Bittaufiq Wa Najah Ummu Hani!
Selepas ni dah tak ada yang bernama kelas (bagi pelajar ijazah tinggi). Jadikan medan terakhir ini medan bertempur yang syahidnya adalah SYURGA SENYUMAN.
Tetamu yang bertandang..doakan saya ya!
Bittaufiq Wa Najah Ummu Hani!
Selepas ni dah tak ada yang bernama kelas (bagi pelajar ijazah tinggi). Jadikan medan terakhir ini medan bertempur yang syahidnya adalah SYURGA SENYUMAN.
Tetamu yang bertandang..doakan saya ya!
Dari Blog Drs Saifullah: http://www.saifullahkamalie.blogspot.com/
Afaf Saifullah Kamalie bersama Ummu Hani
Tanggal 5 April 2008 merupakan hari yang bersejarah bagi Ummu Hani Abu Hassan, novelis muda kelahiran Kedah, Malaysia. Di hadapan sekitar 483 santri Pondok Modern Gontor Puteri 1, novelis yang juga pendakwah ini berbagi pengalaman. Continue reading Catan Solo 3
Minggu2 orang membaca buku (untuk menghadapi tsunami di bilik peperiksaan) aku pula ligat berjalan. Bermusafir kata sufinya. Setelah pulang dari tanah Jawa (Jawa Tengah), mengengsot pula ke Utara Malaysia (rumah di Kedah), dan aku seperti mimpi, sekarang berada di Kelantan (Pasir Pekan-Kota Bharu- Pasir Puteh-Machang) dan akulah yang bertuah itu, dapat menghirup udara ilmu di Tanah Nilam Puri (bagi mereka yang tidak ada nostalgia dan badinya di sini, Nilam Puri itu samalah juga dengan tempat-tempat lain yang tak ada menariknya)
Seseorang lain telah hadir di otakku. Dia seorang gadis, seorang santriwati, bapanya orang Ponorogo, mamanya orang Changloon, entah macam mana ibubapanya bertemu hingga melahirkan dia sebagai anak ‘kacukan’ Indonesia- Malaysia. Tapi yang pastinya, ibubapanya tidaklah ‘setabah’ Che Siti Azreen, gadis 12 tahun yang sanggup ‘merentas’ pelabuhan demi menjalin cinta dengan pemuda Lombok Timur berusia 27 tahun.Cinta Che Siti dengan Toni Wijaya alias Supardi adalah Cinta tanpa ‘pas’ dan ‘pasport’ malah tanpa restu ibubapa. Sebaliknya, gadis yang bersorok di otakku adalah seorang gadis suci yang mentaati agama Islamnya. Cuma dia berkonflik apabila ibu dan bapanya bakal berpisah. Bapanya terpengaruh ajaran ‘simpang’ dan ibunya mahu pulang ke Changloon semula. Dia? kata ibubapanya; “Ika biar saja di Gontor Putri. Kau harus belajar mandiri di sini nak. Kerana masa depanmu, ibu atau bapa tidak bisa lagi memimpinnya. Kau sahaja yang menongkat jalan dewasamu. Dirimu telah ibu wakafkan untuk pesantren ini kerana yang lain, itu sudah tidak mampu.”
Ika tersedu.
Sebenarnya Ika telah muncul ketika minggu2 orang bersibuk dengan buku. Kata aku pada Ika, “Anti diam dulu dalam otak ana ini. Usai imtihan, ana selesaikan masalah anti. Malah tak mustahil, ana boleh kembalikan ibu anti.” Yakin aku pada Ika.
Tidak musathil!- kalau aku benar-benar serius mengasah ‘Ika’ dalam novel berikutnya.
Insya Allah!
Tuhan telah menerbangkan cintaNya
untuk para makhluk
yang menyambut tidak ramai
lebih banyak binatang dan tumbuhan
Aku di belakang si lalat
yang lebih dahulu menyambut cinta Tuhan
Lalat, kau lebih mulia daripadaku
Bahkan aku menadah hatiku
secubit dengan syukur.
Tuhan..aku masih tidak mengenal banyak
cintaMu dan cintaMu.
UMMU HANI
NILAM PURI, 20 APRIL
Ketika awan berapung
dan senyum pun mengiring
pada sebuah kedamaian
Nur Islami
Dan rindu hanya mampu
bertahan..
Oleh:
Ummi Hani Abu Hassan
Usia agama Islam sejak diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW menjangkau lebih 1400 tahun. Kemandirian Islam beradaptasi dengan perubahan zaman, masa dan pemikiran manusia tidak mencalarkan sifatnya malahan ia menjadi agama yang unggul dan paling cocok dengan fitrah kemanusiaan manusia.
Namun, di kalangan umat Islam mereka menjelaskan intipati akidah melalui kehidupan yang berbeza. Ini adalah kerana Islam telah meresapi semua kebudayaan bangsa sehingga proses asimilasi telah meruntuhkan ketegaran budaya aslinya. Misalnya, masyarakat Islam di negara China tidak mempraktiskan Islam seperti masyarakat Islam di Negara Arab. Begitu juga, masyarakat Islam di Eropah mengamalkan Islam dalam kontek yang berbeza daripada masyarakat Islam di asia khususnya Malaysia dan Indonesia. Momennya, berlaku hubungkait di antara masyarakat ini ialah pendasaran pada sunnahtullah iaitu al-Quran dan sunnah walau apapun kontek dan suasana masyarakatnya. Continue reading Ciri-Ciri Masyarakat Islam
Al-Maududi Telah Mendahului Tahu..
(Buat Pakatan Rakyat. Jadikan Islam sebagai teras pemerintahan!)
Al-Maududi dalam bukunya Teori Politik Islam-1939 menegaskan bahawa Islam bersifat mandiri dan tidak bergantung kepada sistem luar termasuk dalam bidang politik. Menurutnya lagi, adalah malang bagi umat Islam mempercayai bahawa Islam bergantung kepada sistem barat dan komunis dalam melegalisasikan bentuk pemerintahannya. Bagi al-Maududi, pewacanaan sistem barat seperti demokrasi dan teokrasi sebenarnya telah wujud dalam Islam. Jika di barat, ia dianggap sebagai isme atau fahaman, tetapi Islam hanya mengiktiraf sistem-sistem tersebut sekadar amalan organisasi yang semulajadi berlangsung dalam syariat.