Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

September, 2008

Thursday, September 25th, 2008

Pasca Lara Rindu Mahsuri

 dsc02190.JPG

Alhamdulillah, terharu dengan respon kawan2, keluarga dan orang awam yang menonton Lara Rindu Mahsuri. Rata-ratanya mahu drama seperti ini diteruskan.  Sokongan dari ibubapa, Ustaz Kamil Majid,  teman AZ  dan Kak Dayah yang mengatakan percubaan pertama yang baik dan patut diteruskan, insya Allah.

sms Memey (Mahsuri) semalam ucapkan terima kasih kepada Layar Consult Sdn Bhd kerana bagi peluang dia jadi Mahsuri. Dia dapat satu anjakan positif melalui drama LRM. Dan saya pun mendoakan walaupun tak banyak, Memey juga terkesan dengan apa yang dah dilakonkannya. Sekurangnya  (kalaupun tak bertudung) dia berhati-hati dalam menjaga batas dirinya sebagai pelakon yang sedang meningkat naik kerana ranjau menjadi artis ni TUHAN SAJA YANG TAHU.

Saya memang suka lakonan para pelakon ini – Marissa (KHADIJAH). Wataknya nampak betul hidup dan solehah. Redup sahaja, kata2nya, hikmah dia dengan anak2, suami dan ibu mentua. Dia tak cepat melatah dan marah. Saya mengharapkan watak Khadijah (sebenarnya watak dia amat2 penting dalam LRM) kerana banyak ibu di zaman moden dan pasca moden kini tak berlaku adil pada keluarga dengan sikap yang jauh menyimpang daripada yang Islam nak. Tengok sahajalah, rata2 ibu sekarang tak menunjukkan qudwah yang baik pada anak2. Lebih menduniakan keluarga daripada mengakhiratkan. Ibu zaman sekarang lebih pentingkan kosmetik berbanding ilmu dan akhlak anak2 mereka (tinjauan tak langsung saya semenjak berniaga di Tesco Mergong..melihat ibu2 yang teruja dengan pakaian dan alat solek, bila anak2 nak pegang buku, langsung tarik muka tak bagi)

Saya juga mengharapkan watak Khadijah mampu jadi teladan kepada ibu2 tiri yang lain. Kejayaan Khadijah adalah mendidik Mustika menjadi gadis yang baik. Bayangkan, jika Khadijah tidak berkahwin dengan Farouk (EMAN MANAN) mungkin Mustika menjadi gadis liar kerana 1- kurang kasih sayang daripada nenek dan ayah yang sibuk. 2- Dia kaya dan mewah kerana keluarganya tauke emas 3. Dia tak dapat kasih seorang ibu kandung (Teh Halimah). Dan Khadijah telah berjaya mendidik anak tirinya itu (selain anaknya sendiri Alif dan Sara). Kata Mustika : Mus tak pernah tengok ibu tiri yang jahat sepanjang hidup Mus. Ibu tiri pun ibu kita juga. (Maaf, saya terpaksa sebutkan bahawa ide memurnikan ibu tiri ini adalah cetusan pensyarah saya Prof Madya Mohd Kamil Ab Majid, terima kasih ustaz!)

Khadijah juga adalah lepasan al-Azhar Mesir dalam bidang Farmasi (saya nak bagitau, ada masyarakat ingat kat Mesir hanya ada kursus agama saja sebenarnya tidak, heee) Malahan, dia seorang huffaz, jadi tak hairanlah wajahnya yang selalu tenang, berhikmah, bijak dan penyeri rumahtangganya dengan Farouk.

“Abang kahwinlah dengan kak Teh semula untuk tebus dosa lalu abang, Jah tak kisah. Jah suka kita ada keluarga besar. Kalau bukan poligami ni baik, takkan Islam benarkan bang?” – antara dialog Khadijah yang mendebarkan saya semalam masa menonton LRM episod akhir.

ala kulli hal, Marissa telah berjaya menjadi Khadijah (apa yang lebih penting, kepada Marissa sendiri moga dia sentiasa berubah menjadi lebih baik bukan setakat dalam lakonan).

