Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Menungan kelompok

Langit di hujung tahun sering mengidap selsema. Cairan virusnya menitis, mengenai manusia, itik, lembu, pokok-pokok dan segala makhluk. Bagi Bulat, kucing baka Parsi dan Siam yang telah berusia lebih lima bulan, selsema langit bahkan menggondrol perutnya dan pundi kencingnya menjadi lebih banyak. Tempat paling enak untuk ‘membuang’ najis mutawasitohnya adalah ruang tamu rumah Cikgu Abu Hassan Morad.

Yang menyambut saya semalam, sebaik turun dari kereta ialah bauan perfume ‘najis’ si Bulat. Ini adalah kemarahan yang terpendam kerana sebaik sahaja Bulat muncul, menyipi bulu-bulunya ke kaki sesiapa pun dengan suara gedik manja itu, si pemarah cepat bertukar reaksi. Bulat bahkan akan didukung, digomol2 perutnya yang tertulis kalimah ALLAH. Kakinya yang berkuku tidak tajam menendang sedikit aksi. Betullah kata emak,
‘Aku berak, aku kencing atas tilam sekalipun, korang tetap tak sanggup membenciku..’ bagi pihak si Bulat.

Bagi sesiapa yang ingin tahu, aku mempunyai pengalaman membasuh berak dan kencing binatang seperti Bulat. Kalaulah ini satu bonus ketika ditemuduga memilih kerja, alangkah1. Tapi kata-kata abah paling menarik ;
‘Allah nak bagi pahala untuk keluarga kita tu. Itulah cara bermanja kucing yang bernama Bulat..’

Ini Satu Kisah Zaman Obses.

Bulat adalah generasi keempat bagi baka kucing Parsi dan Siam yang muncul di tengah keluarga besar kami pada tahun 2005. Asal moyangnya dari USJ, Selangor, iaitu dua ekor kucing yang dimiliki Kak Zaitun Abu Samah, editor Dewan Siswa, DBP.

Cerita ringkasnya begini, aku mengikut Dr Kamariah Kamarudin berhari raya di rumah Kak Zaitun. Di situlah aku berkenalan dengan anak-anak kucing Parsi yang menggiurkan, gebu-gebu belaka. Kak Zaitun kemudiannya berjanji apabila lahir generasi kedua, dia akan menghadiahkan padaku dua ekor. Dan beliau memang mengotakan janji. Aku ketika itu sedang bercuti semester di Kedah telah datang ke Kuala Lumpur untuk mengambil dua ekor anak kucing tersebut.

Dua kucing comel, dari Batu Tiga, Shah Alam, kami menaiki komuter berhenti di KL Sentral, beralih menaiki Putra LRT menuju Masjid Jamek, di sana, kami menukar lagi tren Star LRT sehingga tiba di Plaza Rakyat. Aku membeli tiket dengan tidak memberitahu bahawa kotak di tanganku berisi binatang iaitu salah satu perkara yang dilarang masuk ke perut bas. Kucing dua ekor di dalamnya, tahu pula mereka diam dan duduk menyorok di dalam kotak dengan tidak bergerak2 sangat.

Kebetulan memang nasibku mendapat tempat duduk paling belakang dalam bas Ekspress yang biarlah namanya menjadi rahsiaku. Kucing dua ekor dalam kotak kuletakkan atas riba. Sepanjang perjalanan dua ekor itu diam sehingga tiba di Kedah, mereka merengek kuat dan aku menepuk2 badan dua ekor itu. Akhirnya, kami bertiga selamat sampai ke destinasi; Pekan Jitra. Abah dan emak telah menungguku.

Patutlah kucing-kucing itu ‘bersuara’ rupanya bajuku dibasahkan oleh air kotor kucing dua ekor itu. patutlah penumpang di sebelahku selalu terbersin, berkali-kali sebelum aku beredar dari kerusi bas.

Bila memikirkan itu, aku berjanji tidak akan obses lagi oleh kehendak sukakan kucing. Peristiwa ini berlaku hampir tiga tahun lepas. Dan Bulat adalah cicit kepada kucing yang kubawa menaiki komuter, Putra LRT, Star LRT dan bas Ekspress dalam perjalanan dari USJ ke Padang Sera, Kodiang.

Kita memang akan menghadapi satu saat yang mana kemahuan tidak dapat dibatasi apapun. Seperti juga Bulat yang gemar ‘membuang air kotor’nya di ruang tamu dan kami hanya mampu marah di mulut, kerana terlalu sayangkannya.
 

3 Responses to Menungan kelompok

  1. Fisha Fawwaz says:

    Best kan jadi Bulat?

    ‘Meruah’ merata pun masih digomol2 … untungnya …

    Tapi itulah … menungan kelompok ini mengingatkan saya pada kata-kata … “berbeza sungguh rasa kecintaan pada sesuatu, dengan rasa untuk memiliki. Dengan rasa kecintaan, kita tidak akan pernah merasa gundah sekiranya kecintaan kita tidak berbalas. Namun, dengan rasa untuk memiliki, kita akan meminta lebih daripada apa yang sudah kita perolehi.”

    To digress a little … ngehehe (~_*)

  2. salam..
    kita hampir sama..terlalu obses dgn makhluk Allah yang satu ini..malahan sanggup berkongsi katil dengan si comel ini di malam hari..tapi itulah pengalaman yang menyeronokkan..

  3. Ummu Hani says:

    salam kak tip dan Fisha, terima kasih. sayang apapun memang ada keterbatasannya. suka kucing ni adalah penyakit keturunan kami sejak moyang dulu-dulu lagi, hehe.

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com