Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Raut BMDM..I LOVE U!

dsc_5453.JPG

Mendebarkan. Saat Kak Tipah sudah melunas risaunya (barangkali di malam pertama dia bergelar isterilah) serta Kak Jibah dan Kak Dijah yang bakal melangsungkan perwalimahan mereka dengan zauj (yang dikenal-pasti soleh fizikal dan rohani..amin). Saya pula ada perkara yang lain…resah uh!

dsc_5453.JPG

CINTA TERUNGKAP DI DALAM BUKU INI.

Memang CINTA melestarikan perkara yang mahu dikerjakan. Sedang diasak rasa cinta yang mendalam pada tanah air ketika berjauhan. Begitu hati juga larut melihat pasangan ilmuan yang muda-muda sudah berkahwin di perantauan (antara impian yang tidak malu saya kongsikan bersama ‘pejalan kaki’ di sini ialah: mahu hidup sebagai perantau ilmu di negara barokah bersama seorang suami yang berotak ‘universiti..sama-sama menjadi pendamba ilmu Allah dan mengamalkan segala yang dipelajari kemudian saling melengkapi untuk bergelar khalifah di muka bumi..wah! terlalu dahsyatlah impian tu buat masa itu..heeee). Lalu, saya tuntaskan dalam novel ini (angan-angan yang masih menjadi doa dalam sujud)

dsc_5453.JPGDan keberdayaan budaya Arab Islam yang sungguh meraikan tetamu, menghormati perantau ilmu, ikhlas dan serba-sedikit masalah antropogi dan sosial yang berlangsung di kalangan anak-anak muda Malaysia di perantauan (nyatanya di Syirialah). Paling tak terlupakan: ukhwah! (Ukhwah adalah nyawa bagi setiap manusia ketika berjauhan dengan keluarga dan tanah air. Tanpa ukhwah, hidup bisa rebahhhhhhh).

dsc_5453.JPGSelama hampir 3 bulan, makanya saya menyimpulkan bumi Syam yang sudi menyimpan saya iaitu Baromkeh (berhampirannya Jaddat Salamiyeh, Suuq Jumaat, Syeikh Khalid, Ruknuddin dll) menjadi mata dalam mata saya. Saya melihat kesuraman mata Baromkeh (khusus penghuninya) di kala ia menujamkan inspirasi matanya kepada saya.

dsc_5453.JPGBaromkeh..kau benar-benarlah…membuatkan saya jatuh CINTA.

Berjanji; untuk cinta perlu ada setia, dengan setia tali yang mengikatnya adalah sabar, adalah usaha, adalah matlamat. MATLAMAT; Sebuah novel untukmu..untuk seluruh yang mencintaimu (BUMI SYAM) dan seluruh yang mahu mencintaimu..(Kata Puan Azah Aziz, editor terbaik pernah saya temui; selepas membaca manuskrip Ummu, rasa nak terbang ke Syria malam ni..).. aduh..penangan Bumi Syam memang berbisa.

ALLAHUMA BARIK LANA FI SYAMINA. ALLAHUMMA BARIK LANA FI YAMANINA- Doa Rasulullah SAW ke atas bumi Syam.

BAROMKEH, MATAMU DI MATAKU

Cinta yang benar, sebenar-benar cinta, cinta ialah nikmat, hikmat yang mengasyikkan, dan tiadalah hikmat jika tiada berpedoman.

pedoma cinta, apakah pedoman cinta itu?

ANDA PERLU MILIKI NOVEL INI UNTUK ANDA MERASAI PERASAAN CINTA KEPADA BUMI YANG RASULULLAH SAW CINTAI INI..

dsc_5402.JPG

Bersama dua kakak hebat, Kak Sri Rahayu dengan Warisnya Kalbu dan Kak Nisah Haron dengan Tawarikh Cinta. Saya dengan Baromkeh; Matamu di Mataku.

One Response to Raut BMDM..I LOVE U!

  1. Ina Sr says:

    Ummu, tahniah!! :)

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com