Tahniah juga untuk Chu Zainab (Kartina Aziz), air matanya paling banyak dalam LRM hingga buat penonton berasa  sedih dan sayat. Dia memang dah banyak berlakon dengan Layar Consult Sdn Bhd antaranya Cinta Madinah 2 dan Ehsan. Kepada Farouk (Eman Manan) dan Teh Halimah (Norish Karman), mereka berdua pelakon yang saya tak sangka akan membaca skrip LRM. Kredibiliti mereka tak disangkal, sekalipun tak bersuara, eksperesi wajah mereka dah cukup mendebarkan. Saya harap dalam drama abah yang lain, mereka akan berlakon lagi.

Banyak saya nak luahkan tentang drama ini, yang cukup mengajar saya tentang disiplin masa dan kemahuan. Saya terdorong untuk menyiapkannya adalah DESAKAN mencari duit bagi MENJADI TETAMU ALLAH. Alhamdulillah, berkat niat yang baik, ALLAH SWT mudahkan urusan. LRM telah menghadiahkan saya peluang mengerjakan umrah pada 7 Julai lalu. Alhamdulillah.

Semoga yang baik akan dinilai sebagai amal kebaikan kepada semua. segala kekurangan adalah lumrah manusia biasa yang sentiasa turun naik imannya. Dalam dakwah, apa sahaja pendekatan berhikmah kita patut manfaatkan. (Seperti kata sorang teman, zaman umat Islam kayak muallaf sekarang, drama2 dakwah yang ‘ringan’pun ada baiknya berbanding yang sekular)

SALAM PENGHUJUNG RAMADAN. Cepat khatam Quran pada siapa yang tak habis lagi……

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN

UMMU HANI ABU HASSAN MORAD

PUTEH GARDEN, KG GAJAH PUTEH,

PADANG SERA, 06100, KODIANG,

KEDAH.

Wednesday, September 17th, 2008

Sisa2 Yang Tinggal..

“Alhamdulillah, ana dah khatam 2 kali al-Quran, Kak Ummu dah banyak mana?” sms dari seorang teman menyentakkan saya dari alpa, dari liat.

Jangan persalahkan ruang dan waktu, jika kamu bersedia memecut saat akhir, malam2 kurangkan tidur- syarahan untuk diri yang alpa (diri sendiri)

hari ini lebih 1400 tahun yang lalu, Rasulullah SAW menerima al-Quran untuk menerangi hidup manusia.

Sunday, September 14th, 2008

Bangladesh..in my heart 2

Alhamdulillah, saya baru saja menulis tentang Bangladesh dalam artikel lalu (lihat di laman bawah), hari ini cerpen tentang peminta sedekah Dhaka tersiar di Mingguan Malaysia (14 Sept 2008) bertajuk Teman, Cukuplah Kami. Saya sangat bersyukur. Hari pagi terasa sangat terang Ya Allah.

Di sini saya kongsikan dengan kalian saudara pengunjung.

Teman, Cukuplah Kami
Oleh: Ummu Hani Abu Hassan

SATU
Apakah yang akan difikirkan orang dengan hidup susah begini? Sememangnya ini bukan pilihan apatah lagi kemahuan diri saya. Ibu kerjanya meminta sedekah sambil mengendong badan kurus saya di tengah bandar Dhaka. Bapa pula mengayuh beca uzur milik Tuan Syaheed. Anda mungkin memikirkan, dengan pekerjaan bapa itu, ibu tidak sepatutnya menjadi peminta sedekah. Tetapi, dengan upah bapa sebanyak 30 Taka (RM3) setelah dapatan kayuhan diberikan kepada Tuan Syaheed, maka andalah menyimpulkan sendiri bagaimana hanya RM3 dapat menampung hidup kami 4 beranak?

