Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

July, 2008

Friday, July 25th, 2008

Lara Rindu Mahsuri..prosesnya

Di kala rindu begitu menghanyut (dibawa terbang terutama ke Haramain) hingga menitikkan air mata di sejadah Isya’. Mula berkira-kira mahu mengisi hati walang dengan kisah ceria yang boleh membibirkan senyuman (pada diri) serta menjadi pengajaran kepada yang mahu belajar.
Saya menerima banyak emel, sms, respon spontan, bicara tengah jalan dan melalui bengkel2 yang menyatakan mereka begitu teruja menjadi penulis skrip. Sahabat saya (yang tidak pernah berjumpa secara 4 mata) juga pengarang Harakah, Ali Bukhari Amir menulis komentar di laman ini (rujuk artikel Mahsuri) berasa terdorong menjadi penulis skrip bagi menyebarkan dakwah. Ya! Memang tepat. Kita memerlukan lebih ramai penulis berfikrah dan mengamalkan Islam dalam kehidupan bagi mengajak masyarakat kembali menghayati nilai-nilai Islam. Tambahan, saluran televisyen (termasuk parabola) begitu banyak dan berlumba-lumba menghiburkan masyarakat. Sekiranya, orang-orang dakwah yang mengamakan dakwah ini tidak mengambil peluang (setidaknya sebagai penulis skrip, penerbit, pengarah, pelakon, pengacara bukan sekadar penonton!), hadamlah (dan jamahlah) situasi hedonism mania seperti sekarang dan selama-lamanya. Sekarang (menurut pandangan saya), kita hanya mampu menjadi (sekadar pengisi) berbanding kelompok majoriti  yang didominasi produksi kapitalis. Penerbit bercitra dakwah masih di alam ‘tempelan’. Kalau tidak matlamat stesen televisyen (misalnya TV9 DAN OASIS) mahu menarik sasaran penonton di kalangan orang Melayu di Malaysia, makanya program-program dakwah diperbanyakkan (walaupun begitu ada hikmahnya buat kita semua..alhamdulillah). Continue reading Lara Rindu Mahsuri..prosesnya

Wednesday, July 23rd, 2008

Umrah Tarbawi

Seperti kebiasaan kami berkumpul setiap petang apabila masing-masing pulang dengan penat, tapi masih ceria berkongsi cerita, apa yang berlaku di tempat kerja. Faez dengan cacingnya (pembantu penyelidik HUKM), Rena dengan duit-duit di gedung CIMB Berhad (akauntan), Kak Jibah dengan staf takafulnya (Eksekutif Syariah), Kak Wani dengan masalah keluarga Muslim yang runcing di mahkamah (peguam syariah), Hana selaku pegawai IT di Bank Rakyat, Kak Dijah dan Syahid, tutor Jab Fiqh Usul di APIUM juga pelajar PHD, Faza dengan kajian kesihatan di FRIM, Ina S yang bertugas RA di Fakulti Kejuruteraan UM, Mas akauntan di Telekom dan aku yang paling biasa; pelajar yang malas..heheh. Cerita-cerita mereka membuatkan hidup di Az-Zahra sentiasa berkehidupan (yang sebenarnya aku sekarang ini merindukan teman-teman di rumah sewa…)
170720084801.jpg

Cerita Mas yang paling tak terlupakan apabila sepulangnya dari mengerjakan umrah awal Jun lalu telah mengisahkan begini: “Ummu, Mas Nampak muka Ummu banyak kali di Kaabah..betul. beberapa kali!”
Aku yang mendengar berasa degup. Hampir tibakah ajalku?
Kata teman-temanku lain pula: “Eh, lepas ni nampaknya sahabat kita si kecil Ummu bakal menjadi tetamu Allah.” Aku kira, semua yang mendengar cerita Mas akan bercakap begitu. Aku hanya mengaminkan dalam hati. Sebenarnya, aku berasa kerdil dan hina. Betulkah Kau mahu menjemputku Ya Allah dalam waktu terdekat menjadi tetamu Kota Haramain?
Memang jadual Allah akan berlangsung pada waktu yang tepat. Kemudahan menuju ke Kota Haramain amat mudah. Bermula daripada aku ‘mencari’ biaya umrah, keizinan ibubapa dan proses visa, travel dan lain-lain. Alhamdulillah. Paling mengujakan, pakej umrah ini bukanlah pakej ziarah aka pelancongan tetapi lebih kepada pakej tarbiah (namanya pun Umrah Tarbawi). Aku memang ditakdirkan untuk bersama pimpinan Dewan Muslimat Pas Pusat dan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ust Nasrudin Tantawi serta jemaah lain yang semuanya aku tak pernah kenal (sebahagian mereka mungkin kenal nama saja) dalam rombongan ini walaupun di saat akhir. Ini gara-gara khabaran dari Kak Asiah yang mengatakan pakej umrah mereka yang paling murah, hanya RM4500 (berbanding yang aku pantau kebanyakan rm5000 ke atas).
Terima kasih kepada Layar Consult Sdn Bhd yang telah memberikan wang belanja (hasil menulis skrip Mahsuri) untuk perjalanan Umrah Tarbawiku. Semoga semua yang memudahkan Ummu Hani akan dipermudahkan urusannya oleh Tuhan yang Amat Pemalu jika tidak menunaikan permintaan (kebaikan) hamba-hambaNya yang bermohon.

