Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

November, 2008

Thursday, November 27th, 2008

Abah terbang ke Mekah, Diriku menggeluti Kaabah hati.

Alhamdulillah, walaupun keadaan minggu ini agak mengujakan, Allah masih mengurniakan perasaan sabar dan berita gembira untuk menghiburkan hati. Sabarnya diri menilai teknik kerja wartawan yang masih ditahap lemah. Sabarkan diri mengenepikan kata-kata tidak enak orang lain. Sabarkan diri memulakan semuanya dari bawah!

Alhamdulillah, berita dari PNM (Perpustakaan Negara Malaysia ) membeli novel sulungku Ladang Hati Mustika sebanyak 1089 naskah adalah hadiahNya buat aku terus istiqomah menjadi penulis kreatif.

Alhamdulillah, panggilan dari DBP tadi memaklumkan bahawa novel kanak-kanak pertamaku Senyum Kota Suriah bakal diterbitkan tahun ini juga satu kurniaanMu Ya Allah.

Semuanya kukembali kepada Allah. Moga teruslah aku berjalan, berlari, kadang-kadang jatuh, bangun semula, berjalan kemudian jika dipanggilNya (pada tempoh ajal yang ditetapkan) aku masih sebagai seorang Muslim yang bersyukur.

Kawan-kawan, doakan seorang Ummu Hani yang kerdil ini.

Wednesday, November 19th, 2008

Cicipan Kata Kang Abik

kang2.jpg

Usai Majlis..

kang.jpg

Para tetamu teruja sekali mendekati Ustaz Habiburrahman. Ada yang datang membawa novel-novel karangan penulis da’ie itu. Masing-masing mahu bergambar dan menyua novel untuk ditandatangani. Saya menarik tangan Faez keluar. Hari ini adalah hari meraikan penulis tersohor yang datang dari jauh. Ustaz Habib direncanakan akan menginap di Kuala Lumpur tiga hari sebelum terbang semula ke Cairo, Mesir bagi menyelesaikan rakaman filem Ketika Cinta Bertasbih.

img_3906.JPG

Usai bersalaman dengan dua kakak berjiwa mulia, Kak Asiah dan Kak Aziah, dari jauh Ustaz Habiburrahman memanggil, “Mbak Ummu Hani, ke sini, makan sekali,” katanya yang sudah mencicip nasi goreng di meja yang disediakan adik-adik PPIUM. Saya mengerling Faez, walaupun rasa sedikit malu, mengagahkan kaki mendekati ustaz dan adik-adik penganjur, ada Wasif dan Shamsuri juga Hafiz dari Akar Bina Sdn. Bhd. Saya mengambil tempat duduk bertentangan dengan ustaz. Continue reading Cicipan Kata Kang Abik

Tuesday, November 18th, 2008

Komunikasi Cinta Habibur Rahman dalam Novel Ketika Cinta Bertasbih (KCB)

Kertas kerja ini dibentangkan dalam Bengkel Bedah Buku Ketika Cinta Bertasbih Bersama Habiburrahman el-Shirazy pada 15 November 2008, IPS UM.

novel-2.jpg

novel1.jpg
Oleh: Ummu Hani Abu Hassan

Cinta adalah pawana fitrah yang menggiurkan. Tidak terungkap pada kesakitan dan tidak terlahir pada kebahagiaan. Cinta membiarkan manusia untuk berani meneruskan kehidupan sehingga bertemunya kematian. Sesiapapun yang memiliki nyawa pasti dirinya memiliki cinta. Dan sesiapapun memiliki cinta tidak akan hilang cintanya meski tidak lagi memiliki nyawa.

Cinta sesuci itu selayaknya dinobatkan kepada Allah SWT dan RasulNya. Dua cinta yang tidak mati dan akan terus hidup; di dunia mahupun akhirat. Dua cinta yang tidak layak disaingi oleh sebarang makhluk termasuklah ibubapa, isteri dan anak-anak.

Maka, ke mana-manapun jika mengendong dua cinta ini, kebahagian menjadi pakaiannya.
PENDAHULUAN

Pengarang oksidentalis ini melalui novel fenomena Ayat-Ayat Cinta (2003) telah mengocak danau kesusasteraan Indonesia-Malaysia sehingga menggasak rasa malu kepada yang tidak membaca novel tersebut. Justeru, adalah tidak rumit kepada pengarang untuk mengetahui sasaran pembaca bagi novel susulannya termasuk Ketika Cinta Bertasbih (1 dan 2). Pengarang telah menggunakan peluru cinta untuk menembak para pencandu sastera.

