“Kalau sekiranya YB Karpal Singh di Parlimen semalam memberi gelaran celaka kepada Pemuda, dalam isu PPSMI, YB (Datuk Seri) Abdul Hadi telah menyatakan (mereka) yang menyokong dasar ini, juga celaka.
“Kalau disasarkan (celaka itu) kepada saya, saya boleh terima, asam garam dalam arena politik. Tetapi ramai di luar sana orang biasa yang menyokong dasar ini.
“Apakah mereka juga dicelakakan?” soal Hishamuddin. – sumber Malaysiakini
Yang sebenarnya Datuk Seri, golongan aristokrat Datuk Seri termasuk x Perdana Menteri sebelum Pak Lah dululah yang ’takut’ sangat dengan Bahasa Melayu. Ataukah Dalam perbualan golongan aristokrat kalian selalu bercakap dalam bahasa Inggeris lalu ia menjadi kemegahan untuk diikuti seluruh rakyat Malaysia?
Orang yang celaka adalah orang yang ‘berdolak-dalik’ dengan bahasa ibundanya sendiri. Sudahlah celaka, lupa daratan dan talam dua muka pula.
Betul apa yang Dato’ Dr Anwar Ridhwan katakan; Kementerian Pelajaran telah memperkosa akta pendidikannya sendiri dan merogol Perlembagaan Persekutuan.






