Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

May, 2008

Wednesday, May 7th, 2008

Eksploit 2 Versi

(Cerpen Ini tersiar di Berita Minggu pada 4 Mei 2008) 

SATU
“Maaf, kakak bercakap bagi pihak teman kakak, katanya suaminya seorang yang baik, tekun bekerja dan penyayang kepada anak dan isteri. Kakak percaya kerana di alis kakak, memang itulah yang kakak lihat pada suami teman kakak.” Angin mendesir  terus membumbui kerudungku, beralun-alun di atas sepeda yang dinaiki kami. Semalam adikku ini menjadi penumpang pesawat Air Asia, hari ini memandu sepeda melerengi tanah felda yang tinggi mencacak. Semalam dia adalah warga karporat Kota Guangzhou hari ini kembali menjadi anak kampung di ceruk hutan Changloon. Dunia telah diglobalkan menjadi begitu kecil. Esok jika kami mahu, boleh sahaja terbang ke Damsyik, Singapura, Pakistan atau Yangon. Continue reading Eksploit 2 Versi

Wednesday, May 7th, 2008

Cukuplah Kematian Itu Sebagai Motivasi

Melihat wajah si mayat yang tenang, tona kuning langsat yang tidak memudarkan jernih riwayat hidupnya. Dan pucat tubuh kakunya menyatakan bahawa berjumpa al-Khaliq adalah perjalanan paling getir. Masya Allah.

Menziarahi kematian seperti memulangkan diri pada hakikat bahawa inilah sebenarnya tujuan kehidupan. Matlamatnya adalah menuju perjalanan panjang ternoktah di akhirat. Penuh ranjau. Penuh nikmat. Penuh duniawi. Penuh syahwat. Bekalnya iman dan Islam.

Aku masih menilik wajah sahabat ini yang telah kaku. Tuhan, dirinya sangat tenang. Sesekali terbit di mataku sendiri, wajah tidak bernyawa itu adalah diriku sendiri, seorang Ummu Hani yang banyak dosa. Alangkah jijiknya wajahku tanpa sebarang sorokan. Tuhan, di depanMu, di mana-manapun aku tidak dapat menipu. Detik bertemu denganMu memang mendebarkan. Kaku sahabatku ini dapat mengalir juga dalam darahku. Continue reading Cukuplah Kematian Itu Sebagai Motivasi

Wednesday, May 7th, 2008

Mengelus Cinta Syria

. Syria atau Syam sebuah Negara Arab yang terletak di timur laut Mediterranean adalah ‘negara nikmat’ yang bersarang segala keunikan dan ilmu pengetahuan. Sebelum mendatangi Negara beriklim Mediterranean ini, hati cuak dengan momokan media-media barat melapor Syria adalah sarang pengganas selepas Negara jiran mereka, Lubnan hancur dimusnahi Zionis Israel dan sekutunya Amerika Syarikat. Media barat yang  dimonopoli CNN melobi berita-berita ‘karut’ tentang keganasan tentera Syria yang akhirnya memaksa ‘jundu-jundu’ Syria beredar dari tanah Lubnan yang selama ini dilindungi mereka. Continue reading Mengelus Cinta Syria

  • NURLIDA BT MOKHTAR: Salam Ummu Hani, Saya Kak Ida , ingin berkongsi...
  • Akim: link utk borang http://files.itnm.com.my/download/...
  • kakyong: tak salah utk berkahwin semasa belajar, asal faham...
  • Emyne Fahimah Chan: Assalamu'alaikum.. Bagaimana untuk saya mendapatk...
  • mamawana: Assalamualaikum Apa khabar Nik Nur Madihah? Ap...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com