Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

May, 2008

Saturday, May 31st, 2008

Bila Tun berserban

dr_m.jpg

Tun pernah kata, Islam tak melihat pada pakaian. Tapi pada hati. Kalaulah gambar di atas gambar asli, eloklah gambar yang ini ‘bekas2′ ahli umno gantung macam orang Pas  gantung gambar TOK GURU dalam rumah.

Tapi..

mustahil la pejuang sekular nak menjilat balik ludahnya kecuali ALLAH MEMBERINYA HIDAYAH.

Selamat kembali Tun.

Thursday, May 29th, 2008

Blog Baru ABAH

Sudi kiranya para tetamu menyinggah di teratak pengalaman Cikgu Abu Hassan Morad

sila klik :www.cikguabu.blogspot.com

Wednesday, May 28th, 2008

Selamat Datang ke kedai buku yang comel!

pict0091.JPGa

Hari pertama yang manis buat saya dan adik2. 150508.

pict0100.JPG

Buku sebagai gula-gula. Manisan (ilmu) memandu hidup.

pict0119.JPG

Hajar, yang banyak membantu dan berkorban di waktu lapang kuliah.

pict0104.JPG

Hasna yang kuat dengan nasihat dan ransangan  keluarga.

pict0101.JPG

Buku-Buku. Menjual buku2 sentiasa bahagialah:)

pict0102.JPG
AMN Publication Ent (ANA MUSLIMAH NASIHAH)

pict0096.JPG

Kedai cenderamata milik Abu Hanifah dan isterinya (selang beberapa pintu dari kedai kami)
pict0107.JPG

VCD Al-Quran hasil tangan Kak Asiah dari Hijrah Media.

pict0095.JPG

Hanifah dan Mai, Kak Ummu bangga dengan semangat kalian.

Yang penting ada kemahuan!

Yang paling penting adalah agama.

Jemput datang ke kedai buku kami di Tingkat 1, TESCO MERGONG. Hubungi senyum_sokmo2@yahoo.com

Monday, May 26th, 2008

Mahsuri dan Tesco

Saya jarang-jarang mahu merapati web ini. Menulis. tekun. Dan berasa puas hati apabila gejolak terlantun. Saya jadi benar malas sekarang. Entah kerana banyaknya kepentingan lain atau otak saya sendiri tepu dek limpahan kisah dan pengalaman baru, setiap hari malahnya.

kerja baru bertambah-tambah. Yang lama ada yang terciciran.

adi.jpg

Hamdi (berbaju merah) sudah siap menjadi musafir ilmu di Damsyik. Adi, jangan dok main2 kat sana!

Alhamdulillah, kedai buku kami di Tesco, Mergong menampakkan rakyat Malaysia makin cenderung pada buku. lebih 10 hari pembukaan, separuh buku terjual, banyaknya novel remaja dan kanak2 (kebanyakan dari PTS ) dan buku-buku motivasi menjadi pilihan. Saya sudah nampak ada sinar semangat pada Hasna yang sudi berulang-alik antara Kodiang- Alor Setar yang jauhnya kira-kira 40km. Juga Hajar yang sudi meluangkan waktu lapangnya selepas kuliah menjaga kedai adik ketiga, Hanifah yang kini berada di China. Bukan sedikit masa diluangkan melariskan buku-buku itu, keluar jam 9 pagi, pulang hampir jam 12 malam. setiap hari.

adi2.jpg

Inikah sekolah Hamdi? Wah..saya dah lalui musim2 ini. Selalu berasa bertuahnya dapat belajar di Malaysia (kerana kemudahannya). ..tapi bila dah mula belajar, alangkah tak terlawan ilmu2 agama di Damsyik yang lebih asli dan berkembang.

Saya tidak setabah mereka.

Sebagai penulis, medan saya adalah tersendiri. Dalam ruang yang di dalamnya otak, hati dan akal saling berinteraksi. tidak mahu diganggu sapa oleh sesiapa. Saya bertahan mungkin sehari atau dua hari untuk menjadi peniaga buku secara runcit, kerana dunia saya adalah sunyi, saya lebih selesa low profile di dalam rumah.

adi3.jpg

Syawarma…Saya teringat lagi basah peluh di kain yang terlilit pada tukang masak syawarma, itukah yang menyedapkan lagi? 

Bahkan menjadi penulis skrip bukanlah kerja mudah. Hanya bila Allah memudahkan, ianya tidak mustahil di tangan kecil seorang gadis yang sehingga kini tak besar-besar..heeee.

