Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Idul Adha fi Marhalah Rindu Damsyik

IDUL ADHA DI DAMSYIK.

Ad-Dinu lana wal haqqu lana
Wal ad’lu lana wal kullu lana
Adhal Islamu lana dina
Wa jami’il kauni lana watona


dscn1608.JPG

Jamah khubuz di pagi raya Haji bersama Abu Nadeer dan Maryam
Suatu pagi yang begitu sejuk; dalam bilik sempit yang hanya berisi sebuah almari pakaian, sebuah cermin muka besar dan sebuah katil yang boleh memuatkan tiga tubuh kami (saya, Kak Dayah dan Kak Haniah). Sebenarnya, setiap hari saya merasakan itulah hari yang paling sejuk, bahkan hari-hari berikutnya, kesejukan menjadi melampau dan terlampau (buat makhluk kurus seperti saya!). Tetapi hari ini dibangunkan oleh kesyahduan langit Jaddat Salamiyeh dengan alunan luar biasa dari corong-corong menara jamik (masjid).  Suara itu melantun, menyentakkan tidur dan menguis rindu yang halus. Ya Allah, suara Takbir Idul Adha pada pagi ini (Idul Adha, 2006)! Inilah hari raya pertama tanpa keluarga, tanpa saudara, tanpa kawan-kawan, riuh adik-adik dan tanpa kuih, ketupat, hatta makanan yang terhidang. Idul adha saya pada usia 24 tahun adalah melihat wajah sendiri yang ditumbuhi radiasi kulit kesan kesejukan yang melampau (buat manusia Melayu yang jakun ini.)

dscn1603.JPG

Canda pagi Idul Adha dengan Hammudeh.

Stokin tebal berlapis di kaki, saya buka perlahan-lahan. Aduh peritnya kulit dan tulang disentuh pawana pagi di takah negative celcius. Namun, hati tidak kejam membiarkan alunan takbir yang luar biasa merayu-rayu meraikan kemenangan di tikar solat. Bangunlah Ukhti Ummu Hani, Ukhti Hidayah dan Ukhti Haniah, lambat-lambat ke bilik air. Hamam kami itu hanya dipisahkan pintu kecil dan dinding kayu nipis dengan dapur (matbakh). Di situ, ada ketikanya sedang memasak, terdengar juga suara dalam bilik air orang menjerit kena air (saya la tu). Air seperti pisau yang tajam, menusuk!



Kak Haniah mencadangkan pagi Idul Adha ini kami raikan cara Melayu, berbaju kurung, berjalan ke Jamik untuk bersolat kemudian menziarahi teman-teman Arab dan Melayu termasuk rumah Paksu, Pegawai Kedutaan Malaysia di Mazzeh. Rupanya, yang kami tuju hanyalah pusat internet dan telefon ekoran solat Sunat Idul Adha telahpun berlalu lama..
Selepas menangis di corong telefon, bertanya khabar keluarga di tanah, kami bergerak dalam sejuk yang masih tebal walaupun matahari berjalan ke tempat paling atas. Suasana jalanraya lengang, di sudut tertentu kawasan pasar, ammu-ammu sedang memotong daging khoruf (kambing biri-biri) disedekahkan kepada para pejalan kaki. Dia menawarkan kepada kami bahagian peha tetapi segera ditolak Kak Haniah yang menurutnya kami tiada alatan ‘menghalau’ bau khoruf yang kuat berbanding kambing biasa.

dscn1511.JPG

Pagi raya di rumah Maksu (isteri Paksu Sobri) bersama Alisya dan Bani. warga kedutaan Malaysia.

dscn1535.JPG

Sempat menyapa pemuda2 Syria di tepi jalan. Kullu am wa antum bikhair!

Kami merancang mengunjungi rumah Abu Hassan (ayah kepada anak lelaki bernama Hassan) dan Ummu Hassan. Isteri Abu Hassan adalah guru al-Quran saya. Rumah mereka terletak di salah satu lorong di kawasan Pasar Jumaat, meninggi ke Jabal Arba’ien. Saya tidak mampu mengeluarkan suara lebih daripada menjawab soalan secara ringkas. Cuaca terlalu sejuk, banyak bercakap membuatkan bibir bertambah kering. Sebahagian muka juga ditutup mafla.

Kami berjalan, lorong sempit itu telah berubah wajah 360 darjah. Sepi, lengang, tenang dan hanya suara kullu am wa antum bikhair kedengaran dari mulut yang saling menyapa. Ketika itulah sosok seorang ‘ustaz’ popular kami nampak langsung merapati sang ustaz bersama tiga cahaya hatinya. Dialah Azmil Mustafa, bekas pelakon popular dekad 80-an dan 90-an terutama filemnya Ali Setan. Kami mengambil peluang bergambar dengan Ustaz Azmil dan anak-anaknya.
bergambar-bersama-pelakon-azmil-mustafa-dan-keluarganya-yang-kini-tingal-di-damsyik.JPG

Bersama Azmil Mustafa dan anak-anaknya di Suuq Jumaat, Damsyik.