Rumah kami ada sekeping zink yang meneduhkan manakala tiangnya adalah empat batang kayu yang ditusuk hujungnya ke dalam tanah. Dinding rumah cuma kain panjang yang menutupkan kami daripada pandangan orang luar. Kami tidur berlantaikan pangkin kayu. Oleh kerana ruang itu sangat sempit, saya selalu tidur di atas perut ibu dan kadang-kadang di atas badan kurus bapa. Abang saya lebih gemar tidur di lantai kaki lima bangunan. Lebih sejuk dan selesa katanya. Continue reading Bangladesh..in my heart 2

Saturday, September 13th, 2008

Ulasan Fisha Fawwaz

 (Saya suka berkongsi ulasan dari seorang pembaca ini, terima kasih cik Fisha Fawwaz.)

sumber asli:http://apayangfishabaca.blogspot.com

baromkeh22.jpg

Naskhah yang memenangi tempat ketiga HSKU 2008 saya lunasi tatkala menghabiskan cuti semester. Setengah hari sahaja. Maksudnya, kalau mahu, sekali hadap pun boleh. Namun, disebabkan saya ini golongan yang full of excuses, berapa banyak yang masih tersadai.

Ummu Hani ini selalu saya baca coretan dan karyanya. Yang selalu adalah di Majalah Anis kerana gadis ini punya kolum sendiri – Laman Kampus. Bagi saya, karya Ummu Hanis ‘biasa’ sahaja dan saya pun tidaklah terlalu ‘meminati’nya. Neutral sahaja kala disua karyanya.

Baromkeh, Matamu di Mataku (BMMMK) pada saya bergerak pada cerita yang biasa – pengalaman pelajar Malaysia di luar negara – dan kali ini cerita mereka mengambil latar di Syria (atau Syam). Saya kira ini sebahagian imbauan kisah kehidupan Ummu Hani kerana saya biasa membaca pengalamannya belajar Bahasa Arab di situ selepas tamat pengajiannya di UM. Pengalaman kitalah yang sebenarnya menjadi kekuatan kiranya disulam dengan imaginasi yang jitu. Continue reading Ulasan Fisha Fawwaz

Saturday, September 13th, 2008

Tawaran Istimewa

AMN Publication Enterprise menawarkan harga murah untuk pembelian buku-buku penerbitan dan tulisan kami. Hubungi Ummu Hani- 0136979697 atau emel senyum_sokmo2@yahoo.com

 230720085441.jpg

CATATAN SEORANG MUDA

ABU HASSAN MORAD

ISBN 978-983-70-2201-0RM

11.90 (termasuk pos)MESTI BACA!

Kumpulan cerpen yang memuatkan 18 buah cerpen tulisan Abu Hassan Morad, penulis prolifik yang giat menghasilkan karya-karya sastera bercitra dakwah. Koleksi cerpen ini memilih buah tangan terbaik beliau sepanjang 20 tahun terlibat dalam lapangan sastera, termasuk cerpen-cerpen ketika zaman remajanya seperti Catatan Seorang Muda, Musim Yang Dirindu dan Jalan Damai. Bacaan wajib untuk bakal penulis dan pencinta kedamaian desa

 

230720085601.jpg

 

DEMI MASA

ABU HASSAN MORAD

ISBN 978-983-097-188-9

RM 19.50 / BEST SELLER! 

DEMI MASA adalah buku yang mengungkap pengalaman, pengamatan dan luahan rasa penulis tentang masyarakat hari ini, terutamanya nasib orang Melayu Islam di Malaysia. Sebagai anak peneroka yang dibesarkan dalam suasana penuh mencabar, beliau merasai sendiri realiti kehidupan masyarakat yang dilingkung sifat tamak, mementingkan diri, tidak prihatin, lemah, penakut, ego dan gagal melaksanakan amanah. Buku ini memperlihatkan kepekaan penulis terhadap persekitaran yang sentiasa berkembang. Pengembaraannya ke seluruh dunia menemukan pelbagai corak budaya, sistem nilai-positif dan negatif yang diselitkan sebagai bahan renungan dan perbandingan di dalam buku ini.  DEMI MASA juga adalah penyeruan penulis supaya masyarakat kembali menghayati nilai-nilai Islam yang dapat menyelamatkan masyarakat dari dirimpuh taufan globalisasi pada hari ini.