Perlukan doa kalian moga drama Mahsuri yang bakal dilayarkan nanti, skripnya benar beralur Tauhid.

insya Allah!

PSSS..Gambar tak ada kaitan dengan cerita. Tapi kaitan dengan hati yang sedang melukis. Selain berasa rindu pada bumi Suriah alias Syam, sedang juga teringat pada adik ke-5, Hamdi yang sedang bertarung dengan usia dewasa untuk menjadi ;seseorang’ kepada ummah, insya Allah.

Monday, May 19th, 2008

BERPERANG DENGAN PERANAN

Tahniah! untuk adik2 ku, Hasna, Hanifah, Mai dan Hajar yang dah mula melangkah menjadi usahawan walaupun dengan kudrat dan material yang kecil.

Semuanya jadi pantas bila Allah Yang Menentukan (kun fayakun). Alhamdulillah, Hasna dan Hajar telah berjaya ada kedai buku comel di TESCO, Mergong, Kedah. Hanifah dan isterinya Mai juga menyewa di tapak yang sama, selang 3 buah Kedai sahaja dari Ana Muslimah Nasihah (AMN PUBLICATION ENT).

Sayangnya, saya belum sempat letakkan gambar kedai adik2 saya ini di sini. Saya akan letak dengan perasaan kasih sayang untuk mereka. Memang tidak mudah kerana kudrat kami kecil, modalnya juga sederhana tapi semangat adik2 saya besar. Walaupun abah jauh (di Bosnia) kiriman nasihat mak dan keluarga lain tidak putus.

Pasti abah juga tidak sabar pulang ke Malaysia.

Saya sebagai anak sulung akan selalu berpesan pada diri, tindakan saya perlu lebih 10 langkah daripada adik2.

Itu bukan kerja yang mudah.

Allah, bantulah aku, bantulan hambaMu.

Kawan2, jemput datang ke kedai buku kami (AMN PUBLICATION) dan kedai cenderamata I Qeita DI TINGKAT 1, TESCO MERGONG, KEDAH.

Monday, May 12th, 2008

Maaf Untuk Emak

Oleh: Ummu Hani Abu Hassan

Entah mengapa, hari ini perasaan marahku pada emak menjadi-jadi walaupun kutahu perbuatan itu sangat besar dosanya. Lalu, kusabarkan diri untuk tidak meninggikan suara terhadap emak dan hanya menggumam di dalam hati.

Emak bukanlah seorang ibu yang tidak sempurna malahnya aku sangat bersyukur kepada Tuhan kerana mengurniakan seorang ibu yang begitu baik agama, paras rupa dan juga bertanggungjawab terhadap keluarga. Emak telah berjaya mendidik semua anaknya yang berjumlah lapan orang menjadi insan yang berguna kepada agama dan bangsa. Dan aku, anaknya yang paling bongsu telah berjaya mengikut jejak-langkah semua abang dan kakakku menjawat jawatan di dalam kerajaan dengan bekerja sebagai guru. Continue reading Maaf Untuk Emak

Monday, May 12th, 2008

Mengkuang Jiwa

OLEH:UMMU HANI ABU HASSAN
(Cerpen ini disiarkan di Akhbar Wasilah, Mei 2008)
Kau tahu dik, ketika ayah membesarkan kita dahulu, bukan emas yang ayah bentangkan tetapi mengkuang. Mengkuang yang dianyam berseni itulah menjadi tempat kita duduk melingkungi ayah. Kakak di sisinya, dua anak jiran kita, Saiful dan Azam di depan ayah dan adik di atas ribanya. Ayah suka menepuk punggung comel adik sebelum memulakan cerita. Ayah memang suka bercerita dan berkisah. Semua cerita-cerita itu telah kakak bukukan apabila kakak dewasa. Kau tahu dik, kisahnya? Marilah kakak ulang-ulangkan semula.

1
Pilu sungguh hati pemudanya. Kehilangan dua cinta yang menjadi tonggak hidup amat perit. Serasa luluh nubari menatap wajah bersih Khadijah yang jernih tidak bernyawa. Amat sukar dirinya meredah belantara perjuangan tanpa teman yang solehah ini. Dialah sahabat. Dialah isteri. Dialah ibu pada semua zuriat. Rawan ini perit lantaran sekujur jiwa yang lain turut diambilNya. Bapa saudara yang bernama Abu Talib juga meninggalkannya buat selamanya. Dia pedih kerana Abu Talib adalah pembelanya yang setia. Menjadi peneguh kala diri digusar musuh. Paling menghiris, Abu Talib pergi tanpa mahu melafaz syahadah yang menjadi bekal tawa di akhirat kelak. Continue reading Mengkuang Jiwa

Monday, May 12th, 2008

Kematian sedang membuntuti..

