Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

August, 2008

Wednesday, August 27th, 2008

Seorang Kakak dan 9 Adik

Akulah kakak tu..yang bawahnya ada 9 adik lagi.

“Berat tanggungjawab tu..” Pernah teman sekuliah membisik pada saya. dibandingkan dirinya adalah anak bongsu daripada 9 beradik, aku pulak terbalik kut dengan si teman ni.

Memanglah, semakin nak tua ni makin akrab dengan perkataan tanggungjawab. Continue reading Seorang Kakak dan 9 Adik

Wednesday, August 27th, 2008

Emosi Kakak Pinky

Tidak perlu membikin emosi seperti ‘puteri-puteri pink’ yang marah betul bila Papa Izzah menang di PP 26 Ogos 2008. Salah seorang ‘pinky’ yang kebetulan datang membelek-belek buku di kedai kami marah betul apabila anak sulung Cikgu Abu (agaknya terlalu gembira macam kata TOK GURU-Kemenangan yang memaniskan menyambut ketibaan Ramadan al-Mubarak) tak tertahan hatinya memaklumkan bahawa Papa Izzah mengaut majoriti lebih tinggi daripada yang mengundi ketua ‘pinky-pinky’ di PP.
“Eh, betul ke ni dik?” tanya kakak pinky.
“Betul kak..kawan saya tengok berita tadi. memang Papa Izzah dah menang..”
“Habislah Malaysia..awat boleh jadi lagu ni..isk..iskk” (muka kakak Pinky merah betul sambil menggigit bibir, tangannya menghentak majalah, Alhamdulillah majalah Anis baru dia beli jugak walaupun darah ‘naik’)
“Jom ah..aku nak balik tidur. menyampah, meluat..tak tau nak kata apa. Bodoh betul yang pilih Papa Izzah..tak tau la apa nak jadi kat Malaysia..” Keluh kakak Pinky.
Aku selaku anak sulung Cikgu Abu senyum dalam hati, nak marah diri sendiri pun ada..(Tu la cik Ummu, ingat semua orang nak sokong Papa Izzah ka?)
Aku melihat jubah sendiri..eh, rupanya hari ni aku pun pakai jubah ‘pinky’ jugak la hari ni…heheh.

Saturday, August 23rd, 2008

SISTEM TV LALAT

 (kEADAAN ‘BUSUK’ kembali menghurung dalam tivi2 kita..walaupun Ramadan begitu hampir, tak ramai yang mahu bersiap-sedia menghadapinya dengan kebersihan jiwa. Yang ramainya adalah mereka yang mahu ‘menggendutkan’ hawa nafsu, pangkat, kuasa, bla..blaa..hingga sanggup menghurung tahi orang lain..kemudian disuapkan pula kepada masyarakat.. MOGA RAMADAN KALI INI MENGAJAR KITA UNTUK MEMPERBANYAKKAN BERSABAR. PEPERANGAN DENGAN SYAITAN BERUPA MANUSIA RUPANYA SANGAT SUKAR)

Seekor lalat terbang tinggi dari lubang kegemarannya iaitu lubang najis tepi rumah Pakcik Adan. Lalat itu dengan kegemarannya mengintai anak dara dan mak dara di celah keping zink yang memisahkan tandas rumah Pakcik Adan dengan rumah Apek Lim tersenyum kegirangan. Adalah menjadi suatu kepuasan padanya dapat bertenggek di mana-mana kawasan bernajis sama ada di tandas keluarga Pakcik Adan atau tandas keluarga Apek Lim. Sambil itu, sempat juga dia membaringkan diri atas kolah, menyumpit-nyumpit air di muncung setelah puas menyedut tahi dalam lubang tandas kedua-dua keluarga itu. Baginya, walaupun dua keluarga itu berlainan bahasa dan kulit malah bentuk hidung dan mata, rasa tahi mereka tidaklah banyak beza. Cuma, sesekali rasa pahit apabila menyedut tahi di tandas Apek Lim lebih keras berbanding dalam lubang najis Pakcik Adan. Tahi itu berkemungkinan mengandungi toksin badan khinzir yang menjadi santapan bulanan keluarga bermata sepet itu.