 

230720085651.jpg

 

FELDA GUAR NAPAI, BERAKAR DI DESA BERJASA DI KOTAABU HASSAN MORADISBN 978-983-2943-05-1RM150 (BUKU BERGAMBAR PENUH)BONUS VCD SEBUAH KISAH FELDAMESTI BACA!

 

Buku biografi setebal 220 halaman ini mengungkap perjuangan anak-anak Felda Guar Napai menjadi ‘seseorang’ di tengah masyarakat. Segala jerih dan semangat dirakam pengarang secara terperinci penuh halus dan berseni. Buku ini adalah panduan kepada anak-anak muda zaman kini mengenal akar jati diri bangsa Melayu dan Islam serta ransangan menjadi individu cemelang dalam kehidupan.

 

240720085751.jpg

 

  SESEKALI KE DESA
ABU HASSAN MORAD/ UMMU HANI ABU

RM 12.90 (TERMASUK POS)

 

Lebih 16 buah cerpen koleksi pasangan penulis ayah dan anak. Semua cerpen bernuansa Islam dengan isu2 global dan tempatan.

baromkeh21.jpg

 

Judul : Baromkeh Matamu di Mataku
Pengarang : Ummu Hani Abu Hassan
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel Remaja
Mukasurat : 359  halaman
Cetakan Pertama : 2008
ISBN : 9789676121487

Sinopsis :

Sebuah novel ala travelog yang menggarap jalur kehidupan pelajar-pelajar Islam di Syria. Keunikan kehidupan di tempat baharu, iaitu di Baromkeh, Republik Arab Syria diberi tumpuan melalui pengalaman beberapa watak seperti Fahda Nur dan Adawiyah dengan Persatuan Pelajar Malaysia di situ.

Fahda Nur, pelajar wanita yang punya semangat kental, menimba ilmu di perantauan – meskipun gagal peperiksaan, itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba sehingga berjaya. Kepincangan institusi keluarganya mewajakan ketekunan Fahda Nur untuk berdikari bagi membiayai kos pengajiannya. Sikap berdikari Fahda Nur yang praktikal namun tetap memelihara kesopanan maruah ini bercanggah dengan peraturan kehidupan Muslimah lantas mengundang pemantauan kritis daripada pihak Persatuan Pelajar Malaysia.

Dengan sifatnya yang mirip kepada travelog, novel ini menyelami budaya dan adat resam masyarakat Arab di Syria. Pertembungan dua budaya dari bahagian bumi yang berbeza memberi banyak input dan data yang berguna tentang dunia luar. Maklumat ini menjadikan membaca “Baromkeh Matamu di Mataku” amat informatif.

 

 

 

Saturday, September 13th, 2008

Bangladesh In My Heart

Bangladesh. Rupanya negara yang tidak pernah saya senaraikan sebagai destinasi pelancongan menjadi begitu penting pula akhir-akhir ini. Setiap kali tersasar pada akhlak terkutuk itu yakni pembaziran, maka kecutlah jiwa saya kembali membayangkan anak-anak malang di Bangladesh.

