Seperti kebiasaan kami berkumpul setiap petang apabila masing-masing pulang dengan penat, tapi masih ceria berkongsi cerita, apa yang berlaku di tempat kerja. Faez dengan cacingnya (pembantu penyelidik HUKM), Rena dengan duit-duit di gedung CIMB Berhad (akauntan), Kak Jibah dengan staf takafulnya (Eksekutif Syariah), Kak Wani dengan masalah keluarga Muslim yang runcing di mahkamah (peguam syariah), Hana selaku pegawai IT di Bank Rakyat, Kak Dijah dan Syahid, tutor Jab Fiqh Usul di APIUM juga pelajar PHD, Faza dengan kajian kesihatan di FRIM, Ina S yang bertugas RA di Fakulti Kejuruteraan UM, Mas akauntan di Telekom dan aku yang paling biasa; pelajar yang malas..heheh. Cerita-cerita mereka membuatkan hidup di Az-Zahra sentiasa berkehidupan (yang sebenarnya aku sekarang ini merindukan teman-teman di rumah sewa…)
![]()
Cerita Mas yang paling tak terlupakan apabila sepulangnya dari mengerjakan umrah awal Jun lalu telah mengisahkan begini: “Ummu, Mas Nampak muka Ummu banyak kali di Kaabah..betul. beberapa kali!”
Aku yang mendengar berasa degup. Hampir tibakah ajalku?
Kata teman-temanku lain pula: “Eh, lepas ni nampaknya sahabat kita si kecil Ummu bakal menjadi tetamu Allah.” Aku kira, semua yang mendengar cerita Mas akan bercakap begitu. Aku hanya mengaminkan dalam hati. Sebenarnya, aku berasa kerdil dan hina. Betulkah Kau mahu menjemputku Ya Allah dalam waktu terdekat menjadi tetamu Kota Haramain?
Memang jadual Allah akan berlangsung pada waktu yang tepat. Kemudahan menuju ke Kota Haramain amat mudah. Bermula daripada aku ‘mencari’ biaya umrah, keizinan ibubapa dan proses visa, travel dan lain-lain. Alhamdulillah. Paling mengujakan, pakej umrah ini bukanlah pakej ziarah aka pelancongan tetapi lebih kepada pakej tarbiah (namanya pun Umrah Tarbawi). Aku memang ditakdirkan untuk bersama pimpinan Dewan Muslimat Pas Pusat dan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ust Nasrudin Tantawi serta jemaah lain yang semuanya aku tak pernah kenal (sebahagian mereka mungkin kenal nama saja) dalam rombongan ini walaupun di saat akhir. Ini gara-gara khabaran dari Kak Asiah yang mengatakan pakej umrah mereka yang paling murah, hanya RM4500 (berbanding yang aku pantau kebanyakan rm5000 ke atas).
Terima kasih kepada Layar Consult Sdn Bhd yang telah memberikan wang belanja (hasil menulis skrip Mahsuri) untuk perjalanan Umrah Tarbawiku. Semoga semua yang memudahkan Ummu Hani akan dipermudahkan urusannya oleh Tuhan yang Amat Pemalu jika tidak menunaikan permintaan (kebaikan) hamba-hambaNya yang bermohon.
PERJALANAN BERMULA.
Aku akan susulkan dari masa ke semasa perjalanan kami yang tercatat di kolek kecilku mengikut perspektif kerajinanku sendiri bentuk tulisannya. Ada sebuah cerpen (belum sampai peringkat lagi sebenarnya) telah sempat ditulis di kaki lima Masjidil Haram kerana melihat kesungguhan pekerja Muslim asing berbakti kepada Rumah Allah. Ini semua hasil pengamatan yang tersendiri. Barangkali orang lain berbeza sudut pandangan mereka. Bumi Mekah dan Madinah memberiku ilmu bkan sahaja sirah Rasulullah SAW, tetapi ilmu Fikah, Tauhid, Tasawuf, sosiologi, psikologi, ekonomi dan lain-lain. Seperti yang aku emelkan pada teman baikku yang telah juga bertandang ke Haramain tapi bukan dalam bentuk yaqazah; hanya perjalanan ruh (mimpi). Sungguhlah, menjadi tetamu Allah bila-bila masa sahaja walaupun tidak mustahil seseorang itu telahpun meninggal dunia.
