ialah Abdullah Hj Ahmad Badawi. Mengapa Pi Em baru ‘terhegeh-hegeh’ nak mengutus surat kepada saya? Jikalau lah surat itu saya terima dua atau tiga tahun yang lepas, ketika saya sedang ditimbuni hutang-hutang PTP Tipu (yang telah dikurangkan 1% daripada kadar bunga sebenar), dan sekira beliau benar-benar prihatin dengan masalah umat marhaen seperti saya (yang bukanlah senang tapi tidaklah miskin Cuma selalu dikenakan tekanan-tekanan wang akibat tindakan kerajaan membazirkan duit rakyat untuk perkara pembaziran) dan bersedia mendengar rayuan saya supaya Beliau menghayati dan tidak munafik dengan slogan Islam Hadharinya, barangkali ketika menerima suratnya hari ini, saya akan terrrrlompattt gumbira: Seorang Pi Em hantar surat pada aku yang entah sape-sape? Cam tak cayee, tak caye macam….huhuuuuu. (lalu mengeronyok surat tersebut ke dalam bakul baju ..psss..baik sikit dari tong sampah)

 

Ye ye..Pi Em hantar surat pada aku

Oi..Pi Em pun hantar surat pada aku..

Aku pun..

Pun aku, Pi Em hantar jugak surat..

Ye..kau dapat?

Ya..aku, dia..kau..?

Semua kita dapat surat Pi Em

Eh..eh..surat kita samalah..

Eh..eh..cuba tengok,,

Laa..sama la..

Cuba kau tengok sign dia?

Laa…sign scan..print

Photsostat..

Ni tak IKHLASSSSSS ni.. (Kami pun membuncitkan marah di mulut, lalu surat Pi Em  kami sepahkah bersama kertas-kertas surat khabar perdana (yang tak laku sangat musim2 pru) tepi sedikit daripada tong sampah)

 

Kau nak balas surat Pi Em?

Aku rasa dia bukan nak suruh kita balas..

Habis?

Kau tak nampak tanda pangkah? Tepi sikit kat dacing (yang sama berat kejahatan dan kebaikannya)..

Ooo..nak suruh pangkah dacing (yang sama berat kebaikan dan kejahatannya) tu la ek?

Tahu-tahu laaa..

Pi Em tak ikhlas..

Tak ikhlas.. tak aci!!!

Habis nak pangkah?

Kalau dacing tu baik dan jahatnya sama banyak, baik tak usah..bahaya!

Pangkah bulan penuh..untung2 semua baik.

Pi Em tak suruh pun dalam surat tu..

Kau ni..jangan jadi bodoh macam dia..

Sape?

Pe Em..

Shhhh…tak baik. Tak baik menghina pemimpin

Dah tu..di BUAT KITA MACAM ORANG BODOH..kau boleh terima?

Ada ka, kita yang MUMAYYIZ semua ni dia nak ‘push-push’ lagi

Apa kita tau tentang pengurusan ekonomi? Tentang kadar KDNK? Dagangan antarabangsa? Lima koridor pembangunan?modal insan? Pendidikan semua peringkat? Negara selamat, aman, makmur?

Kita ni disuap je dengan menatang TIVI, suratkhabar, radio YANG BAIK2..

Entah yang tersorok (macam kes Lingam, Altantunya dll) manyak lagi tak selesai..tak dibincangkan pon..

 

Pi Em..

Janganlah kerana mengejar pangkat dan kuasa

Sampai hati KAU MERENDAHKAN DIRIMU

Untuk merayu undi kepada KAMI PENGUNDI2 BARU

Duit mana kau guna untuk cetak semua surat2 (barangkali lebih 1.4 juta pengundi baru dapat surat mu) tenaga manusia yang sepatutnya dikerah untuk perkara negara, kau kerjakan cukup-cukup hanya untuk ruang SELESA kau menjadi Pi Em (mungkin nak setaraf x-PM 17 tahun memerintah Malaysia)

Pi Em…

Aku dan teman-temanku serahkan kau kepada DACING TUHAN

Untuk mengadilimu di akhirat.

 

Itulah balasan aku untuk surat Pi Em yang baru tiba tadi.