Bas Tranasional yang akan bertolak ke Kuala Lumpur siap menunggu penumpang. Perhentian Jalan Langgar, Kota Bharu meriah walaupun bintang sedang mengantuk di langit. Tiga wajah mulus depan saya tidak sabar mengangkat beg masuk ke perut bas. Beg itu adalah beg saya. Saya berseorangan sahaja pulang lebih awal (dalam bas ramai lagi penumpang tetapi tidak dikenali).

Saya menghadiahkan novel Suu Phea karangan abah pada adik A, anak saudara Kakak Adda yang saya tumpangi rumah mereka dua malam berlibur di Kelate. Saya katakan juga, “Adik belajar sungguh-sungguh.” Dan di wajahnya ada bayangan seorang doktor (cermin mata dan mulus wajah remaja rajin belajar). Keluarga Kak Adda bukan sebarangan. 9 beradik semua berjaya. lebih 20 cucu sedang mengikut lorong yang sama. Adik A salah seorang anak saudara Kak Adda dan cucu Mokcik (mak kak Adda) yang bijak. Pelajar Sma Maahad Muhammadi (P).  Mokcik telah dianugerahi ibu mithali peringkat Negeri Kelantan kerana kejayaannya mendidik anak-anak kemudian disambung pula oleh cucu-cucu. Bertuah saya dapat makan air tangan Mokcik 2 hari ni. (Saya tahu berkat masakan orang yang mentaati agama lalu saya makan banyak-banyak sepanjang tidur di rumah mereka).

Mereka baru saya kenal 2 hari itu. Selepas pulang ke Kuala Lumpur, wajah mereka terus melekat terutama senyum Kak Adda yang manis dan senyum Adik A yang kelihatan mahu belajar menulis dan suka membaca itu. Saya berazam mahu bertandang lagi (mahu makan banyak2 air tangan ibunda kak Adda yang diyakini berkat).

Semalam saya terima sms dari Kak Adda:

“Ummu ingat tak anak saudara Kak Adda yang hantar Ummu di stesen bas? Pagi tadi (10Mei 2008) dia meninggal dunia kerana terbabit kemalangan motor. Innalillah”.

Saya sudah merasai kematian begitu dekat dan tidak mengira usia dan kesihatan.

Al-Fatehah untuk ahli syurga yang mendahului.

Friday, May 9th, 2008

Semak Catatan Lama

Catatan 7

Teman Prihatin.

Sudah hampir sebulan diri tercampak ke Negara Syam. Betul-betul di atas bukit bernama Jabal Muhajirin. Namun, kawasan yang diri tercampak ini adalah kawasan marhaen, tempat penghuni kelas pertengahan di Damsyik- Jaddat Salamiyeh. Beberapa km sahaja dari tempat pembunuhan Qabil ke atas Habil di Jabal Arba’in.

dscn0747.JPG

Rumah kami (jika boleh dikatakan tempat berteduh) seperti sebuah kubu bawah tanah. Sewanya ialah 6000 lirah = RM350 sebulan (sewanya menjadi mahal sejak Damsyik menjadi Negara ‘selamat’ bagi rakyat Lubnan, Palestin dan Iraq. Tuan rumah menaikkan harga sewa mendadak dengan menjual kalimah ‘nak duduk ke tak nak? Orang lain ramai nak masuk…’ Kedudukan di atas bukit dan di bawah batu-batu keras tentulah memberi kelebihan kepada kami (Haniah, Hidayah dan saya) merasai lebih kesejukannya. Saya gelarkan rumah ini ‘peti sejuk’ besar. Continue reading Semak Catatan Lama

Wednesday, May 7th, 2008

Aku Merindukan Ini

Ya Allah.

rinduku sedang membarah

Tiada ubatnya.

Aku rindukan Bumi Syam

Allahumma bariklana fi Syamina. (Doa Rasulullah SAW kepada Bumi Syam)

dscn0683.JPG

Yusef dan Hammudeh, jiranku yang comel dan manja

dscn0745.JPG

Buah-buahan segar dari Pasar Jumaat

dscn1774.JPG

Anak-anak ummu Nadir menjadi adik2 di perantauan

jiran-yang-paling-comel-di-jaddat-salamiyeh.JPG

Jiran paling comel di Jaddat Salamiyeh

dscn2077.JPG

Kota Damsyik!

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com