KCB setebal 883 muka (477+406) , ditulis dalam tempoh setahun (Feb-Nov 2007)  mencerminkan kesungguhan penulis, Habibur Rahman el-Shirazy menyebarkan dakwahnya lewat penulisan. Falsafahnya masih cinta.  Apakah cinta merupakan subjek yang relevan buat umat di abad post moden kini?

Ya. Cinta adalah perjuangan yang tepat dalam nuansa masyarakat Muslim sudah kehilangan jiwa dan agama. Harus diketahui, keadaan umat Islam selepas Perang Salib (Crusades) pada abad ke 11 hingga 13, dibayangi gejolak prasangka musuh; Yahudi dan Kristian. Setelah kegemilangan Islam menenggelamkan tamadun Rom, Parsi dan Eropah pada tempoh yang lama , kuasa barat menaruh dendam dan kebencian yang meluap-luap terhadap Islam. Musuh Islam mahu mengelakkan kemunculan semula kuasa baru Islam di abad 18, 19, 20 dan 21 dengan strategi dan tindakan yang agresif.
Cara yang paling gratis ialah mencabut rasa cinta umat Islam terhadap agama mereka. Maksud yang lain ialah memisahkan ruang kehidupan daripada agama atau sekularisasi. Continue reading Komunikasi Cinta Habibur Rahman dalam Novel Ketika Cinta Bertasbih (KCB)

Tuesday, November 18th, 2008

Cita-Cita Baru

 kangabik2.jpg

Hati berdebar, sejak dihubungi Wasif, presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya menjemput saya sebagai wakil penulis Malaysia untuk membedah novel Ketika Cinta Bertasbih karya Ustaz Habiburrahman el-Shirazy, beberapa malam saya tidak pas lena sedap. Waktu menggigit kalbu hingga di selang waktu, saya menangis dengan kekurangan diri yang berani menyambut pelawaan Wasif. Semangat saya selalu melebihi ilmu yang ada dalam diri. Inilah saya sejak pulang dari Kota Damsyik, setahun yang lalu. Lebih tiga universiti (termasuk di STAIN, Solo dan UIN, Yogjakarta) memberi ruang saya bermakalah kayak seorang dosen. Walhal, saya masih tidak bernafaskan ilmu. Ya Allah, ujianMu selalu membuatku malu.

 

Seorang guru, juga seorang bunda, seorang tokoh penginspirasi, dan pengurus kata, Prof Madya Amida@ Kak Anis, dialah yang membenarkan saya bermalam di rumahnya, merasai atmosfera ilmu di biliknya, kami berkongsi cerita sebelum tidur, dan dia puas menyungguhkan kata semangat bahawa, kejujuran dari hati adalah retorik terbaik buat seorang pendebat. “Ummu, pasti boleh dengan keyakinan yang kuat!”

 

Dan ketika waktu itu datang, melihatkan saja wajah Ustaz Habib yang tenang, juga lontar suaranya yang menusuk terus ke hati, saya kerdil. “Sememangnya orang Malaysia juga seperti orang Mesir, selalu membanggakan hal yang kecil,” kata saya membuka bicara, lebih menepuk hati sendiri supaya relax. Dan selepas itu..saya tidak ada impian lain yang lebih besar..mahu meningkatkan kualiti komunikasi di khalayak ramai.

  

Tuesday, November 11th, 2008

Ya Allah..kangennya Suriah!

imgp0673.JPG

10 Mac 2007- 1650 pm. Dalam pesawat Etihad Airways (the national Airlines of the United Arab Emirates @UAE) kerusi 39K, sebelah tingkap (yang sebesar bantal kecil) terapunglah diri menjadi kecil di atas awan. Selamat tinggal lembah Syam (Doa Rasulullah s.a.w- Allahumma barik lana fi syamina, Allahumma barik lana fi yamanina)

Aku terbang berseorangan bersama hati, akal dan perasaan sendiri. Adik-adik manis telah mengucap salam sebaik kaki aku masuk ke balai berlepas ( melalui dua check point jawwazat dan toirah). Wajah mereka sebaik saja kapal terbang memberi nyawa kepada sayap, berpantul lekap. Syukran khusus untuk Syuhada (kamu amat matang jauh daripada yang kak ummu jangka. Terus istiqamah memegang amanah persatuan), Sarah (rajin-rajin dik belajar) ila (Tabahkan hati seorang anak sulung berjiwa kuat), Hidayah (Manfaatkan peluang Allah banyak-banyak), Naemah (Impian adalah doa), As dan Masyitah (kamu sangat muda. Jadi..apalagi. manfaatkan!) juga Muadz (terima kasih tolong angkat beg kak ummu). Kelip-kelip mereka melepaskan aku seorang diri pulang ke Malaysia. Barangkali ada suara bimbang juga tetapi aku berpegang bahawa Allah sangat menyukai orang-orang yang bertawakal (dalam perkara kebaikan). Tidak apa perlu digusarkan.

