Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

September, 2008

Monday, September 1st, 2008

CERITA-CERITA AKHIR

OLEH:
Ummu Hani Abu Hassan
(CERPEN MENGHAYATI RAMADAN)
Cerita ini berulang kali disebutnya. Di kalangan kami, dia yang paling berat mulut untuk memberi taujihat yang biasa kami lakukan seusai solat Asar di Surau Darus Saadah. Majlis ini kami namakan muzakarah ilmu yang kami sebut-sebut satu taman daripada taman syurga. Tidak ramai. Kadang-kadang kami berlima, kadang-kadang sembilan dan kadang berdua. Tetapi, dia tetap hadir walau berapa pun jumlah jemaahnya.

Kali ini, semua mata tertumpu padanya. ‘Muzammil, tafaddal, anta dah lama tak berkongsi pandangan. Anta diam sahaja. Orang diam ni selalu berisi ilmunya,’ ujar Fadzli, seorang teman kami. Dia tersenyum sambil matanya terkelip-kelip dan jernih pandangannya begitu manis. Bulu-bulu baut yang tumbuh di sisir wajahnya dijaga kemas  dengan manik-manik wudhuk yang masih melekat di janggut dan di misai. ‘Ana tak layak. Ana tak banyak ilmu.’Gelengan kepalanya menyebabkan kopiah Turki yang dipakai menjadi senget. ‘Anta ceritalah pengalaman anta. Berkongsi perkara yang baik dianggap ibadah. Malah Rasulullah s.a.w pernah berpesan, sampaikan daripadaku walau sepotong ayat,’kataku. Dia kemudiannya mengesot ke hadapan, bersedia untuk berkongsi sesuatu. Dan cerita inilah yang diulangnya. Continue reading CERITA-CERITA AKHIR

  • NURLIDA BT MOKHTAR: Salam Ummu Hani, Saya Kak Ida , ingin berkongsi...
  • Akim: link utk borang http://files.itnm.com.my/download/...
  • kakyong: tak salah utk berkahwin semasa belajar, asal faham...
  • Emyne Fahimah Chan: Assalamu'alaikum.. Bagaimana untuk saya mendapatk...
  • mamawana: Assalamualaikum Apa khabar Nik Nur Madihah? Ap...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com