‘Saya hanya mahu menyebarkan kebesaran Allah dengan merakam peristiwa Tsunami. Ya Allah, kalau aku mati pun kau selamatkanlah rakaman ini dan sebarkanlah seluruh dunia- kata Cut Putri. Dengan kamera inilah dia merakam secara langsung detik cemas Tsunami 2004 di Banda Aceh.
Ketika saya menulis catatan ini, di sekitar saya seorang putri yang namanya adalah Cut Panglima Putri. Sosok anggun dari negara Indonesia yang telah memberi manfaat kepada kita yang hidup ketika peristiwa Tsunami 2004. Dialah perakam peristiwa Tsunami yang kemudian hasil rakamannya itu telah disebar-luaskan ke seluruh dunia.
Allah telah menghadirkan Cut Putri ke Galeri Ilmu untuk memberi tausiyah khususnya kepada seorang Ummu Hani yang kaya dengan dosa. Kebetulan, saya dipertanggungjawabkan untuk menemubual gadis yang baru hari ini kukenal hati budi, raut wajah, kelebihan dan semangatnya.
Tujuannya datang ke Malaysia adalah untuk menyedarkan umat Islam agar ‘mahabbah’ dengan al-Quran.
“Setelah beberapa hari berlakunya Tsunami, saya pulang lagi ke Banda Aceh untuk mencari saudara dan sahabat yang hanyut dibawa ombak besar. Ternyata seluruh dunia memberi perhatian kepada Aceh dengan saluran bantuan yang masya Allah..luar biasa. Kalau mahu makan, makanannya banyak disumbangkan, kalau mahu pakaian, pakaian juga ada disedekahkah, malah kalau mahu sembahyang, kain telekung juga banyak disediakan, semuanya pemberian negara luar termasuk Malaysia. Namun, apa yang menyedihkan saya ialah, ketika saya pergi ke masjid-masjid untuk membaca al-Quran, ternyata al-Quran tidak ada. Ya, di mana-mana al-Quran sudah dibawa arus Tsunami yang dahsyat. Malangnya, tidak ada satu negara Islampun yang datang memberikan bantuan al-Quran. Sedangkan, dalam keadaan gawat begitu, al-Quranlah yang paling penting meneguhkan jiwa kami, para korban Tsunami,” kata gadis yang telah menubuhkan Gerakan Mahabbah al-Quran pada tahun 2007. Tujuannya adalah mengumpulkan sebanyak mungkin pewakafan al-Quran untuk diberikan kepada seluruh rakyat di dunia terutama di negara-negara yang ditimpa bencana termasuklah di Palestin.
Hari ini juga, Cut Putri telah menyedarkan saya dan ramai orang bahawa, al-Quranlah makanan jiwa paling penting untuk disedekahkan kepada sesama Muslim selain bantuan kewangan dan material lain. Bahkan, menurutnya, kita jarang bertanyakan sesama saudara Muslim (yang dijumpai) termasuk jiran apakah mereka mempunyai al-Quran atau tidak. Tidak ada salahnya kita memberikan hadiah al-Quran walau yang sudah digunakan. Jika kita mempunyai 3 al-Quran misalnya, hadiahkanlah dua daripadanya kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Dari hadiah al-Quran, akan wujud jaringan persaudaraan seterusnya melestarikan akhlak al-Quran sesama Muslim.
Cut Putri tidak datang untuk meminta al-Quran. Tetapi datang untuk menyerukan (dakwah) agar budaya mewakafkan al-Quran rancak seantero dunia.
Banyak yang saya pelajari dari gadis cantik ini terutama akhlak dan budi bahasanya. Dia juga tidak mahu menghebahkan tentang dirinya melainkan pengalamannya berhadapan peristiwa Tsunami sehingga dirinya menghargai setiap saat umur yang diberikan oleh Allah kepadanya. Gadis ini lebih muda dari saya tetapi jiwa dan perjuangannya jauh meninggalkan saya yang masih memperhitungkan kelalaian setiap hari.
Ikuti kisah-kisah pedoman Cut Putri dalam Majalah Anis akan datang, insya Allah.
Bagi sesiapa yang ingin menjemput Cut Putri atau bergabung dengannya memperjuangkan Mahabbah al-Quran silalah menghantar emel ke cutpanglima@yahoo.com atau gema_alquran@yahoo.co.id.







kat umah saya ada dua siri AlQuran yang berjilid2. banyak jilid sbb siap dengan terjemahan dan tafsir dan huraian, yang satunya dikumpulkan drpd kelas alQuran di radio Sinagapura. tapi seingat saya, sepanjang 2008, tidak sekali pun saya buka kitab. MasyaAllah. entry ini menimbulkan rasa yang macam2 dlm diri. terima kasih ummuhani.
Salamualaikum wbt ummuhani dan kaum kerabat Anis
Saya ucapkan terimakasih kepada anda semua kerana memperkenalkan cut puteri..
Saya bercadang ingin membawa beliau ke shah alam melalui talkshow di PKNS Shah Alam..terbuka dan percuma kepada masyarakat Shah Alam.
Pasti ramai ingin mendengar tausiyah daripada beliau berkenaan al quran..
Sebelum ini saya mengadakan kem Generasi Sayang Al-Quran SAQURA dengan ustaz Zamri Zalnudin dan kami hanya buat bengkel tajwid al fatihah sahaja ..kedatangan MAsya-Allah ramai dan penuh.Tak muat masjid..
Ini bermakna masyarakat kita dahagakan ilmu berkenaan al Quran..
Saya berharap puan dapat berikan no telefon beliau kepada saya di 016-9121381
Saya harap Cut Puteri masih ada di Malaysia ketika ini.
assalamu’alaikum wr.wb
salam silaturahmi
subhanallah, kami boarding of arafah bogor, mohon bila ada majalah atau info lainnya kami mohon dikabarkan bagi putri-putri yang ada di pondok kami, tks ya
subhanallah bidadari itu bernama cut putri…….
sekian lama menanti tak kunjung kembali dan kini kusadari bidadari itu telah dimiliki…….. subhanallah…..