070720080601.jpg

Suasana depan Lapangan Terbang Zia, Dhaka

Memang saya ‘terbang’ secara yaqazah yakni secara nyata menaiki pesawat Biman Airlines pada 7 Julai lalu, membawa saya dan 39 orang lagi ahli rombongan termasuklah dua individu terpenting Parti Islam Semalaysia iaitu al-Fadhil Ustaz Hj Nasrudin bin Hj Hassan at-Tantawi (Naib Ketua Dewan Pemuda) dan Ustazah Nuridah Salleh (Ketua Dewan Muslimat)

 

Perjalanan kami sebenarnya menuju ke al-Haramain dalam miqot mengerjakan umrah dan ziarah.

07072008063.jpg

 

Kami dalam bas ‘paling selesa’. 

Namun, sesuatu yang memang menjadi rezeki berupa pengajaran adalah transit di Bandar Dhaka, Bangladesh selama hampir 7 jam. Kami lalu diberikan hotel di tengah bandar Uttara dan sebuah bas ‘paling mahal’ menuju ke sana.

070720080651.jpg

Inilah bas awam di Bangladesh yang masih setia berkhidmat.

 

Walaupun bas ‘paling mahal’ tidak lebih daripada bas Rapid Kl atau lebih sedikit daripada Bas Mini di Kuala Lumpur, dibandingkan bas-bas tempatan Bangladesh, kami patut memperbanyakkan zikir Alhamdulillah. Bas tempatan lebih berupa sebuah ‘gerabak buruk’ yang mengangkut manusia-manusia berwajah kusam, pucat dan penuh ekspresi sengsara. Mereka pula bukan seorang dua tetapi berpuluh-puluh orang bergaul pula dengan segala beg pakaian dan barang sehingga ‘jenuh’ melimpah ke atas bumbung, tangga bas, tingkap dan..nasiblah jatuh di atas jalan raya. Continue reading Bangladesh In My Heart

Tuesday, September 9th, 2008

Kembara Adalah Karya

(Catatan ini saya bacakan di hadapan para pelajar Akhir Fakulti Pendidikan UPM pada 6 Ogos 2008 lalu sempena Bicara Penulis Muda: Pengalaman dan Pengkaryaan)

PENDAHULUAN

Manusia adalah makhluk terpilih untuk menjadi penghuni bumi Allah SWT dengan jawatan paling tinggi iaitu khalifah. Penciptaan Nabi Adam AS dan pasangannya Hawa bukanlah sekadar menambahkan penghuni syurgaNya tetapi jauh lebih bermaksud dan tersirat. Berikut adalah perjalanan siri pengembaraan Nabi Adam AS selaku khalifah sulung yang terakam di dalam al-Quran.

1. Allah ingin menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi seperti firmanNya:
“Dan ketika Tuhan mengatakan kepada malaikat: Aku menempatkan khalifah di muka bumi.. (al-Baqarah:30)

2. Kemudian Allah mengajarkan Adam dengan ilmu pengetahuan seperti firmanNya:
“Dan Tuhan mengajarkan kepada Adam nama-nama segalanya kemudian diperlihatkan kepada semua malaikat..” (al-Baqarah: 31)

3. Allah SWT juga memberi latihan dan ujian kepada Adam dan isterinya setelah diberikan ilmu pengetahuan seperti firmanNya:
“Dan Kami mengatakan: Hai Adam! Tinggallah engkau di dalam syurga dan makanlah makanan di dalamnya dengan sepuas hati seperti yang disukai dan janganlah dekati pohon ini nanti kalian berdua menjadi orang-orang yang zalim.” (al-Baqarah: 35)

4. Adam AS gagal dalam ujian tersebut menyebabkan dia dan pasangannya dicampakkan ke bumi. Firman Allah SWT bermaksud:
“Lalu keduanya ditipu oleh syaitan dan dapat dikeluarkan dari syurga dan Kami katakan: Pergilah, dan sebahagian kamu menjadi musuh yang lain, di bumi ada tempat tinggal dan kesenangan hidup untukmu sampai waktu yang ditentukan.” (al-Baqarah: 36)