200 lirah untuk cop ‘selamat pulang’ dari Kerajaan Syria’. “Saya cintakan Syria lebih daripada Malaysia,” kataku pada pegawai imegresen yang akhirnya tersenyum bangga melepas aku dengan cepat. (Ikhlaskah aku?) dan jumlah barang-barangku melebihi had kargo seorang penumpang hanya 30 kg. Barangku pula 42 kg (bukan batu tapi buku tu). Alhamdulillah, kakak manis tanpa soal-banyak tidak mengenakan tambahan caj. (mungkin kerana penumpang tak ramai). Kakak itu memang cantik betul bila baik hati begitu. Cuaca hari ini 27 c. Continue reading Ya Allah..kangennya Suriah!

Monday, November 10th, 2008

Takziah Ustazah Paridah Abas.

 paridah-dal.jpg

Saya berasa wanita ini (Ustazah Paridah Abas) sangat istimewa. Barangkali di mata manusia zaman sekular sekarang, beliau bukan sosok yang pas dijadikan panduan.  Moga Allah mengurniakan  darjat yang tinggi pada Ustazah Paridah dan keluarganya di langit sana.

Ini adalah ulasan yang pernah saya tulis sejurus membaca karya hati Ustazah Paridah yang juga isteri Allahyarham Mukhlas..

Orang Bilang Ayah Teroris (OBAT)- Karya Kesatuan Organik Buat Manusia Jadi Awan’
Pengalaman mengembara ke dalam jiwa Paridah Abas.
PENDAHULUAN

Ustazah Paridah Abas. Seorang penulis melalui sebuah novelnya (lebih berupa catatan harian) yang sulung telah membuatkan aku menangis dua malam. Kedua mata menjadi bengkak. Malam pertama menerobos Orang Bilang Ayah Teroris (OBAT) aku guyur. Novel ini benar melekatkan lebih kepada mengikat diri, jiwa, psikologi dan rohani[1]. Terus-terusan hingga aku terasing dengan apa-apa yang berada di sekeliling. Sedu-sedanku. Kobar hatiku. Motivasi. Sesekali lucu tetapi dalam kawalan kagum, aku diam berfikir mencantas tawa. Hingga separuh buku, aku tersedar kerana alam sudah bertukar pagi maka fizikku merawan.

Malam kedua. Aku tidak tahan untuk menghabiskan seluruh OBAT iaitu kisah Ustazah Paridah Abas yang dipetiknya daripada beberapa kolum umurnya bermula pada Disember 2002 (beliau berusia 32 tahun) hingga April 2005 (35 tahun). Lebih kurang petikan hidup dalam rangka 4 tahun itu (seperti yang termaktub di OBAT) beliau adalah wanita yang disabdakan Nabi SAW ‘Sebaik-baik perhiasan dunia.’ (Insya Allah, ini aku yakin sekali)

Bukanlan air mataku yang meleleh di pipi juga hingus yang disedut-sedut kala ini mengekspresikan keharuanku menelan buah OBAT tetapi tiada penghormatan lain buat pembaca naïf sepertiku (yang selalu tidur sebelum mencapai klimak nikmat pembacaan..) untuk buku yang berjaya mengikat empat ciri kemanusiannya sekaligus merasa kerdil dengan nikmat selepas tawakal[2] yang dirasai Ustazah Paridah dalam hidupnya[3]. Continue reading Takziah Ustazah Paridah Abas.

Monday, November 10th, 2008

Innalillah..

 mainpix.jpg

Hari ini, telah pergi ‘pembunuh tersenyum’

menggapai syahid yang menjadi cita-cita.

Apakah kita akan mengikut jalan yang sama?

Dan sebelum itu, kalian (umat Islam) perlu tahu

bahawa jihad itu ada pelbagai cabangnya

Jihad lidah, jihad tangan, jihad hati, qudwah hasanah, ilmu pengetahuan, harta, sumbangan kepada organisasi Islam..

‘Izinkan kuucap kata taubat, sebelum Kau memanggilku kembali padaMu.’

imam-samudra.jpg

 IBU Imam Samudra, Embay Badriyah hadiri pengebumian anaknya di Banten, semalam.

Continue reading Innalillah..

