Inilah pelakon utama yang memegang watak Mahsuri (Meme).
Sewaktu perbincangan dengan abah dalam kereta yang menjalar menuju ke PWTC (Pesta Buku 2008) April lalu, kami rancak menyebutkan kisah-kisah klasik rakyat antaranya Laila Majnun, Si Tenggang dan tiba-tiba abah separuh menjerit: Mahsuri!
Kisah-kisah itu diminta oleh pihak TV3 kepada penerbit-penerbit pilihan mereka termasuk Layar Consult Sdn. Bhd (syarikat di bawah Galeri Ilmu Sdn. Bhd) untuk slot Akasia jam 4.30 hingga 5.30 petang. Maka, abah telah menyuruh aku menyediakan proposal bagi drama Mahsuri. Segera! Arah abah.
Alhamdulillah, TV3 telah memilih Mahsuri dahulu untuk mengisi slot Akasia Ramadan ini. Ini adalah peluang kedua aku menulis skrip drama televisyen alias skenario dengan bimbingan abah selepas drama Cinta Madinah 2.
Wajah pengarah Mahsuri, Abang Zul R.shad (pengarah drama Spa Q)
Aku merangka garis kasar cerita Mahsuri berdasarkan kisah asal Mahsuri binti Pandak, gadis dari Langkawi yang punya kisah hidup tragis. Mahsuri adalah mangsa fitnah keluarga mentuanya bahawa dia melakukan zina dengan seorang pedagang luar. Dia akhirnya menerima hukuman ditikam dengan keris hingga mengeluarkan darah putih. Sebelum meninggal dunia, Mahsuri sempat menyumpah bahawa Langkawi akan menjadi
Oleh kerana sejarah (barangkali ditokok-tambah) ini mempunyai nilai komersial buat kerajaan Negeri Kedah khususnya di Langkawi, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah memberi ‘nafas baru’, menaikkan semula cerita Mahsuri dan kawasan makamnya sebagai tempat pelancongan. Hari ini, jika anda ke Langkawi, Makam Mahsuri adalah tempat yang ‘wajib’ anda pergi (supaya wisata ke Langkawi sempurnalah!)- kata orang Kedah umumnya.
Untuk sinopsis Mahsuri, aku tidaklah meniru bulat-bulat seperti kisah di atas. Mahsuri diberi nafas baru dengan penampilannya sebagai gadis yang memurnikan kembali hubungan kekeluargaan. Dalam drama Mahsuri ini, ibunya Teh Halimah (dilakonkan oleh Norish Karman) yang menjadi mangsa fitnah keluarga mentuanya hingga menyebabkan dia gila dan hilang ingatan. Mahsuri lahir dari celahan konflik ibubapanya malahan tempat kelahirannya adalah di hospital jiwa. Dia dibawa pergi oleh seorang wanita tua, iaitu orang gaji kepada keluarga mentua Teh Halimah bernama Chu Zainab (dilakonkan oleh Kartina Aziz) ke Langkawi. Lalu membesarlah Mahsuri sebagai gadis Langkawi tanpa mengetahui asal-usul keluarganya termasuklah ibunya yang sebenar.
Salah-satu babak Mahsuri dengan Chu Zainab (Kartina Aziz)
Teh Halimah (ibu Mahsuri), wanita
Bagaimanakah pencarian gadis Mahsuri ini menjejak kisah hidupnya dan mengangkat kembali maruah ibunya?
Saksikan drama bersiri Mahsuri di TV3 sepanjang Ramadan ini