Catatan pertamaku pada si teman:
Bismillahirrahmanirrahim,
Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW serta ahli keluarga baginda dan para sahabat terdahulu yang memperjuangkan Islam. Moga2 kita tercalon dan terus bergerak dalam barisan mereka walaupun di saf paling akhir, insya Allah.
Yang dimuliakan,
Kak Ummu tak berniat tulis panjang2 sebabkan malam telah begitu lanjut dan matapun taklah kuat sangat nak bersengkang. Cuma masih nak adapt waktu yang normal kembali je..heee. Tadi, nak menaip awal sikit tapi ada tetamu nak ambil ‘bau’ tetamu kaabah. Alhamdulillah, menjadi tetamu Allah dalam usia yang muda adalah matlamat yang Allah makbulkan, Alhamdulillah.
Banyak sekali pengalaman nak dicoret. Bayangkan, di Haramain, seluruh dunia Islam datang ke sana, jadi macam2 gelagat, budaya, mazhab, adat, kelakuan manusia kita boleh tengok. Tak payah kak ummu pi Yaman nak kenal orang Yaman kalau orang yang sembahyang sebelah kak ummu tu dari sana kat Masjid Nabi. (misalnya), selain ibadah, dapat ilmu sejarah Islam, dapat ilmu sosiologi dan antropologi, ilmu Fiqh (fiqh musafir contohnya bertayamum dalam flight, cara melakukan solat dalam flight dengan betul dan lain-lain), ilmu psikologi (sebabkan kita duduk sebilik dengan orang tua, kena banyak beralah..heee) ilmu CINTA (cinta kepada ALLAH DAN RASULULLAH SAW- Kenapa Allah suruh kita mencintaiNYa dan rasul melebihi yang lain..)ilmu bahasa (bahasa Arab terutamanya bahkan bahasa Inggeris, bahasa Ammi, Bangladesh, Sri Lanka, Parsi..huhuu..banyak), ilmu berniaga (pandai2 la pujuk masa beli barang sebab barang kat sana dah mulai mahal sekarang)..kesimpulannya, Ibadah Umrah dan ziarah adalah perjalanan ilmu yang luas bagi yang mahu berfikir dan mengambil pengajaran.
Para tetamu yang tak dapat berjemaah di dalam Baitul Haram kerana terlalu padat.
![]()
Nenek ini tidak silu berbaring di hadapan Masjidil Haram.
Untuk cerita yang pelik2, rasanya semuanya ajaib buat diri kak Ummu. Dalam sebuah dunia (akhir zaman ini), ada dua tempat (al-haramain) yang mana manusia datang ke sini dengan matlamat menyucikan diri dari dunia. Masing-masing menuju Allah dan meninggalkan kebesaran diri. Orang kaya ka miskin ka, bangsa hitam ka bangsa putih ka, semuanya berpakaian ihram yang sama, menutur kalimah yang sama, bertawaf dan sa’ie dalam jumlah yang sama, tak ada kelebihan (seperti kata Rasulullah SAW, tak ada kelebihan bangsa Arab ke atas bangsa ajam atau sebaliknya), semuanya menangis, terpaku di depan Kaabah, terpana dengan kebesaran Allah dan berasa kerdilnya menjadi manusia yang memiliki ego dan sombong tanpa sedar.
![]()
Pemandangan dari puncak Jabal Tsur.
Dapat panjat Gua Hira dan Jabal Tsur..masya Allah, betapalah dulu Rasulullah SAW susah payah nak kembangkan Islam tika dilingkungi pembantu beberapa orang. Jabal Tsur tu tingginya nak dekat 3 jam jugak panjat. Bayangkan Asma, ketika mengandung hantar makanan pada Rasulullah SAW DAN ayahandanya. memang masa dah kat tengah tu, rasa putus asa dah nak naik atas, kasut terputus tengah jalan, sabarkan diri dengan kisah2 tauladan Rasulullah SAW dan para sahabat, teruskan jugak langkahan. Alhamdulillah.
Bersama Ustazah Nuridah ketika panjat Jabal Tsur
![]()
Ambil peluang solat sunat Dhuha di dalam tempat Baginda SAW menerima wahyu Iqra.