Pengeluaran Nabi Adam AS dan Hawa dari syurga merupakan titik-tolak perjalanan manusia di muka bumi. Kekuatan (ilmu pengetahuan) dan kelemahan Adam melanggar perintah Allah SWT menggambarkan tabiat umum manusia. Walau bagaimanapun, secara psikologinya, Allah SWT tidak membiarkan manusia karam dengan penyesalannya (akibat melakukan dosa). Maka, Dia memberi ruang untuk manusia bertaubat dan kembali berperanan khalifah. FirmanNya:
“Kemudian Adam menerima beberapa perkataan daripada Tuhannya, lalu dia diterima kembali oleh Tuhan, sesungguhnya Tuhan itu suka menerima taubat dan Maha Penyayang.” (al-Baqarah: 37)

Allah SWT telah menetapkan bumi sebagai kediaman manusia iaitu waktu hidupnya, waktu kematiannya dan juga kala dibangkitkan kembali. FirmanNya:
“Tuhan mengatakan: di bumi itu kamu hidup, dan di bumi itu kamu mati dan dari bumi itu pula kamu nanti dibangkitkan.” (al-A’raaf: 25)

Maka amat jelaslah bahawa perjalanan hidup setiap manusia mengalami takah-takahnya bermula peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, dan tua. Penutup bagi kehidupan manusia adalah kematian. Tempoh pengembaraan hidup manusia ini bahkannya akan disiasat oleh Allah SWT di akhirat. Continue reading Kembara Adalah Karya

Thursday, September 4th, 2008

Ketika Melihat Apapun Tidak Nampak

24072008580.jpg 

 030820086091.jpg

Tempat bercanda !

Sejak mula belajar berdiri dengan berpaut pada kerusi, meja, dan segala benda di depan mata, dan ketika musim merangkak seminggu ditinggalkan, aku masih juga tidak nampak kelibat yang dinamakan ‘rajin.’ Yang Rajin padaku ialah membanding-bandingkan lorong hidupku dengan lorong-lorong teman-temanku. Walaupun ini bukanlah the way of life manusia pintar (sering berasa jahil bagaimana mungkin menjadi pinterrr).

Ini adalah satu kecamukan jiwa, hati, kepala, akal dan fizikal seluruhnya dalam proses menyudahkan (sebetulnya memulakan) penyelidikan sarjana. Ini adalah masalah peribadiku yang orang lain hanya bisa berceloteh secara luaran saja. Untuk meresap masuk, bersedia menanggung ‘deritaku’ ini, janganlah sesiapa pun sudi (bahkan aku sendiri enggan). Kerana, sifat ini tidak disebut sebagai sifat Yang ALLAH suka iaitu: Malasss..

Malas aku bukan tidur di tilam lusuh bilik paling ujung AZ (Sekali diceroboh pencuri) sepanjang hari, atau lepak-lepak dengan berbual kosong depan TV (sambil menonton Gangstaz atau Pepaya). Malas aku masih ditahap tumor orang berpelajaran. Kalaupun aku tidak berinteraksi langsung dengan buku-buku berkaitan penyelidikan, aku lebih senang dengan kerja lain. Paling banyak ialah menghabiskan masa mengira km jalan, mengira isipadu kereta dan memikir jalan manakah paling kurang sibuk di Kuala Lumpur ni? Jika masuk ke perpustakaan, masaku heheeeee di depan internet, kalau menulis..menulis yang lain yang tidak bernafas ‘penyelidikan’.

Itulah penyakit yang mula menyerangku sejak aku bernafas sebagai pelajar sarjana awal tahun 2007 (sekarang 2008kan?)

Apabila aku ditakdirkan sebilik dengan budak genius bernama Huda, yang kelahirannya setahun lebih lewat daripadaku. Baharulah aku merasakan sedikit ubat (cemburu) melihatnya begitu rajin meneleku buku-buku (semuanya berkaitan sains astronomi), berjam-jam di hadapan buku, membaca, memikir, membuat catatan dan berbincang dengan cikgunya iaitu Kak Dijah (Kak Dijah duduk di bilik depan kami). Satu pemandangan yang membalikkan aku pada peringkat asal: Eh, kau tu kena macam tu la Ummu oii..

