Beberapa orang teman dan kenalan menyuarakan hasrat mereka mahu belajar menulis. Secara khususnya, tidak pula dinyatakan mahu belajar menulis genre apa. Berangkali, genre yang paling senang: menulis ABC..heheheee.
Saya bukan guru penulisan dan ahli benar dalam bidang ini. Saya cuma berpengalaman menulis sejak dari sekolah rendah kemudian minat itu saya teruskan hingga ke sekolah menengah dan universiti. Kini, setelah 15 tahun berlalu, Alhamdulillah saya masih terus diberi kekuatan oleh Allah untuk bercinta dengan bidang ini khususnya penulisan kreatif. Saya ingin bertanya kepada saudara pembaca yang mahu belajar menulis, seperti juga memandu kereta, jika anda sudah lebih 15 tahun memandu kereta (secara berlesen atau tidak), tentunya anda tidak ‘mati kutu’ bila dihon kereta lain, pastinya juga anda memandu dengan laju dan berasa hero di jalanraya. Betulkan?
Ha..begitulah juga bidang-bidang lain pun. 15 tahun menjadi pakar sakit puan, atau tukang masak, anda akan lazim dengan tugas anda, walaupun sekali dua gagal, orang tetap mempercayai anda. Penulisan, jika setahun anda istiqomah, menulis dengan tekun, belajar tanpa jemu dikritik, menulis dan terus melatih diri, insya Allah, karya anda pasti lahir. Nah, bila sudah menyiapkan sebuah puisi misalnya, anda sudah berjaya jadi penulis. Mudahkan?
Hehe..tentu ada yang memarahi saya, “Cakap memanglah mudah..”. Ok, senyumkan semula wajah itu. Saya memulai penulisan dengan ..(jangan lupa catat nota ini khusus buat Muni dan Farah Lea)
1. Pergi beli sebuah buku catatan. Saiznya terpulang
2. Mulakan catatan peristiwa hidup anda yang berlaku pada hari anda membeli buku catatan tersebut.
3. Catat dengan menamakan anda sebagai watak utama (aku) dalam kisah pada hari itu.
4. Luahkah segala yang ada rasa dengan penggunaan bahasa Melayu yang baik. Bukan macam ni.. ri ni aku rase tak best rr..tetibe je kawan aku ngumpat aku plak..bla..blaa.. Penggunaan bahasa seperti itu akan melingkupkan impian anda menjadi penulis..huhu.
5. Sebelum tidur, pastikan kejadian atau perkara yang anda lewati hari itu dicatat. Baca semula catatan tersebut bila anda bangun tidur pada keesokan harinya.
6. Kalau anda malu, tak suruh pun anda tayang catatan anda pada orang lain. Simpanlah sendiri. Anggap sebagai latihan.
7. Ok, latihan menulis ini anda teruskan untuk tempoh sebulan dahulu.
8. Jangan lupa, sebagai orang Islam yang tak minat menulis pun, anda kena rajin membaca buku. Ya, apa sahaja jenis buku.
9. Kalau anda suka nak menjadi penulis kreatif, adalah WAJIB anda menelaah karya2 sastera yang berkualiti. Kalau anda tanya saya, saya menyarankan anda membaca karya A. Samad Di Hadapan Pulau dan buku Faisal Tehrani Detektif Indigo. Tapi..anda sendirilah pilih buku yang anda suka baca. Saya percaya, anda mumayyiz dalam hal perihal memilih ‘makanan’ otak yang berkualiti buat anda sendiri.
Anda juga boleh mendapatkan panduan menulis peringkat permulaan dari buku Karya Nan Indah karya Ustaz penulisan saya.
Setakat itu dahulu yang boleh saya kongsikan untuk pelajaran pertama. Jika anak murid ada yang mahu mencuba, ahlan. Jika anda sudah diperingkat lebih tinggi. Tunggulah di pelajaran berikutnya, insya Allah.
















