Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

June, 2008

Monday, June 30th, 2008

Menghasilkan Mahsuri..

kak-u.jpg

Tokoh inspirasiku yang berbaju ijo.

Berat! Menulis skrip drama (termasuk skrip filem) lebih ruwet dari menulis cerpen atau novel. Penulis terpaksa menggunakan segala keberdayaan otaknya mengekspresikan aksi yang tidak hanya bergantung pada dialog tetapi tiap aspek pelakuan dan pemikiran watak. Maka, otak bekerja keras memikirkan dialog dalam masa yang sama membayangkan aksi dan latar cerita.

Sebagai pelajar yang menekuni dakwah, adalah penting menjaga batas-batas agama dalam tulisan terutama yang membabitkan aksi suami isteri. Beberapa watak, saya membayangkan (sekaligus mengharapkan) pelakon adalah pasangan suami isteri yang sah (ternyata TV3 mempunyai pilihan pelakon sebaliknya). Dan penulis juga perlu berhati-hati jika lakonan itu tidak dilakonkan oleh suami isteri yang sah. Apa yang boleh dilakukan (penulis bukan pernebit yang mengeluarkan modal. Malah, penerbit kadang2 menyerahkan ‘semua urusan’ lakonan kepada pengarah. Jika Pengarah kurang ‘perasaan’ agamanya..bagaimana?). Jadi, elakkanlah lakonan ‘tidur di atas katil’ dan aksi-aksi mesra yang lain. Tonjolkan pada kata-kata dan air muka, itu sudah cukup menggambarkan perhubungan suami-isteri (sama ada bahagia atau sebaliknya). Continue reading Menghasilkan Mahsuri..

Monday, June 30th, 2008

Geledak Mahsuri


 28062008012.jpg

Inilah pelakon utama yang memegang watak Mahsuri (Meme). 

Sewaktu perbincangan dengan abah dalam kereta yang menjalar menuju ke PWTC (Pesta Buku 2008) April lalu, kami rancak menyebutkan kisah-kisah klasik rakyat antaranya Laila Majnun, Si Tenggang dan tiba-tiba abah separuh menjerit: Mahsuri!

 

Kisah-kisah itu diminta oleh pihak TV3 kepada penerbit-penerbit pilihan mereka termasuk Layar Consult Sdn. Bhd (syarikat di bawah Galeri Ilmu Sdn. Bhd) untuk slot Akasia jam 4.30 hingga 5.30 petang. Maka, abah telah menyuruh aku menyediakan proposal bagi drama Mahsuri. Segera! Arah abah.

 

Alhamdulillah, TV3 telah memilih Mahsuri dahulu untuk mengisi slot Akasia Ramadan ini. Ini adalah peluang kedua aku menulis skrip drama televisyen alias skenario dengan bimbingan abah selepas drama Cinta Madinah 2. Continue reading Geledak Mahsuri

Monday, June 30th, 2008

KAMPUNG BARU bawah ketiak KLCC

28062008008.jpg

Ketika mengikuti kursus umrah yang dikendalikan oleh Ustaz Nasrudin Tantowi. Jemaah akan berlepas pada 6 Julai ini, insya Allah.

Masa satu-satunya ‘benda’ yang tak dijual di semua kedai di seluruh dunia (walaupun lebih mahal daripada emas dan jet!). Semua orang memiliki masa hatta bayi yang baru keluar beberapa saat dari perut ibunya (oleh itu, semua orang adalah ‘orang kaya’ dengan memiliki ‘benda’ paling mahal tak ada yang mahal daripada masa!).

Peliknya, ramai orang tak menyedari mereka memiliki aset ‘bernilai’ itu dan masih sanggup membazir (dengan menyempah-nyempahkan di setiap tempat) ‘harta’ masa ini. Continue reading KAMPUNG BARU bawah ketiak KLCC

Monday, June 23rd, 2008

Mahsuri..