Sudah..sudah..aku nak mula menaip yang lebih serius!

UM. 11:44 am.

Tuesday, September 2nd, 2008

Tidak Pernah Selesai Tuan!

Ummu, Tugas Dakwah tidak pernah selesai!’ kata Ustazah Raudah, pensyarah dan juga penyelia sarjana saya di APIUM  dalam kad raya yang dikirimnya ke saya tahun lepas. Kad raya itu ditampal pada dinding, sebelah cermin di bilik tidur. Selalu, apabila melihat cermin, terlihat juga kad itu dan ayat yang maha penting itu: Tugas dakwah tidak pernah selesai!

Tidak ada penafian.

Bahkan, Rasulullah SAW selepas wafatnya baginda mewariskan perjuangan dakwah untuk diteruskan para sahabat kemudiannya para tabi’in sehinggalah kita pada hari ini.

Ini ada kaitannya dengan ciri manusia itu sendiri yang memiliki hati berbolak-balik, memiliki pemikiran yang berbeza-beza dan semangat nafsu yang intim. Seorang yang beriman pada hari ini, boleh jadi esoknya berpaling tadah, begitu juga si kafir, tidak mustahil menerima Islam dengan hidayah Allah seperti Saidina Umar al-Khattab. Kerana manusia itu adalah sasaran dakwah maka dakwah perlu direntakkan (disesuaikan) dengan tabii manusia. Sebab itu surah al-Nahl ayat 125 sangat menekankan konsep al-Hikmah.

Saya ingin berpesan pada diri selalu bahawa pendakwah juga adalah manusia. Ciri untuk ‘berbolak-balik’ ‘turun-naik iman’ dan segala macam perubahan tak dapat diceraikan. Justeru, adalah saya untuk terus bermuhasabah diri dan mencari ubat paling mujarab agar tidak jatuh dengan merudum dan tidak naik hingga tersangkut. Saya adalah manusia yang perlu menyedari tugas dakwah setiap masa. Adakalanya saya juga adalah sasaran dakwah.

Misalnya, jika saya menulis satu cerpen, kemudian cerpen itu tersiar di media arus perdana, kemudian memenangi anugerah pula..apakah selepas itu saya tidak perlu lagi menulis kerana motif  (motivasi sebenarnya) telah tercapai. Secara fizikalnya, ya  tercapai, namun apakah kesan dakwah itu ada pada pembaca (sebagai sasaran dakwah)?

Terbaharu, drama Lara Rindu Mahsuri (yang sekarang sedang ditayangkan di TV3 (4.30 petang) dan TV9 (8.30 malam) Isnin-Rabu), secara luarannya bolehlah saya bersyukur akhirnya karya menapaki televisyen namun, adalah TIDAK BOLEH saya berhenti setakat ini. Bahkan, saya perlu berusaha menghasilkan yang lebih baik daripada itu secara berterusan..istiqomah!

Kerana sasaran dakwah saya adalah manusia.

Ya Allah, tugas yang digalaskan ke bahu kami memang jerih namun Kau ada untuk selalu membimbing.

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK.

Monday, September 1st, 2008

sahabat..takziah

Dalam dengung RAMADAN baru berenjin..satu berita sedih telah kami terima iaitu kematian bapa teman baik kami, salah seorang warga AZ iaitu Faiz Faiza. Ya Allah, Moga roh abah Faez dalam limpahan rahmatMu dan limpahan keberkatan RAMADAN.

FAEZ, TABAHKAN HATI, KAMI TAHU UJIAN INI SANGAT BERAT BUATMU KAKAK YANG BESAR.

FAEZ, KITA SEMUA BAHKAN PASTI DIJEMPUT PULANG KE SANA. SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MATI.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com