Itulah yang dibalas oleh tentera pengawal Israel kepada rata-rata wartawan dunia yang mahu membuat liputan di Wilayah Tebing Gaza. Pengarah Pejabat Media Israel, Danny Seaman menyebutkan wartawan luar sebagai ‘terlalu manja’. Israel dengan sifat bongkaknya enggan bekerjasama dengan pihak media asing yang menurutnya ‘berat sebelah’ dalam melaporkan berita kepada dunia.
“Kami rakyat Israel menghadapi kesengsaraan sejak lama, tetapi mengapa anda (media asing) hanya menumpukan kepada penderitaan rakyat Palestin semata-mata?” ujar Seaman seperti yang dilaporkan oleh AFP.
Kita pasti berasa mual dengan kenyataan Seaman itu. Sebagai bangsa gelandangan yang hidup tidak beriktiraf di tanah orang, serta membuat kucar-kacir, Israel yang diproksi Zionis dan Amerika Syarikat tidak pernah berasa bersalah. Setelah enam puluh tahun merampas hak pendudukan negara Palestin (1948) apabila AS menghadiahkan kewujudan negara bernama Israel. Mereka memperluaskan agenda berserta strategi untuk menubuhkan sebuah wilayah atau republik yang lebih besar; Israel Raya. Laporan pengarang Utusan Melayu mengatakan, cita-cita Israel Raya ini melibatkan perluasaan wilayah merangkumi negara Iran dan Iraq. Bahkan seluruh yang bernama Israelian ini bersetuju dan menghalalkan apa sahaja cara untuk mencapai wawasan Israel Raya.
Inilah yang ditakuti penduduk Islam seluruh dunia. Sejarah mencoretkan bahawa bangsa Yahudi ini dikurniakan kelebihan pengetahuan, fizikal dan keturunan (para nabi) berbanding bangsa-bangsa lain. Mereka tidak pernah mahu ‘tunduk’ pada kenyataan bahawa nabi akhir zaman adalah berketurunan Arab. Kelahiran Nabi Muhammad SAW telah dipadamkan dari Injil dan Taurat mereka. Mereka hanya percaya pada agama Yahudi. Oleh itu, bagi mereka menghapuskan keturunan orang Islam khususnya bangsa arab sama ada kanak-kanak, remaja, wanita atau sesiapa pun, ia adalah perbuatan ‘halal’.