Continue reading Umrah Tarbawi

Monday, July 21st, 2008

Haramaian Yang ditinggalkan..

CATATAN 1

15072008379.jpg

Saya baru memulakan. Sebenarnya, berkapuk-kapuk dalam kepala. Jiwa pun direngsang kerinduan lagi. Membara. ah! AL-Haramain, siapa yang merasa itulah perasaan yang sebenar-benarnya. Tak bisa dicerita galur dan jalur pengalaman menjadi ‘TETAMU ALLAH’ (dengan sebenar-benarnya melalui kata dan taipan).

14072008332.jpg

Alhamdulillah, Hari ini sudah berada di Malaysia tercinta khususnya dalam ruang luas, rumah saya sendiri di Kedah. Di manakah Kaabah? di manakah Raudah..??- DALAM HATI.

DI HARAMAIN,

17072008462.jpg

ku temui diriku yang kerdil, lorong yang dilalui rasul penuh dengan rintangan, semuanya telah diberkati Tuhan. Kota yang dulu kontang kini agam pembangunan menjadi tumpuan seluruh dunia. Tidakkah kami yang bertandang ini tahu, nilai sebenar kedatangan kami ke sini? Kerana apa jika bukan untuk merenung semua kenangan yang ditinggalkan baginda SAW?

Teroleng jauh aku dibawa khayalan kealpaan..mercup dan kuncup, pasang dan surut cintaku padamu Ya Rasulullah. Akulah umatmu yang kerdil berdosa ini. Lalu apakah pantas kasihan jika dirimu tidak mengenal aku ini..malunya aku mengungkap cinta..Aku cinta padamu Ya Rasulullah SAW.

17072008480.jpg

Setiap hari..makin banyak cubaannya. Aku menjadi yang tidak selayaknya di sisiMu. Aku menjadi yang jauh dari tujuan Yang Kau Ciptakan untuk diriku. Ya Allah..

Tidak pernah ada satu tempat yang mana semua orang ‘berlari’ menuju Tuhan. Aku melihat betapa bersungguhnya orang tua, dewasa, ibubapa, pemuda, anak-anak gadis, para janda, orang cacat, kanak-kanak malah bayi sekalipun nampak ghairah menuju Baitul Haram. Bahkan ketika azan berkumandang, semuanya berlari-lari, yang uzur cuba bergerak sekencang yang boleh hanya mahu bersama berjemaah. Apabila Imam mula membacakan al-Fatehah, ada kanak-kanak berhenti terus solat walaupun di lantai lalu-lintas (luar) Masjidil Haram. Sisi bumi ini adalah suci hatta debu dan tanahnya sekalipun.

Kala jenazah-jenazah tiba dibawa masuk ke baitul Haram, berlari-lari para pemuda mendapatkan pemegang atau bucu keranda seolah sang jenazah memang dicop ahlu syurga. Terpegun..

Friday, July 4th, 2008

Terbang menuju CINTA

 250px-masjid_an-nabawi_01.jpg

“Sejak kecil, sejak diasuh ayah dan ibu menunaikan solat, saya sudah bercita-cita mahu melihat kaabah yang sebenar, bukan sekadar melihat bentuk kaabah di sejadah yang kita sujud..”

Alhamdulillah.

Doakan perjalanan saya dan rombongan (Umrah Tarbawi DMPP) 6 Julai -19 Julai 2008 ke Madinah dan Mekah diberi kemudahan dan diberkati Allah SWT.

Perjalanan umrah dan ziarah ini saya ibaratkan sebagai ‘mencaj’ semula diri yang dibaluti dosa. Perjalanan menuju CINTA dan berakhir dengan CINTA.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com