Debar menanti..
apakah Mahsuri seperti yang penulis impikan..gadis ayu memotretkan akhlak mulia. Lembut dalam ketegasan, tenang dalam percaturan.
Mahsuri bangkit dari gawat fitnah ibunya..menjadi penyatu keluarga yang terpecah.
menghalus sang pendendam hanya dengan bisikan istiqomah.
melestari cinta fitrah sekadar mencicip di sumur sabar mujahadah.
Mahsuri..memandangnya buat mata menjadi hati.

Nantikan..Mahsuri (tulisan skrip penuh pertama Ummu Hani) di TV3 Ramadan ini.

Saturday, June 21st, 2008

Raut BMDM..I LOVE U!

dsc_5453.JPG

Mendebarkan. Saat Kak Tipah sudah melunas risaunya (barangkali di malam pertama dia bergelar isterilah) serta Kak Jibah dan Kak Dijah yang bakal melangsungkan perwalimahan mereka dengan zauj (yang dikenal-pasti soleh fizikal dan rohani..amin). Saya pula ada perkara yang lain…resah uh!

dsc_5453.JPG

CINTA TERUNGKAP DI DALAM BUKU INI.

Memang CINTA melestarikan perkara yang mahu dikerjakan. Sedang diasak rasa cinta yang mendalam pada tanah air ketika berjauhan. Begitu hati juga larut melihat pasangan ilmuan yang muda-muda sudah berkahwin di perantauan (antara impian yang tidak malu saya kongsikan bersama ‘pejalan kaki’ di sini ialah: mahu hidup sebagai perantau ilmu di negara barokah bersama seorang suami yang berotak ‘universiti..sama-sama menjadi pendamba ilmu Allah dan mengamalkan segala yang dipelajari kemudian saling melengkapi untuk bergelar khalifah di muka bumi..wah! terlalu dahsyatlah impian tu buat masa itu..heeee). Lalu, saya tuntaskan dalam novel ini (angan-angan yang masih menjadi doa dalam sujud) Continue reading Raut BMDM..I LOVE U!

Saturday, June 21st, 2008

Saya dan HSKU..

 dsc_5321.JPG

Ditekun-tekun lama, banyak sekali peristiwa hidup muncul dengan bermaksud khususnya dalam hidup seorang hamba kecil Ummu Hani. Ada dua peristiwa penting yang lekat di otak; SATU- Ketika abah berpindah kawasan pengajian sarjananya dari USM ke UM (Sarjana Pengajian Media)Ummu Hani (ketika itu berumur belasan tahun) antara anak yang kerap dibawa bersama menghadiri kelas sarjana yang berlangsung malam. Dan anak itu (saya), selalunya menghabiskan masa dalam kereta (menunggu abah usai kelas) dengan berangan-angan; alangkah bertuahnya jika suatu hari nanti aku dapat belajar di universiti (UM) ini. Allah MAHA MENDENGAR.

Alhamdulillah, beberapa tahun selepas itu ALLAH memberi rizki buat gadis Ummu Hani untuk belajar di Universiti Malaya, tempat di mana dia menunggu bapanya menghabiskan kelas sarjana. Dah abah sudah berjaya mendapat ijazah sarjana Penerbitan Media (lima tahun proses lantaran sibuknya abah) pada tahun 2003.

dsc_5350.JPG

KEDUA; Ummu Hani dan adik-adiknya lahir setelah abah mereka sudah prolifik menulis. Kata emak, abah mulai menulis (cerpen pertamanya bertajuk Datuk) ketika mereka (ibubapa kami) bertunang. Ketika usia saya di alam ibtidaiyyah (sek rendah) dan ikdadi (menengah), abah telah banyak menulis lebih 10 buah novel dan kerap menang sayembara antaranya HSKU (Hadiah Sastera Kumpulan Utusan). Lebih 3 kali saya mengikut abah ke majlis untuk menerima hadiah. HSKU 1995-novel abah TITIAN RINDU (TEMPAT KEDUA), HSKU 1996- Novel abah NATASYA (TEMPAT KEDUA) kemudian dituruti dengan JULIA (HSKU 1997) dan CINTA MADINAH (HSKU 2000). Paling mengharukan, saya mewakili abah untuk menerima ANUGERAH SASTERA PERDANA 2001 (kerana abah berada di Mesir waktu itu).