 

Dari kami sekeluarga (yang terima surat yang sama)

 

UMMI HANI ABU HASSAN

HASNA KHAIRIAH ABU HASSAN

ABU HANIFAH ABU HASSAN

SITI SARAH ABDOL AZIZ

MOHD FITRI ABDOL AZIZ

pict0171.JPG

 

2 Responses to Surat PI em EMPPP

  1. Faiz Faiza says:

    Yeye…ni xsabar nk balik teganung ni..musti faiz pn dapat gak kan???eee….xsabarnya….

    xsabar nk mem’bakulsampah’kan.

    ummu yg manis…kan best kalo tok guru bg surat cam tu kat kita..kan?musti surat tu faiz dakap bwk tidoq..ya laa…org b’agama dan m’amalkn agama yg bg…xke sronok namanya…

    tp…musti xdpt nya…mana nk amik bajet fotostat, kertas, sampul, setem?tok guru takkan buat benda2 bong*k mcm tu…

    udah2 la pakai $$$ rakyat tuk kepentingan parti.tongkat dunia betul!

    jom undi utk perubahan!

  2. Faiz Faizin says:

    Assalamulaikum
    Selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah SAW.
    Salam ukhwah salam perjuangan…Masih tertanya-tanya keadaan yang berlaku dalam pemerintahan di negara kita.Ketidakadilan yang amat ketara bagi kita yang menjadi rakyat.Sya telah mendaftar sebagai pengundi tetapi apa yang menyedihkan tidak tersenarai dalam daftar pemilih.Mungkin kerana salah saya
    kerana tidak mendaftar awal.
    Tetapi apa yang menyedihkan saya,rakan saya yang mendaftar lewat sebulan dari saya tersenarai dalam daftar pemilih.teka-teki yang masih tak terjawab ketika itu.Pada 07/03/08 rakan saya berbual dengan seorang temannya melalui telefon,yang menariknya temannya itu bertanya adakah rakan saya itu ingin mengundi?(Rakan saya masih tidak mendaftar namanya).Temannya itu mengatakan itu semua boleh diatur cuma memberikan no kad pengenalan padanya.Apakah sempat dalam masa satu hari saja nama tersenarai dalam daftar pemilih?Teman kepada rakan saya itu berkata semua itu boleh dilakukan jika didaftar di bawah barisan nasional.Adilkah itu???
    Pembangunan pula diberikan hanya untuk kroni,bukankah pemimpin perlu memberi hak sama rata(seperti logo dacing milik BN) kepada rakyat walaupun rakyat tidak menyokongnya??Hak rakyat adalah sama dan tidak perlu dibeza-bezakan.Di manakah perginya keuntungan milik Petronas yang bernilai puluhan billion ringgit sehingga harga minyak dinaikkan??saya telah membuat kiraan mengenai satistik penduduk malaysia dengan jumlah keuntungan Petronas,andai setiap seorang rakyat malaysia diberi RM1000 masih terdapat separuh dari keuntungan Petronas yang masih berbaki.Kemanakah wang itu disalurkan???
    Menteri-menteri megah dengan kekayaan mereka,bukankah mereka perlu berbakti kepada rakyat kerana rakyat yang memberi mandat kepada mereka tetapi mengapa rakyat yang memilih mereka pula ditindas???
    Masih terkenang di masa suara mahasiswa mempunyai pengaruh besar dalam kepimpinan negara.
    Saya ingin bertanya mengapa akta auku dikenakan.Alasannya untuk menyekat mahasiswa terlinat dengan politik.Tetapi mengapa program2 seperti BTN diwujudkan di universiti,bukankah itu menekankan ideologi politik(byk program hanya menekankan isu2 pro kerajaan).
    Adakah mahasiswa ini akan dipenjarakan jika tidk berpuas hati dengan akta itu???Saya berfikir sejenak untuk memikirkan kemungkinan itu.Satu harapan telah datang…kata diri saya.Mengapa perlu takut kepada hukum dunia…andai semua mahasiswa di seluruh malaysia bangkit menentang akta ini,adakah semuanya akan dipenjarakan???rasanya tak ada tempat yang boleh menanpung kesemuanya…dan apa akan jadi kepada negara kerana semua aset pemimpin masa hadapan dan intelek2 telah dipenjarakan???Bukankah negara akan hancur…jadi renungkanlah kerana tiada apa perlu ditakutkan melainkan Allah SWT,jadi bangkitlah wahai suara mahasiswa,anda adalah aset bernilai untuk negara dan janganlah kita masih dibelenggu pemikiran2 yang telah disogok oleh program2 aneh oleh kepimpinan sekarang.Dan ingatlah akan janji2 Tuhanmu kerana sesungguhnya janji Tuhan itu adalah benar

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com