Alhamdulillah, walaupun keadaan minggu ini agak mengujakan, Allah masih mengurniakan perasaan sabar dan berita gembira untuk menghiburkan hati. Sabarnya diri menilai teknik kerja wartawan yang masih ditahap lemah. Sabarkan diri mengenepikan kata-kata tidak enak orang lain. Sabarkan diri memulakan semuanya dari bawah!
Alhamdulillah, berita dari PNM (Perpustakaan Negara Malaysia ) membeli novel sulungku Ladang Hati Mustika sebanyak 1089 naskah adalah hadiahNya buat aku terus istiqomah menjadi penulis kreatif.
Alhamdulillah, panggilan dari DBP tadi memaklumkan bahawa novel kanak-kanak pertamaku Senyum Kota Suriah bakal diterbitkan tahun ini juga satu kurniaanMu Ya Allah.
Semuanya kukembali kepada Allah. Moga teruslah aku berjalan, berlari, kadang-kadang jatuh, bangun semula, berjalan kemudian jika dipanggilNya (pada tempoh ajal yang ditetapkan) aku masih sebagai seorang Muslim yang bersyukur.
Kawan-kawan, doakan seorang Ummu Hani yang kerdil ini.






