Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Ketika Melihat Apapun Tidak Nampak

24072008580.jpg 

 030820086091.jpg

Tempat bercanda !

Sejak mula belajar berdiri dengan berpaut pada kerusi, meja, dan segala benda di depan mata, dan ketika musim merangkak seminggu ditinggalkan, aku masih juga tidak nampak kelibat yang dinamakan ‘rajin.’ Yang Rajin padaku ialah membanding-bandingkan lorong hidupku dengan lorong-lorong teman-temanku. Walaupun ini bukanlah the way of life manusia pintar (sering berasa jahil bagaimana mungkin menjadi pinterrr).

Ini adalah satu kecamukan jiwa, hati, kepala, akal dan fizikal seluruhnya dalam proses menyudahkan (sebetulnya memulakan) penyelidikan sarjana. Ini adalah masalah peribadiku yang orang lain hanya bisa berceloteh secara luaran saja. Untuk meresap masuk, bersedia menanggung ‘deritaku’ ini, janganlah sesiapa pun sudi (bahkan aku sendiri enggan). Kerana, sifat ini tidak disebut sebagai sifat Yang ALLAH suka iaitu: Malasss..

Malas aku bukan tidur di tilam lusuh bilik paling ujung AZ (Sekali diceroboh pencuri) sepanjang hari, atau lepak-lepak dengan berbual kosong depan TV (sambil menonton Gangstaz atau Pepaya). Malas aku masih ditahap tumor orang berpelajaran. Kalaupun aku tidak berinteraksi langsung dengan buku-buku berkaitan penyelidikan, aku lebih senang dengan kerja lain. Paling banyak ialah menghabiskan masa mengira km jalan, mengira isipadu kereta dan memikir jalan manakah paling kurang sibuk di Kuala Lumpur ni? Jika masuk ke perpustakaan, masaku heheeeee di depan internet, kalau menulis..menulis yang lain yang tidak bernafas ‘penyelidikan’.

Itulah penyakit yang mula menyerangku sejak aku bernafas sebagai pelajar sarjana awal tahun 2007 (sekarang 2008kan?)

Apabila aku ditakdirkan sebilik dengan budak genius bernama Huda, yang kelahirannya setahun lebih lewat daripadaku. Baharulah aku merasakan sedikit ubat (cemburu) melihatnya begitu rajin meneleku buku-buku (semuanya berkaitan sains astronomi), berjam-jam di hadapan buku, membaca, memikir, membuat catatan dan berbincang dengan cikgunya iaitu Kak Dijah (Kak Dijah duduk di bilik depan kami). Satu pemandangan yang membalikkan aku pada peringkat asal: Eh, kau tu kena macam tu la Ummu oii..

Sudah..sudah..aku nak mula menaip yang lebih serius!

UM. 11:44 am.

One Response to Ketika Melihat Apapun Tidak Nampak

  1. benuasuluk says:

    Salam,
    singgah sat. Nak singgah kedai kat tesco sana tak dan nak pi bila balik. Jadi singgah sini sajalah.
    Selamat berposa, moga dirahmati selalu…

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • NURLIDA BT MOKHTAR: Salam Ummu Hani, Saya Kak Ida , ingin berkongsi...
  • Akim: link utk borang http://files.itnm.com.my/download/...
  • kakyong: tak salah utk berkahwin semasa belajar, asal faham...
  • Emyne Fahimah Chan: Assalamu'alaikum.. Bagaimana untuk saya mendapatk...
  • mamawana: Assalamualaikum Apa khabar Nik Nur Madihah? Ap...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com