Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

September 25th, 2008

Thursday, September 25th, 2008

Pasca Lara Rindu Mahsuri

 dsc02190.JPG

Alhamdulillah, terharu dengan respon kawan2, keluarga dan orang awam yang menonton Lara Rindu Mahsuri. Rata-ratanya mahu drama seperti ini diteruskan.  Sokongan dari ibubapa, Ustaz Kamil Majid,  teman AZ  dan Kak Dayah yang mengatakan percubaan pertama yang baik dan patut diteruskan, insya Allah.

sms Memey (Mahsuri) semalam ucapkan terima kasih kepada Layar Consult Sdn Bhd kerana bagi peluang dia jadi Mahsuri. Dia dapat satu anjakan positif melalui drama LRM. Dan saya pun mendoakan walaupun tak banyak, Memey juga terkesan dengan apa yang dah dilakonkannya. Sekurangnya  (kalaupun tak bertudung) dia berhati-hati dalam menjaga batas dirinya sebagai pelakon yang sedang meningkat naik kerana ranjau menjadi artis ni TUHAN SAJA YANG TAHU.

Saya memang suka lakonan para pelakon ini – Marissa (KHADIJAH). Wataknya nampak betul hidup dan solehah. Redup sahaja, kata2nya, hikmah dia dengan anak2, suami dan ibu mentua. Dia tak cepat melatah dan marah. Saya mengharapkan watak Khadijah (sebenarnya watak dia amat2 penting dalam LRM) kerana banyak ibu di zaman moden dan pasca moden kini tak berlaku adil pada keluarga dengan sikap yang jauh menyimpang daripada yang Islam nak. Tengok sahajalah, rata2 ibu sekarang tak menunjukkan qudwah yang baik pada anak2. Lebih menduniakan keluarga daripada mengakhiratkan. Ibu zaman sekarang lebih pentingkan kosmetik berbanding ilmu dan akhlak anak2 mereka (tinjauan tak langsung saya semenjak berniaga di Tesco Mergong..melihat ibu2 yang teruja dengan pakaian dan alat solek, bila anak2 nak pegang buku, langsung tarik muka tak bagi)

Saya juga mengharapkan watak Khadijah mampu jadi teladan kepada ibu2 tiri yang lain. Kejayaan Khadijah adalah mendidik Mustika menjadi gadis yang baik. Bayangkan, jika Khadijah tidak berkahwin dengan Farouk (EMAN MANAN) mungkin Mustika menjadi gadis liar kerana 1- kurang kasih sayang daripada nenek dan ayah yang sibuk. 2- Dia kaya dan mewah kerana keluarganya tauke emas 3. Dia tak dapat kasih seorang ibu kandung (Teh Halimah). Dan Khadijah telah berjaya mendidik anak tirinya itu (selain anaknya sendiri Alif dan Sara). Kata Mustika : Mus tak pernah tengok ibu tiri yang jahat sepanjang hidup Mus. Ibu tiri pun ibu kita juga. (Maaf, saya terpaksa sebutkan bahawa ide memurnikan ibu tiri ini adalah cetusan pensyarah saya Prof Madya Mohd Kamil Ab Majid, terima kasih ustaz!)

Khadijah juga adalah lepasan al-Azhar Mesir dalam bidang Farmasi (saya nak bagitau, ada masyarakat ingat kat Mesir hanya ada kursus agama saja sebenarnya tidak, heee) Malahan, dia seorang huffaz, jadi tak hairanlah wajahnya yang selalu tenang, berhikmah, bijak dan penyeri rumahtangganya dengan Farouk.

“Abang kahwinlah dengan kak Teh semula untuk tebus dosa lalu abang, Jah tak kisah. Jah suka kita ada keluarga besar. Kalau bukan poligami ni baik, takkan Islam benarkan bang?” – antara dialog Khadijah yang mendebarkan saya semalam masa menonton LRM episod akhir.

ala kulli hal, Marissa telah berjaya menjadi Khadijah (apa yang lebih penting, kepada Marissa sendiri moga dia sentiasa berubah menjadi lebih baik bukan setakat dalam lakonan).

Tahniah juga untuk Chu Zainab (Kartina Aziz), air matanya paling banyak dalam LRM hingga buat penonton berasa  sedih dan sayat. Dia memang dah banyak berlakon dengan Layar Consult Sdn Bhd antaranya Cinta Madinah 2 dan Ehsan. Kepada Farouk (Eman Manan) dan Teh Halimah (Norish Karman), mereka berdua pelakon yang saya tak sangka akan membaca skrip LRM. Kredibiliti mereka tak disangkal, sekalipun tak bersuara, eksperesi wajah mereka dah cukup mendebarkan. Saya harap dalam drama abah yang lain, mereka akan berlakon lagi.

Banyak saya nak luahkan tentang drama ini, yang cukup mengajar saya tentang disiplin masa dan kemahuan. Saya terdorong untuk menyiapkannya adalah DESAKAN mencari duit bagi MENJADI TETAMU ALLAH. Alhamdulillah, berkat niat yang baik, ALLAH SWT mudahkan urusan. LRM telah menghadiahkan saya peluang mengerjakan umrah pada 7 Julai lalu. Alhamdulillah.

Semoga yang baik akan dinilai sebagai amal kebaikan kepada semua. segala kekurangan adalah lumrah manusia biasa yang sentiasa turun naik imannya. Dalam dakwah, apa sahaja pendekatan berhikmah kita patut manfaatkan. (Seperti kata sorang teman, zaman umat Islam kayak muallaf sekarang, drama2 dakwah yang ‘ringan’pun ada baiknya berbanding yang sekular)

SALAM PENGHUJUNG RAMADAN. Cepat khatam Quran pada siapa yang tak habis lagi……

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN

UMMU HANI ABU HASSAN MORAD

PUTEH GARDEN, KG GAJAH PUTEH,

PADANG SERA, 06100, KODIANG,

KEDAH.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com