Lalat itu terbang tinggi, melilau-lilau di kawasan perumahan yang terbina atas kawasan endap beberapa kilometer dari laut Pekan Kuala Pisang. Sudah lama dia menyabung nyawa dalam kawasan itu dan rasanya dia tidak ingin berpindah. Kawasan yang tidak terpelihara sistem pengairan dan saluran najis di situ adalah paling strategik dan selesa untuknya. Bahkan, itulah koridor raya yang membiakkan bangsanya untuk bermaharaja lela. Tahi-tahi pula selalu jatuh dari lubang tandas terjun ke dalam lecah air yang kemudiannya membentuk kolam. Berlumut dan berlendir. Baunya adalah terbaik buat warga lalat sepertinya.

Tap! Lalat itu membatukan diri sejak melihat kelibat isteri Pakcik Adan masuk ke dalam tandas sambil berkemban. Lama perempuan itu berdiri di depan cermin, memerhatikan wajahnya yang mulai gelembir dan berkedut. Bedak Siam yang selalu dipakai perempuan itu sejak muda rupanya memberi kesan jangka panjang. Tengoklah rupanya kini menjadi tidak sekata dengan tompok-tompok hitam di bawah mata. Bahkan jeragat juga makin menumbuh bahagian atas pipinya. Perempuan itu kemudiannya membuka getah rambutnya lalu terurailah rambut panjang. Paling mengejutkan, rambut panjang yang menutup ruang kepala juga boleh dibuka. Jelaslah kepala asalnya hanya ditutupi beberapa helai sahaja rambut bahkan seluruhnya berwarna putih. Lalat itu mengemam mulut. Aduh! Hodoh sekali isteri Pakcik Adan. Continue reading SISTEM TV LALAT

Saturday, August 23rd, 2008

BERITA SERUPA TA*#!

Hei kawan! Sekarang bukan masa berdemo dalam blog. Ayuh! Bangkitttttt MELAWANNNN!

Begitulah lebih kurang If menembak ke alat gegarku. If, pemuda Padang yang kini belajar di U em dalam jurusan Ekonomi S2 tidak tahan melihat betapa jahatnya TiVi2 Malaysia menggeledah ruang-ruang kehormatan oposisi pemerintah lalu ditelanjangkan dengan versi yang lebih erotik dan meng’ada-ada untuk paparan seluruh masyarakat Malaysia.

Hei kawan, masyarakat Malaysia kalau mereka berotak pun, mati juga terbius dengan ‘sampah-sampah’ berita tu. Kenapa orang berpelajaran mereka tak bangun mengajar sikit?

Eh budak If ni, ingat ni tanah Bung Sukarno atau Buya Hamka ker?

Orang Malaysia berdemo bila kerajaan sendiri yang ‘tabur’..alah..macam acik-acik dan bunga-bunga Uitm menjerit dalam TiVi takmo hak mereka dikacaulah. If, kau jangan perasanlah nak masuk Uitm. Orang Padang tak layak..hihi

Walau apapun, Malaysia akan harmoni selagi Menteri Agama ialah Datuk Dr Zahid Hamidi. Ini kerana beliau berani mengatakan ISLAM LIBERAL amat berbahaya dan perlu diperangi. (Walaupun dalangnya adalah rakan / big bos beliau sendiri yang anaknya adalah tulang belakang Sister In Islam).

Hani, aku dah nak balik Padang Senin. Kau janganlah senyap saja tengok TivI2 tu bagi berita sampah kat rakyat Malaysia.

Tiiittttttttttt..

Saturday, August 23rd, 2008

Runtuhnya Peradaban Akhlak

Saya tidak tahu apa definisi Islam bagi anak-anak muda yang berumur antara 12-25 tahun? Dan definisi Islam juga bagi orang-orang dewasa yang berumur lebih dari itu? Mungkinkah Islam pada pandangan anak-anak Melayu sekadar namanya berbinti  atau berbin? atau juga sekadar tudung terletak atas kepala (walaupun memakai t-shirt yang menampakkan punggung dan pusat?) atau Islam itu kerana ibubapa dan nenek moyang dahulu telah Islam maka meneruskan legasi keislaman yang dahulu (tanpa mahu menghayati sirah dan mempraktiskan sunnah SAW?)