Tahukah apa perasaan saya kala mengikut abah menerima anugerah penulisannya? Continue reading Saya dan HSKU..

Monday, June 16th, 2008

Seputar Putik Q

PUTIK QUNAITARA
Oleh :Ummu Hani Abu Hassan
dscn0747.JPG

“Anakku, aku ibumu ingin berpesan. Jika berjalan, peganglah tanganku erat-erat.” Ibu menghembus dahiku, anak rambut berwarna perang terkibas ke atas. Topi berjambul biru masih lekap mendinding dingin kepala. Ibu menarikku dekat ke sisinya. Jemari kami berangkulan ketika melintas jalan menuju ke Jisr Rais.

Kalau berjalan-jalan ke Damsyik, terutamanya di mahattah service Jisr Rais, kanak-kanak kecil sering menjadi tumpuan mata saya. Dengan pakaian musim sejuk yang tebal, mereka kelihatan amat comel dan anak patunglah. Diheret ibu yang berbadan besar (dibesarkan lagi dengan manto tebal), ditarik melintasi jalan yang sibuk, anak-anak ini (yang kebanyakkannya bermata biru, hijau dan coklat cair) terkebil-kebil tanpa ralat, menderapi langkah ibu mereka yang cergas. Aduh! comelnya..

Lalu, saya meletakkan diri sebagai ‘insan comel’ itu menjadi aku dalam cerpen ini. Continue reading Seputar Putik Q

Sunday, June 15th, 2008

Di Hujung Rindu..HSKU!

Segala syukur PADA YANG MAHA ESA.

img089.jpg

Bukanlah apa-apa kalau tidak kerana rezeki DARI ALLAH. Perjalanan musafir hampir 3 bulan ke Suriah@Syam memberi dampak yang mengilhami nubari supaya “Cik Ummu..silalah menulis sesuatu dari perjalanan ilmu ini”

Tekad yang mencicip dan akhirnya melapah ruang hati seluruhnya: Laskar tindak BAROMKEH:MATAMU DI MATAKU dan PUTIK QUNAITARA. KeDUanya digauli RINDU yang begitu memuncak pada TANAH ANBIYA DAN AULIYA BILAD SYAM. Saya hanya mengusaikan novel BMDM hanya setelah pulang ke tanah air hampir ‘setahun’ (malah menghantar manuskrip pada tarikh 31 Dis 2007) dan cerpen Putik Q ketika RINDU MEMUNCAK d Jordan (DALAM BILIK SEJUK MUNY DAN TEAM MAWADDAH, AMMAN dan BILIK SEJUK JADDAT SYEIKH KHALID) Continue reading Di Hujung Rindu..HSKU!

Saturday, June 14th, 2008

SENARAI PENUH HSKU08

KATEGORI

NOVEL REMAJA

Hadiah pertama (RM7,000)

Khazanah Warisnya Kalbu

Sri Rahayu Mohd Yusop

Hadiah kedua (RM4,500)

Sayap-sayap Cendekia

Nisah Haron

Hadiah ketiga (RM3,000)

Baromkeh: Matamu di Mataku

Ummi Hani Abu Hassan Continue reading SENARAI PENUH HSKU08

Thursday, June 12th, 2008

kERANA bUKU sEMANIS mADU

trilogi_abu_hassan_morad_11.jpg

walaupun minyak naik..

buku tetap pada harganya (yang tertulis di kulit buku)

malah..buku pasti akan ‘diturunkan’ harga oleh yang menjual.

Anda jangan takut membeli buku..

semanis madu memandaikan anda!

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com