AMN Publication Enterprise menawarkan harga murah untuk pembelian buku-buku penerbitan dan tulisan kami. Hubungi Ummu Hani- 0136979697 atau emel senyum_sokmo2@yahoo.com
CATATAN SEORANG MUDA
ABU HASSAN MORAD
ISBN 978-983-70-2201-0RM
11.90 (termasuk pos)MESTI BACA!
Kumpulan cerpen yang memuatkan 18 buah cerpen tulisan Abu Hassan Morad, penulis prolifik yang giat menghasilkan karya-karya sastera bercitra dakwah. Koleksi cerpen ini memilih buah tangan terbaik beliau sepanjang 20 tahun terlibat dalam lapangan sastera, termasuk cerpen-cerpen ketika zaman remajanya seperti Catatan Seorang Muda, Musim Yang Dirindu dan Jalan Damai. Bacaan wajib untuk bakal penulis dan pencinta kedamaian desa
DEMI MASA
ABU HASSAN MORAD
ISBN 978-983-097-188-9
RM 19.50 / BEST SELLER!
DEMI MASA adalah buku yang mengungkap pengalaman, pengamatan dan luahan rasa penulis tentang masyarakat hari ini, terutamanya nasib orang Melayu Islam di Malaysia. Sebagai anak peneroka yang dibesarkan dalam suasana penuh mencabar, beliau merasai sendiri realiti kehidupan masyarakat yang dilingkung sifat tamak, mementingkan diri, tidak prihatin, lemah, penakut, ego dan gagal melaksanakan amanah. Buku ini memperlihatkan kepekaan penulis terhadap persekitaran yang sentiasa berkembang. Pengembaraannya ke seluruh dunia menemukan pelbagai corak budaya, sistem nilai-positif dan negatif yang diselitkan sebagai bahan renungan dan perbandingan di dalam buku ini. DEMI MASA juga adalah penyeruan penulis supaya masyarakat kembali menghayati nilai-nilai Islam yang dapat menyelamatkan masyarakat dari dirimpuh taufan globalisasi pada hari ini.
FELDA GUAR NAPAI, BERAKAR DI DESA BERJASA DI KOTA
Buku biografi setebal 220 halaman ini mengungkap perjuangan anak-anak Felda Guar Napai menjadi ‘seseorang’ di tengah masyarakat. Segala jerih dan semangat dirakam pengarang secara terperinci penuh halus dan berseni. Buku ini adalah panduan kepada anak-anak muda zaman kini mengenal akar jati diri bangsa Melayu dan Islam serta ransangan menjadi individu cemelang dalam kehidupan.
SESEKALI KE DESA
ABU HASSAN MORAD/ UMMU HANI ABU
RM 12.90 (TERMASUK POS)
Lebih 16 buah cerpen koleksi pasangan penulis ayah dan anak. Semua cerpen bernuansa Islam dengan isu2 global dan tempatan.
Judul : Baromkeh Matamu di Mataku
Pengarang : Ummu Hani Abu Hassan
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel Remaja
Mukasurat : 359 halaman
Cetakan Pertama : 2008
ISBN : 9789676121487
Sinopsis :
Sebuah novel ala travelog yang menggarap jalur kehidupan pelajar-pelajar Islam di Syria. Keunikan kehidupan di tempat baharu, iaitu di Baromkeh, Republik Arab Syria diberi tumpuan melalui pengalaman beberapa watak seperti Fahda Nur dan Adawiyah dengan Persatuan Pelajar Malaysia di situ.
Fahda Nur, pelajar wanita yang punya semangat kental, menimba ilmu di perantauan – meskipun gagal peperiksaan, itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba sehingga berjaya. Kepincangan institusi keluarganya mewajakan ketekunan Fahda Nur untuk berdikari bagi membiayai kos pengajiannya. Sikap berdikari Fahda Nur yang praktikal namun tetap memelihara kesopanan maruah ini bercanggah dengan peraturan kehidupan Muslimah lantas mengundang pemantauan kritis daripada pihak Persatuan Pelajar Malaysia.
Dengan sifatnya yang mirip kepada travelog, novel ini menyelami budaya dan adat resam masyarakat Arab di Syria. Pertembungan dua budaya dari bahagian bumi yang berbeza memberi banyak input dan data yang berguna tentang dunia luar. Maklumat ini menjadikan membaca “Baromkeh Matamu di Mataku” amat informatif.