Apalah ertinya menjadi seorang Islam jika mengabaikan sembahyang.  Dan apalah ertinya jika bersembahyang tetapi tidak risau mendedahkan aurat, bergaul bebas, berfikiran sekular, maksiat macam lalat naik atas hidung.. Continue reading Runtuhnya Peradaban Akhlak

Saturday, August 16th, 2008

Je Zu Be

JE ZU BE
Oleh: Ummu Hani Abu Hassan

Angin sejuk mediteranian berpuput suam. Mac yang tiba membawa cahaya panas lebih banyak. Bunga-bunga rumput menguning dan menjalar seluruh ruang hijau hadiqah. Dari jauh, kuntum-kuntum itu lebih kekuningan. Kelopaknya sudah mesra bersapa alam, malah ia tidak sabar menunggu April, bunga-bunga lain akan muncul dengan warna lebih meriah.
Nadir berlari pantas. Kotak berisi alatan pengilap kasut teroleng ke hadapan. Dia mengejapkan tangan, kotak itu kukuh sebentar dalam tangannya. Ketika sampai di tubir tangga hadiqah, Nadir berhenti menarik nafas. Alam masih pagi. Kujur tubuh Muhammad belum muncul walaupun tetamu Kota Homs mulai ramai. Mata Nadir melilau lagi, berjejer muda-mudi turun daripada bas. Barangkali mereka dari Negara Iran, gumamnya sendiri melihat pemudi-pemudi itu berjubah dan berkopiah semuanya. Kakinya terus mengekori mereka sehingga tiba di pintu utama masjid. Dia berdiri terpacak, tersengih pada barisan pemuda di bahagian depan. “Mahu mengilap kasut abang?” Pemuda itu menggeleng. Dia bertanya lagi kepada pemuda yang lain, “Mahu cantikkan kasut anda? Mahu?” Masing-masing mengerut dahi. Mereka tiba awal Subuh mahu menziarahi makam Panglima Khalid al-Walid dan kehadiran budak Arab yang comot ini sesungguhnya meralatkan. “Murah saja, marilah saya cantikkan kasut anda,” Nadir terus merayu. “Isy, pergilah kamu. Jangan ganggu kami!”  jerkah seorang yang lebih dewasa, wajahnya berjanggut dan bermisai tipis. “Kamu semua masuk ke masjid dahulu, budak-budak Arab sini memang suka mengambil kesempatan,” tambahnya lagi. Nadir tidak memahami butir bicara mereka tetapi melihat mata tajam pemuda di hadapannya, dia tunduk. Apakah orang-orang ini menganggapnya peminta sedekah? Continue reading Je Zu Be

Monday, August 11th, 2008

Siapa Yang Meruntuhkan Agama?

Diri berasa cemburu kerana tidak dapat menyertai umat Islam yang membantah tindakan Majlis Peguam mengadakan Forum Agama secara terbuka. Bahkan, diri juga lambat tahu tentang penganjuran demontrasi tersebut. (selepas menonton Berita Terkini, Sabtu lalu) Di mana-mana sebenarnya ada usaha untuk menjatuhkan Islam.

Hari ini, selepas membelek akhbar, agak terkejut melihat pakaian Memey Suhaiza(memegang watak utama dalam Lara Rindu Mahsuri sebagai Mahsuri) sebagai cover girl sebuah majalah hiburan. Sebagai Mahsuri (yang dilakonkan tak sampai sebulan pergambaran) bertudung litup, sopan dan hikmah dalam kata-kata. Hari ini, realitinya si gadis yang baru menapak dalam bidang seni ini seakan bertelanjang dengan lengan putih yang terserlah (hampir nampakkan ketiak) dan seluar sendat ‘jojol’ bergaya ala ‘lesbian’ dengan Nabila Huda.

Inilah contoh perbuatan ‘menjatuhkan agama’ yang dilakukan orang yang beragama Islam. Saya memang tidak ada hak untuk menghalang niat beliau. Namun, sebagai penulis dakwah, saya berasa sedikit terhina kerana Memey tidak mengambil pengajaran dari lakonannya (walaupun terpaksa ditudungkan) dalam Lara Rindu Mahsuri yang baharu saja tamat. Tidakkah beliau rasa bangga dengan imej seorang Muslimah (menjaga maruah). Dengan gambar aksi ‘loklaq’nya itu memang nyata Memey lebih memilih untuk menjadi wanita yang kurang rasa malu (alias maruahnya).

Itulah kekurangan yang ada dalam industri filem yang bercorak agama. Oleh kerana kurangnya pelakon yang ‘menghayati Islam’ penerbit terpaksa ‘terhegeh-hegeh’ mencari pelakon ‘ berupa puteri kayangan’ untuk lakonkan watak Muslimah. Usai sahaja lakonan, pakaian Muslimah d’buang’ seperti kain buruk tepi tong sampah lalu menggantikan dengan ‘baju nampak ketiak’.

