Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

December, 2008

Friday, December 5th, 2008

Senyuman Sang Syahid!

syahid.jpg

Monday, December 1st, 2008

Teringatkan Kawan-kawan di Seberang..


“Kami berbesar hati menerima kunjungan tetamu agung dari Malaysia, novelis Ummu Hani Abu Hassan dan rombongan. Semoga dimanfaati wisata ini,” itulah antara yang disebutkan para asatizah dan dosen (pensyarah) yang menyambut ketibaan kami. Serasa kecil diri apabila kedatangan disambut penuh hormat dan meriah. Langkah pertama di Pondok Modern Darulsalam Gontor Puteri 1 menjadi kenangan yang sukar dikikis. Sepanduk-sepanduk merentangi bangunan asrama dan sekolah; mempromosikan kehadiran kami narasumber dari Malaysia. Malahnya, kehadiran para peserta lebih 500 orang cukup membumbui fikiran saya supaya memberikan yang terbaik buat mereka. Dua malam di Gontor Putri, rombongan kami dilayan sesantunnya. Baik dari para santriwatinya, ustaz dan ustazah, Drs Saifullah dan isterinya, Dr Munifah.

 

Ustaz Maaruf dengan MPV Toyotanya membawa kami ke daerah Ponorogo, kawasan Pesantren Gontor Putra. Ketika itu, jingga Magrib sedang merangsang langit. Para santri lekas meninggalkan tugasan dan bergegas ke musolla. Usia mereka rata-ratanya 12-18 tahun. Wajah jernih dan penuh yakin tergambar pada senyuman mereka. Bahkan, adik-adik ini tidak bertutur selain dalam bahasa Arab dan Inggeris. Menurut Drs Saifullah yang juga alumni Gontor Putra, pengasas pesantren ini, Allahyarham K.H Imam Zarkasyi, sebaik pesantren ini dibuka pada tahun 1926 telah menetapkan undang-undang bahawa semua yang mahu menimba ilmu di Gontor perlu meninggalkan bahasa kedaerahannya. Tiada Jawa, tiada Sunda, tiada Minang, semuanya adalah Melayu Islam! 

 

Jiwa tersentuh dengan lirikan sistem pengajian agama bersemikan ekonomi Islam. Wujudnya 14 cawangan Pondok Modern Gontor di seluruh Indonesia adalah hasil pengurusan harta wakaf yang efektif dan strategis. Di Malaysia, saya tidak pernah berhadapan dengan sekolah menengah agama (pondok) yang mempunyai semua cabang ekonomi, bukan sahaja sekolah dan asrama, tetapi kilang pakaian, kilang minuman dan makanan, supermarket, kilang percetakan dan penerbitan, kedai buku, restoran bahkan stesen televisyen dan radio. Para pelajar menerima didikan mandiri supaya apabila berhijrah ke dunia masyarakat, mereka menjadi ‘bos’ bukan ‘pekerja’. Inilah yang terjernih pada mata para pelajar Pesantren Gontor; dinamis, yakin, berani dan berakhlak mulia. Continue reading Teringatkan Kawan-kawan di Seberang..

Monday, December 1st, 2008

Hakikat Bangsa Kita..


 

Terik matari tidak begitu hangat dalam hembusan air-cond kereta, walaupun  di luar, cahayanya mengalirkan peluh sang pejalan kaki. Jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Kerana tersalah membelok kereta, saya terpaksa berpusing beberapa kali di jalan yang sama, mengharungi kesesakan lalu-lintas dan audio ‘hon’ kenderaan. Jika tidak kerana mereka, tidaklah saya ‘menjengah’ ibukota Kuala Lumpur yang tidak pernah berhenti nafas kesibukannya.

 

Sang teman yang manis bak gula menunggu di pinggir jalan masuk ke Lorong Haji Taib. Dia berbusana Muslimah kemerahan, melambai supaya saya berjalan cepat. Kami telah kelewatan hampir setengah jam. Saya mengekori langkahan sang teman yang bertugas sebagai guru agama sambilan di rumah yang bakal kami kunjungi ini. “Anti jangan terkejut ya. Di sana kita akan jumpa ‘orang-orang sakit’,” katanya.  Kami melewati bangunan kedai yang kebanyakan penyewanya berbangsa Tionghua, barang-barang jualan borong digantung berselerak. Simen lantai bertompokkan ludah dan air hujan, lembap dengan bau yang kurang menyenangkan.

 

Suara girang seorang wanita menyambut ketibaan kami berdua. “Sampai pun ustazah, mereka semua dah tunggu tu,” kata Puan Arfidah bt Ab Latif, penyelia Rumah Sinar Salam. Sang teman memperkenalkan saya pada Puan Arfidah yang mesra dipanggil Kak Fidah. Tanpa penjelasan panjang, Puan Arfidah membenarkan saya mengutip pengalaman baru di situ, bahan-bahannya boleh dikongsikan dengan masyarakat. Saya mundar-mandir, keliru memulakan bicara. Wajah-wajah wanita tua, remaja, kanak-kanak dan tiga orang bayi memenuhi sebuah bilik. Mereka semuanya mempunyai kisah hidup yang jerih dan ternoda. Sambil membariskan senyuman, saya duduk dalam bulatan mereka yang kala itu mendendangkan nasyid beramai-ramai. Tidak kurang yang merenung saya penuh kehairanan. Continue reading Hakikat Bangsa Kita..

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com