Thursday, November 6th, 2008

Pemimpin Dari Bumi Antah Berantah

 obama-2.jpg

Berapa ramaikah rakyat Malaysia yang benar-benar mengenali pemimpin negara? Dalam sebuah negara demokrasi, kita patut mengetahui latar-belakang calon-calon yang dipilih menjadi pemimpin, baik di peringkat kampung, negeri, negara atau parti yang kita dokongi. Sepertiku, tidak tahu dengan mendalam siapa sebenarnya pimpinan yang  dipilih (biasanya, ketika pilihanraya, aku membuat istikharah dengan memilih calon yang lebih pendidikan agamanya berdasarkan manifesto pengenalan calon). Apabila tidak ada pengetahuan mendalam tentang pemimpin, kita berisiko berpemimpinkan manusia yang tidak layak. Kini kita teracun dengan risiko yang berani kita terima itu.

Parti hanya sebuah tiket atau medan untuk individu-individu politik mencapai cita-cita mereka. Secara manualnya, setiap parti mempunyai imej dan akarnya. Misalnya, Parti Islam Semalaysia atau PAS memperjuangkan Islam sebagai teras. Modul Islam dirangka bersesuaian dengan naturalisasi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Agenda Islam adalah lebih utama daripada agenda nation. Berbeza dengan UMNO, dasar kebangsaan Melayu menjadi laungan perjuangan. Justeru, melihatkan kepentingan Melayu akan tergugat tanpa perjuangan mendominasikan Melayu di kalangan parti kaum lain, maka rata-rata umat Melayu Malaysia mendokong UMNO berbanding PAS. Persoalannya, Apakah dengan label perjuangan parti, individu politik akan benar-benar lurus dengan wadah perjuangan parti mereka? Ternyata berlaku adalah sebaliknya.  Continue reading Pemimpin Dari Bumi Antah Berantah

Tuesday, November 4th, 2008

Jangan politikkan guru-guru agama syeikh..

Seorang ustazah yang mengajar anak-anak murid wanitanya tentang aurat, supaya mereka terpelihara diri dari bahaya dan dosa. Seorang guru bercerita kepada anak-anak murid lelakinya, jadilah seperti Nabi Yusuf AS, sekalipun tampan tidak menggoda dan termakan godaan. Di mana-manapun pesan ustaz dan ustazah, jagalah iman, jagalah akhlak, amalkan ilmu dan berbuat-baiklah kepada ibubapa. Jadi orang berguna!

Ustaz ustazah kita, mereka berpesan tanpa niat mendabik dada, apatah lagi untuk menjadi pujaan anak-anak murid mengundi ‘akulah Guru paling baik’. Guru-guru mengajar tanpa meminta suapan ‘lubang tikus’ dari anak-anak murid atau ibubapa. Ada ustazah menangis, susah hati anak murid tak pandai baca al-Quran walaupun surah alFatehah. Ada ustaz naik angin bila murid lelaki pandai merokok dalam jamban dan mengorat budak-budak pompuan.

Ustaz ustazah..mereka lebih susah hati daripada ibubapa melihatkan anak-anak murid terbiar ibadah dan akhlak. mereka lebih prihatin bertanya, sudah sembahyangkah anak-anak? Sudah hafazkah surah-surah lazim di rumah?Ingat tak cara ambil wudhuk (atau yang dewasa cara mandi wajib) yang ustazah ajar?

keikhlasan guru-guru agama ini memang tidak boleh dibayar dengan apapun nilai material.

Namun, usaha mereka wajar dihargai sebaiknya. Terutama kebajikan dan kewangan hidup guru-guru agama. Guru-guru agama bukan orang politik yang bercakap ada maksud berlapis-lapis. Mereka bercakap kerana kebenaran.

Tahniah kepada MB Selangor kerana menaikkan tangga elaun dan gaji kepada guru2 agama di seluruh negeri Selangor. Dan berjutaan tahniah buat Menteri Agama, Dato’ Dr Ahmad Zahid Hamidi, kerana menyokong dan berkempen supaya seluruh negeri mencontohi Selangor dalam menaikkan elaun guru-guru agama.

Ingat! pendidikan tak patut dipolitikkan. Apatah lagi pendidikan agama.

Tuesday, November 4th, 2008

Di kesempatan buat diri..

Dua hari memulakan kerja dengan air mata. Sedang bersabar dengan diri yang biasa dalam atmosfera ‘suka hati.’ Moga langkah selepas ini langkah seorang pematang. Cinta Madinah. Cinta Makkah. Labbaikallahumma labbaik.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com