Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

August, 2008

Monday, August 4th, 2008

Tulisan Menjelang Isya’Berbaur Rindu Haramain.

Tulisan Menjelang Isya’Berbaur Rindu Haramain.

 07072008049.jpg

Rombongan Umrah Tarbawi (6-19 Julai 2008)

 13072008255.jpg

Kaabah Yang dirindu… 

Sejak balik semula ke Laman az-Zahra (rumah sewa), tentunya perasaan menjadi pelajar itu menggebu-gebu. Duduk berjemaah dengan sekumpulan anak-anak dara yang baik-baik akhlaknya serta berfikiran haraki dan semasa, memang cocok dengan Kak Ummu. Sedar tak sedar hampir 4 tahun juga kami bersama terutama Faez, Kak Wani, Kak Jibah, Kak Dijah dan lain-lain. Bakal beberapa bulan lagi, antara kami ada yang nak meninggalkan alam bujangan dan tentunya setiap orang akan menyusul keluar dari Laman ini, menyusul pula nanti kumpulan yang lebih muda.

07072008053.jpg

Ahli rombongan umrah paling muda dalam kapal terbang kami. si comel 3 tahun.

Kak Ummu ingat, masa di Mekah dulu ujian yang Allah datangkan pada Kak Ummu banyak ke hati. Acapnya, ada sahaja timbul perasaan tidak puas hati (yang kemudiannya cepat dipadamkan) pada orang. Bukan apa, rombongan umrah hari tu datang dari pelbagai peringkat umur, pelbagai latar belakang ilmu dan daerah, tentulah membawa banyak sikap, pemikiran dan perangai. Contohnya, duduk sebilik dengan orang sebaya Tok dan Wan. Ada tokcik yang suka bercerita..meleret-leret sampai mengumpat..kita dalam situasi beribadah pun rasa terganggu. Cuma mampu sabar dalam hati.

Continue reading Tulisan Menjelang Isya’Berbaur Rindu Haramain.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com