Ada beberapa orang telah TAG saya, yang pertamanya abang Nazmi aka Kawat, kemudian teman baik saya, Cik Faiz yang manis disusuli pula Cik Mas yang jelita. Sudah 3 orang TAG, maka saya perlu menyahut cabaran ini (sesuai dengan keadaan masa di rumah sekarang)
Pertama : Copy badge “2008 cute’s 3logger Award” di atas untuk diletakkn di blog anda
Kedua: Link dan ceritakan kembali siapa yang memberi award ini kpd anda.
Cik Faiz yang sukakan kanak-kanak
FAIZ- Teman baik dan kawan bergaduh, kadang2 jadi kekasih pun ada bila pembeli LHM tersalah sangka yang Faiz (watak utama selepas Mustika) ni lelaki. Yang sebenarnya, Faiz banyak menemani ummu ke majlis2 sastera antaranya ke rumah PENA (3 kali kan Faiz?) dan pengkritik karya ummu. Dengan Faiz, ummu senang sangat kerana sikapnya yang prihatin dan mengambil berat apa yang kita ceritakan. Dia juga jenis tenang dan ‘cool’ walaupun ada masalah. Tapi paling takut kalau dia ada terasa hati dengan ummu, rasanya tak kenyang kalau makan. Jika Faiz sibuk, agak sunyilah hati ummu sebab selalu tak dapat berkongsi cerita, Faiz tidur di makmalnya berhari-hari. Secara berhadapan, tak jelas sangat perasaan sayang tu pada dia, kerap juga berbalah. Tapi dalam hati, dah anggap dia macam adik-beradik je. Ummu selalu makan hati sebab Faiz ni agak pedas kata-katanya (direct to the point) tapi ummu pun sedar, ummu lebih ‘lazer’ dari faiz..hahahaa. Apapun, dia memang teman yang baik buat cik Ummu umpama matahari yang memancarkan.
Mas yang selalu dekati anak-anak Orang Asli ASDAF
MAS- Jodoh mempertemukan kami buat kali keduanya untuk tinggal serumah sewa. Sebelum tu kami adalah teman seperjuangan untuk Team Fasilitator Rebutia ketika Mas menuntut di UIAM dan Ummu di APIUM. Mas, teman paling manis dan cantik pernah ummu jumpa. Kecantikannya lebih terserlah dengan akhlak dan hatinya yang baik. Dia sempoi dan poyo saja sebab tu tak mahu puji2 dia di depan. Nanti kena marah, heee. Punyai karisma dan dedikasi yang tinggi dalam satu2 pekerjaan yang dilakukan. Seorang yang mudah mesra dan menghargai kawan-kawan. Mungkin kerana darah jawa Johor yang pekat, Mas punya kerajinan dan cekap buat kerja2 dalam rumah. Berkat asuhan bapanya seorang imam dan ibunya seorang isteri solehah, Mas mewarisi kecerdikan kakak dan abang2nya yang berjaya.
Sebelum terlupa, Faiz atau Mas masih single (bujang) dan sedang meneliti calon suami terbaik untuk hidup mereka masing2 (bukan berkongsi)
Ketiga: Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta /hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag).
1. Saya seorang rendah diri dan rendah tubuh badan.
2. Sedang bekerja sebagai penulis, tapi masih merasakan tak sungguh2 dalam pekerjaan baik menulis kreatif, berita, rencana dan tesis!
3. Suka mengembara. Setakat ni dah sampai ke Mekah, Madinah, Dhaka Bangladesh, Damsyik Syria, Jordan, Myanmar, Bangkok, Solo, Yogyakarta, Singapura, Pattani, Medan dan tak lama lagi akan ke Jakarta (4 Mac ni, insya Allah). Berimpian dapat menunaikan haji dalam usia yang muda, amin.
4. Belum bertemu jodoh dan selalu mendoakan terbaik untuk diri sendiri. Kekuatan diraih selepas menangis puas2 dengan Allah!
5. Ada anak aka harta iaitu 4 buah novel, +40 buah cerpen, 2 skrip drama tv dan +10 puisi
6. Lebih banyak buku2 daripada baju
7. Suka berkawan dengan orang yang lebih tua terutama mereka yang kaya pengalaman dan ilmu
8. Belum puas dengan pencapaian diri terutama dalam istiqomah untuk jadi wanita solehah
9. Pernah belajar bahasa Arab dan al-Quran di Syria, tapi tak pandai2 lagi dan bercita2 nak pergi duduk lama2 di Damsyik. Amin
10. Anak manja abah yang tak boleh kena marah. Kalau abah yang marah atau menegur, mesti la mengalir air mata. Kalau orang lain, tak pa pulak.
Ke Empat : Pilih 7 penerima award seterusnya dan nyatakan di blog anda.







Uiks, betul ke statement nombor 4 tu, belum berpunya..???konfius2…
belum bertemu jodoh tu maksudnya tak kahwin lagi. Walaupun dah berpunya kalau tak ada sebarang ikatan maknanya bukan jodoh kita lagi. Moga Allah mudahkan segala urusan, amin.
terima kasih…. TAG nama hambe.. -:)