“Saya belajar bahasa Arab di Jameah Damsyik. Anak –anak juga belajar di sini,” jelasnya.
“Sampai bila ustaz di sini?” Tanya saya.
“Lama insya Allah,” jawabnya.

Ustaz membawa anak-anak berjumpa seorang Syeikh. Kami menuju destinasi perancangan; rumah Abu Hassan.

Di sambut begitu sederhana kerana keluarga Arab ini baru bangun dari tidur (kebiasaan Arab tidur selepas Subuh), Mereka terutama Ummu Hassan begitupun mahu melayan kami dengan baik. (Alangkah berbeza di Malaysia, sejak azan Subuh kita sudah bersiap mandi, bertakbir bersama-sama kemudian saling menziarahi selepas Solat Sunat Idul Adha). Satu-satu makanan di keluarkan: Khubuz, batotoh, laham, minyak zaitun, salad dan mayonis, selainnya, buah-buah musim sejuk, epal dan limau.

Sementara menunggu Safa dan Marwa (anak-anak perempuan Abu Hassan yang sebaya kami) bersiap, Abu Hassan duduk melayan celoteh kami dengan bahasa Arab fushah yang baik. Kala itu, saya masih jakun bercakap Arab. Hanya mata terkial memerhati Kak Hidayah dan Kak Haniah berbicara lancar dengan jurutera (muhandis) itu.

Abu Hassan kemudian memuji sifat-sifat Islam terutamanya ukhwah. Rasa ukhwah telah mengikat jiwa yang pelbagai rupa paras, warna kulit, ras budaya, malar sikap dan bahasa. Ukhwah menyatukan seluruh cinta kepada ALLAH DAN RASULULLAH SAW. SUBHANALLAH, nikmat ukhwah yang luar biasa lazat.
Kemudian Abu Hassan mengajak kami bernasyid:

Ad-Dinu lana wal haqqu lana
Wal ad’lu lana wal kullu lana
Adhal Islamu lana dina
Wa jami’il kauni lana watona

dscn1454.JPG

Kak Hidayah bersama ibu Anisah Muna. Nenek Ahlen!

Indahnya kenangan Idul Adha yang lepas. Wahai Damsyik, wahai warga-warga Jaddat Salamiyeh, wahai warga Baromkeh, wahai warga Suuq Jumaat, wahai tetamu Allah di Abu Nour, wahai penduduk Syeikh Khalid dan Jabal Ar’baien..SAYA RINDU AKAN KALIAN!

dscn1548.JPG

Apabila petang menjelang,ibubapa Arab akan membawa anak-anak mereka bermain ala-ala ‘fun-fair’.

SALAM IDUL ADHA BUAT PENGUNJUNG BUDIMAN.
KULLU AM WA ANTUM BIKHAIR.

5 Responses to Idul Adha fi Marhalah Rindu Damsyik

  1. maryamnour says:

    Eid Mubrak, Ummu. Kullu ‘am Wanti bikhair. Sukarkan menghalau banjir rindu pada Suriah. Terasa mahu marah pada Ummu yang membangkitkan kerinduan yang cuba-cuba dihalau. Apapun, selamat menghayati erti pengorbanan.

  2. Ummu Hani says:

    ummu sangat rindukan Damsyik Kak Sit!

  3. Mohd Nizam says:

    Saya bercadang utk ke Syria bulan Disember ini. Mohon bantuan Ummi Hani kiranya dapat beri nombor telefon Ustaz Azmil Mustafa.

    InsyaAllah, bantuan Ummi Hani akan memberi barakah kpd Ustaz Azmil Mustafa & juga lain2 peserta umrah Syria pada bulan Disember ini.

    Sekian, terima kasih.

    Mohd Nizam Mohd Yatim
    013-3589211

  4. Fatihah Safie says:

    Salam,

    Saya berhasrat utk belajar bahasa arab di Syria & sedang mengintai2 peluang sekiranya ada utk saya belajar di sana. Mohon pandangan saudari. Terima kasih.

    22.11.2010

  5. Ummu Hani says:

    Salam kepada Fatihah dan Nizam, seeolaknya jika anda berminat nak ke syria, layari laman web persatuan pelajar malaysia Syria (PPMS), cari di google. Di sana terdapat maklumat siapa yang patut kalian hubungi untuk cari tempat belajar di Syria. atau nak minta bantuan peribadi (adik kak ummu) boleh emel akak di senyum_sokmo2@yahoo.com. akak jawab di sana.

    salam ukhwah

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com