Archive for March, 2009
Alhamdulillah wa syukurillah, Bersyukur padaMu ya Allah.
Akan ‘berkeletah’ di Pesta Buku April ini (maklumat lanjut)
Kongsikan :
Kita Belajar dan Dipelajari
Buat apa terlalu membaca sejarah negara lain sedangkan sejarah Malaysia sendiri pun masih berbirat tidak di ingatan? Itu pertanyaan pada diri sendiri ketika mahu menulis entri kali ini. Di sapa angin petang (dari kipas di atas kepala dan lorong tingkap di belakang saya), menggemburkan rasa kerinduan kepada pengalaman-pengalaman hidup. Sewaktu hidup merantau [...]
Adik Nik Madihah dan keluarga yang dipayungi keberkatan Allah.
Bolehkah saya atau kamu hidup dalam sebuah rumah yang telah rosak? Bumbungnya tinggal separuh, sebahagian besar telah tercabut dek ribut. Lantai simen dimakan kulat dan berair kerana nipisnya berkembar tanah yang mendap. Dinding kayu pula, akibat terlalu berlawan dengan hujan dan panas, tampak uzur, berlubang di sana-sini [...]
Nak pilih calon isteri, calon suami, calon mak dan bapak mentua atau calon pemimpin..
Ini kata-kata Ahmad Amin, Sarjana Mesir:”Jika engkau memilih seseorang kerana figur (susuk tubuhnya), maka pandanganmu adalah pandangan kanak-kanak.”
Pilihan yang tepat adalah memilih manusia yang berprinsip : Isy’ kareeman au mut syahidan! (Hidup mulia atau mati syahid).
Inilah yang buat saya tak nyenyak tidur [...]
Setelah Pakcik Taib, jiran kami mengadukan kepada ayah yang abang sulung kami, Abang Tam ‘mencuri’ duit dari tabung Madrasah U, ayah tidaklah begitu marah. Selaku pengerusi Madrasah U, ayah cuma ‘melucutkan’ jawatan Abang Tam sebagai bilal. Ayah tidak pula menyuruh Abang Tam menggantikan balik duit tabung Madrasah U, ayah kata “Tam, kau pergilah duduk di [...]
‘Saya hanya mahu menyebarkan kebesaran Allah dengan merakam peristiwa Tsunami. Ya Allah, kalau aku mati pun kau selamatkanlah rakaman ini dan sebarkanlah seluruh dunia- kata Cut Putri. Dengan kamera inilah dia merakam secara langsung detik cemas Tsunami 2004 di Banda Aceh.
Ketika saya menulis catatan ini, di sekitar saya seorang putri yang namanya adalah Cut Panglima [...]
Inilah Rombongan kami yang ramai. (lima dan enam dari kiri adalah Pak Imam Mujahid dan Ustaz Sugeng yang sangat berusaha dengan kedatangan kami). Shh..aku seorang yang ‘bujang’ dalam gambar, mudahan mendapat keberkatan mereka yang lain, amin.
Ada yang menerka tujuan aku ke Republik Indonesia tempoh hari ada kaitan dengan menjejak ’syarikah hayati’..masya Allah, anda silap sama [...]
Masjid Agung Al-Azhar Indonesia
“Kita akan bersolat di sini kemudian bolehlah lihat-lihat Universiti tempat saya bekerja, Universiti al-Azhar Indonesia,” kata Pakcik Saifullah. Kami baru sahaja makan di Rumah Makan Cahaya Bringin Jaya yang berhadapan dengan Masjid Istiqlal, kemudian bergambar di depan Monumen Negara aka MONAS. “Apa yang ummu inginkan dari Jakarta sependek satu hari?” “Buku..,” jawabku. [...]
Dakwah Dalam Pesawat
Barang yang dibawa tidaklah banyak tetapi yang memberatkanya ialah buah tangan untuk teman-teman di Jakarta dan Solo iaitu Majalah Anis dan buku-buku saya sendiri. Terima kasih kepada Cik Juwairiah Hasan aka Kak Ju kerana meminjamkan beg galas belakang (yang pernah dibawanya ke Sepanyol dan Turki dalam rangka kerjanya sebagai wartawan rancangan Dokumentari Syahadah [...]
Beberapa minggu lagi, bakal bergelar ‘maklong’ lah saya ini. Berdebar juga nak timang anak saudara sendiri. Di sebalik debaran itu, muncul debaran baru yang mana saya sendiri melahirkan ‘anak ketiga’. Entah apalah persepsi masyarakat pada anak saya, harapnya diberkati Allah dan bermanfaat pada ummah. Ini saya hadiahkan pada anda. Insya Allah, hujung bulan Mac ini [...]
























Recent Comments