Dari Gua Hira di puncak Jabal Nur, betapalah baginda SAW berjalan dari BAITULLAH ke sana, jauh.. kira2 dari Jitra pi Kodiang jugak tau. Lepas tu Jabal Nur tu tinggi sangat dan curam. Ya Allah, betapa Khadijah begitu cintakan suaminya, sanggup menjejak Rasulullah SAW hantar makanan penuh setia..berjalan (dalam sejarah tak disebutkan menunggan binatang) ke Gua Hira..rasanya, selain buat umrah, patut jugak jejak kenangan-kenangan yang Rasul kita tinggalkan.
![]()
Masjid di atas tapak Hudaibiyah.
Kak Ummu jugak dapat mengenali pimpinan tertinggi PAS dengan lebih dekat khususnya Ketua DMPP Ustazah Nuridah, Timb Ketua Muslimat Selangor, U Maryam dan S/U DMPP, Kak Salbiah. Juga Ustaz Nasrudin Tantawi, TIMb ketua Pemuda dan SUnya, Ustaz Fadhil Nor al-Yamani. Berukhwah dengan mereka menjadi rahmat buat kak Ummu. Mereka low profile sangat. Dengan Ustazah Nuridah, banyak pengalaman dia kongsi khusus dengan kak Ummu dan sorang lagi anak dara, Dr Zatil (Ada 3 orang je anak dara dalam rombongan tu..heee..) Kak Ummu banyak berdua dengan U. Nuridah. Memang wajar dia menjadi ketua, ibu kepada 13 orang anak (4 orang tahfiz al-Quran), sepanjang di al-Haramain, Ustazah tunjukkan qudwah yang baik. Banyak beribadah dan hayati sirah Rasulullah SAW. Malah ustazah yang sampai dulu di Gua Hira dan Jabal Tsur, malu jugak kami yang muda-muda. Ustazah banyak beriktikaf di masjid. Kak Ummu memang insaf tengok dia bersungguh-sungguh dengan Islam. Apa yang dia cakap itulah yang dia buat.
Unta. Binatang yang paling sabar di dunia dan tidak ada penyakit.
Di Raudah, hanya air mata yang dapat melahirkan rasa malu pada RASULULLAH SAW. Di perkampungan Baqi’, beburuung merpati menyebarkan berita bahawa para pemukim di kuburan Baqi’ sedang bergembira dengan nikmat sebelum ke syurga. Tenangnya, amannya, syahdunya..min Riyadil Jannah!
Satu yang tak tersangka, menjadi penghibur di kala memendam rindu pada al-Haramain. antara tempat yang selalu menjadi usikan pada yang bujang2 ni, Jabal Rahmah, tempat pertemuan Adam dan Hawa. ambil peluang berdoa untuk diri, untuk sahabat2, untuk adik2 di rumah, untuk seluruh rumahtangga Muslim. sebelum mendaki, tup-tup dapat sms dari seseorang (yang kak ummu selalu jumpa dalam mimpi) hehe..bila cerita kat mak, senyum je mak..haaaaha..tapi semua tu kembali pada Allah. Ustazah kata: Awak kena yakin dengan istikharah!
Insya Allah, matapun terasa nak memberat je ni..ingat nak menitip di laman sendiri. Semoga kehidupan kita sentiasa diteguri Allah dengan kelemahan kita untuk tidak mampu meninggalkan dosa.
Insan dalam perubahan, insan dalam kekurangan.
Kak Ummu







Ya Allah, bawalah aku ke Mekah dan Madinah, ke arah cinta suciMU, YA HABIBUNA RASULULLAH SAW
Assalamualaikum wbt…
Ummuhani,
Demi Allah, ummi terlalu rindu kepada Rasullallah SAW,dan Baitullah.
Harap Ummuhani dapat bantu untuk ummi bersama suami berhajat nak
tunaikan umrah di awal ramadhan 1431h ,harap hubungi ummi.
Shukran,wasallam
Salam Ummi Yasmin, bagaimana cara nak hubungi Ummi Yasmin ya? saya doakan hajat Ummi tercapai, insya Allah.
salam boleh saya tahu caranya saya berminat
Salam, di sini saya letakkan no hp Ustazah Maryam,beliaulah yang menganjurkan umrah tarbawi ni setiap tahun, bolehlah hubunginya 0192643067