Inilah perbuatan menjatuhkan agama Islam yang dilakukan umat Islam sendiri, tetapi berapa ramaikan yang sedar? (berbanding orang kafir yang memang kerjanya membenci Islam, kita semua nak bersatu hati)

Dan, cubalah kita lihat, hari ini ramai sekali umat Islam yang tidak ‘berasa apa-apa’ jika meninggalkan solat fardhu. Saya diberitahu, pengarah yang mengarahkan drama dakwah pun ada yang ‘dengan sengaja tidak menunaikan solat’. Sedangkan solat itu TIANG AGAMA sabda Rasulullah SAW. Menunaikan solat sama seperti mendirikan tiang agama dan meninggalkan solat sama seperti meruntuhkan agama. Di Malaysia sahaja, ramai sekali umat Islam kita yang kerja mereka ialah ‘meruntuhkan agama’ setiap hari.

Cukuplah, hati memang membuak panas. Benci dengan kelakuan orang-orang yang bodoh menilai nikmat Iman dan Islam. Mereka ni nak ‘tibai’ syurga dunia yang sementara walhal Akhirat itu lebih utama dan kekal.

ALLAHUMMAN SURIL ISLAMA WAL MUSLIMIN.

Monday, August 11th, 2008

Mengkuang Jiwa

OLEH:UMMU HANI ABU HASSAN

Kau tahu dik, ketika ayah membesarkan kita dahulu, bukan emas yang ayah bentangkan tetapi mengkuang. Mengkuang yang dianyam berseni itulah menjadi tempat kita duduk melingkungi ayah. Kakak di sisinya, dua anak jiran kita, Saiful dan Azam di depan ayah dan adik di atas ribanya. Ayah suka menepuk punggung comel adik sebelum memulakan cerita. Ayah memang suka bercerita dan berkisah. Semua cerita-cerita itu telah kakak bukukan apabila kakak dewasa. Kau tahu dik, kisahnya? Marilah kakak ulang-ulangkan semula.

kaabah.jpg

1
Pilu sungguh hati pemudanya. Kehilangan dua cinta yang menjadi tonggak hidup amat perit. Serasa luluh nubari menatap wajah bersih Khadijah yang jernih tidak bernyawa. Amat sukar dirinya meredah belantara perjuangan tanpa teman yang solehah ini. Dialah sahabat. Dialah isteri. Dialah ibu pada semua zuriat. Rawan ini perit lantaran sekujur jiwa yang lain turut diambilNya. Bapa saudara yang bernama Abu Talib juga meninggalkannya buat selamanya. Dia pedih kerana Abu Talib adalah pembelanya yang setia. Menjadi peneguh kala diri digusar musuh. Paling menghiris, Abu Talib pergi tanpa mahu melafaz syahadah yang menjadi bekal tawa di akhirat kelak. Continue reading Mengkuang Jiwa

Tuesday, August 5th, 2008

Lara Rindu Mahsuri

lara21.jpg

Tiga bintang utama Lara Rindu Mahsuri.

 

 lara.jpg

Norish (Teh Halimah) diapit ‘anak-anaknya’ Sherry (Mustika) dan Memey (Mahsuri)

 

Lara Rindu Mahsuri’ lakonan Norish akan disiarkan dalam slot Lagenda di TV3 dan TV9 bermula 1 September ini. Siri 12 episod yang diterbitkan Abu Hassan Morad  dari Layar Consult Sdn Bhd diarahkan oleh Zul R.Shad dan hasil nukilan skrip Ummu Hani Abu Hassan

Pastinya saya menonton drama ini tidak seperti drama lainnya ..dengan penuh debaran terutama kesannya kepada para penonton. Saya bertanggungjawab!

Monday, August 4th, 2008

Mengakar Bakat Penulisan

Hidup telah dibentuk menjadi seorang manusia. Maka dengan sifat kemanusiaan itu, Tuhan menganugerahkan mereka kelebihan dan kekurangan yang masing-masing adalah berbeza. Bakat adalah kelebihan manakala tabiat buruk (yang biasa berlaku secara semulajadi seperti melatah, pelupa dan lain-lain) suatu kekurangan. Timbal-balik lebih dan kurang ini adalah passport kemanusiaan manusia.

Jika saudara punyai apa sahaja bakat, itu kelebihan saudara dan patut mensyukurinya. Malahnya, bakat tentulah mahu berserta dengan pengasahan, kesungguhan dan istiqomah sehingga ia betul-betul sebati dengan diri. Bakat tanpa semua itu ibarat seorang yang memiliki kereta tetapi tidak tahu bahagian suisnya sehingga kereta tidak boleh bergerak! Continue reading Mengakar Bakat Penulisan

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com