Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Saya dan HSKU..

 dsc_5321.JPG

Ditekun-tekun lama, banyak sekali peristiwa hidup muncul dengan bermaksud khususnya dalam hidup seorang hamba kecil Ummu Hani. Ada dua peristiwa penting yang lekat di otak; SATU- Ketika abah berpindah kawasan pengajian sarjananya dari USM ke UM (Sarjana Pengajian Media)Ummu Hani (ketika itu berumur belasan tahun) antara anak yang kerap dibawa bersama menghadiri kelas sarjana yang berlangsung malam. Dan anak itu (saya), selalunya menghabiskan masa dalam kereta (menunggu abah usai kelas) dengan berangan-angan; alangkah bertuahnya jika suatu hari nanti aku dapat belajar di universiti (UM) ini. Allah MAHA MENDENGAR.

Alhamdulillah, beberapa tahun selepas itu ALLAH memberi rizki buat gadis Ummu Hani untuk belajar di Universiti Malaya, tempat di mana dia menunggu bapanya menghabiskan kelas sarjana. Dah abah sudah berjaya mendapat ijazah sarjana Penerbitan Media (lima tahun proses lantaran sibuknya abah) pada tahun 2003.

dsc_5350.JPG

KEDUA; Ummu Hani dan adik-adiknya lahir setelah abah mereka sudah prolifik menulis. Kata emak, abah mulai menulis (cerpen pertamanya bertajuk Datuk) ketika mereka (ibubapa kami) bertunang. Ketika usia saya di alam ibtidaiyyah (sek rendah) dan ikdadi (menengah), abah telah banyak menulis lebih 10 buah novel dan kerap menang sayembara antaranya HSKU (Hadiah Sastera Kumpulan Utusan). Lebih 3 kali saya mengikut abah ke majlis untuk menerima hadiah. HSKU 1995-novel abah TITIAN RINDU (TEMPAT KEDUA), HSKU 1996- Novel abah NATASYA (TEMPAT KEDUA) kemudian dituruti dengan JULIA (HSKU 1997) dan CINTA MADINAH (HSKU 2000). Paling mengharukan, saya mewakili abah untuk menerima ANUGERAH SASTERA PERDANA 2001 (kerana abah berada di Mesir waktu itu).

Tahukah apa perasaan saya kala mengikut abah menerima anugerah penulisannya?

dsc_5388.JPG

Ya Allah, lorongkanlah Ummu Hani menjadi seorang penulis yang memartabatkan Islam dalam karyanya. ALLAH MAHA MENDENGAR, MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

dsc_5452.JPG

Alhamdulillah, pada tahun 2005, Saya datang ke majlis HSKU bukan lagi menemani abah tetapi Allah memberi rizki buat saya mengecap nikmat sastera (jangan lupa bersyukur) untuk dua cerpen saya yang menang hadiah utama dan penghargaan. Tajuknya Kampung Hati Ayah dan Cerita-Cerita Akhir. Emak yang menemani saya kerana abah di China, menjalankan pergambaran Syahadah.

dsc_5378.JPG

Alhamdulillah, HSKU 2007 lebih bermakna. Saya menunaikan impian ibubapa (setelah abah yang tiada masa untuk menulis novel selepas novel Sayangku Puteri dan Suu Phea). Mereka mahu saya menulis novel dan novel itu layak diterbitkan (HSKU) mewarisi apa yang abah telah mulakan dahulu. Alhamdulillah, HSKU 2007 telah menyediakan yang terbaik untuk BAROMKEH:MATAMU DI MATAKU. Abah dan emak menemani Ummu Hani menerima anugerah ini.

dsc_5436.JPG

Segala puji saya kembalikan kepada ALLAH YANG MAHA MEMBERI. Moga saya diberi kekuatan oleh Allah selepas ini untuk terus berkarya.

dsc_5349.JPG

One Response to Saya dan HSKU..

  1. Assalamualaikum…WTH
    TAHNIAH, selamat maju jaya… terus maju dan menajamkan mata pena.

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • NURLIDA BT MOKHTAR: Salam Ummu Hani, Saya Kak Ida , ingin berkongsi...
  • Akim: link utk borang http://files.itnm.com.my/download/...
  • kakyong: tak salah utk berkahwin semasa belajar, asal faham...
  • Emyne Fahimah Chan: Assalamu'alaikum.. Bagaimana untuk saya mendapatk...
  • mamawana: Assalamualaikum Apa khabar Nik Nur Madihah? Ap...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com