Kita Belajar dan Dipelajari
Buat apa terlalu membaca sejarah negara lain sedangkan sejarah Malaysia sendiri pun masih berbirat tidak di ingatan? Itu pertanyaan pada diri sendiri ketika mahu menulis entri kali ini. Di sapa angin petang (dari kipas di atas kepala dan lorong tingkap di belakang saya), menggemburkan rasa kerinduan kepada pengalaman-pengalaman hidup. Sewaktu hidup merantau di Damsyik selama tiga bulan (Dis 2006- Mac 2007), saya bertuah menjadi seorang ‘Maliziyeh’ (orang Malaysia). Kata ramai muslimat
Suriyeh’(Syria), “Anti Maliziyeh? Masya Allah, Maliziyeh Jamilah wa akhlaqukum jayyidah. Malizia biladil Islam wa biladil agniya’” maksudnya- Kamu orang Malaysia? Masya Allah, Orang Malaysia cantik dan akhlak mereka juga baik. Malaysia negara Islam dan negara orang-orang kaya.”
Kata-kata itu mungkin terlalu bombastik di pendengaran orang seperti saya yang selalu ‘tidak puas hati’ dengan pemerintah negara sekarang, terutama pada ayat ‘Malaysia negara Islam’. Tetapi, kerana rasa ‘muru’ah’ dan watoniah (cintakan negara), saya mengucap tahmid Alhamdulillah. Di pandangan masyarakat luar terutama negara blok Timur dan Asia, Malaysia dianggap ‘big personallity’ terutama pada dekad 90-an. Negara kita yang keluasaannya adalah seperti sebuah pulau ‘Jawa’ di Indonesia (Indonesia memiliki kira-kira 17000 buah pulau) dengan kapasiti penduduk yang kecil, sudah mampu ‘memcengangkan’ dunia. Saya bangga sekali berkata kepada guru al-Quran saya di Syria, “Hazihi sayyarah sona’at min Malaysia,” maksudnya lebih kurang- Kereta ini buatan Malaysia’ ketika kereta Proton Waja, Proton Wira dan juga Kelisa banyak menjalar di jalanraya Damsyik. Sedang Syria, sebuah negara Republik Sosialis yang berkembar dengan Jordan, Turki, Iraq dan Palestin, belum mampu mengeluarkan produk automobilnya sendiri. Di tika kegawatan ekonomi dunia seperti sekarang ini, Arab Saudi turut mengajak Malaysia berganding bahu mengatasinya. Banyak negara mahu belajar dari Malaysia (termasuk Indonesia) pengalamannya berhadapan kemelut ekonomi pada tahun 1998 lepas.
Murah. Buku bagus dengan harga RM3- diambil pada 8 Mac 2009
Indonesia kini telah menanggalkan pakaian ‘keabangannya’ (yang dulunya berjenama big brother di kalangan negara ASEAN) lalu diberikan kepada adik ‘kecilnya’ Malaysia. Ia satu hakikat walaupun amat memalukan namun terpaksa diakui oleh rakyat Indonesia. Malaysia yang sedikit terlambat mencapai kemerdekaan negara (13 tahun terlewat) daripada Indonesia (17 Ogos 1945) meminjam ‘keberanian’ Indonesia ketika menentang penjajahan. Kencang keislaman yang bertiup di pulau-pulau Indonesia terutama Aceh telah meresapi ke bahagian Kepulauan Tanah Melayu. Ramai ulama dari Indonesia datang ke Malaysia mengajarkan agama Islam dan membumikannya di sini. Tokoh-tokoh sasterawan kita seperti Allahyarham Arena Wati dan Keris Mas, belajar dari sasterawan Indonesia. Karya Hamka menjadi ulitan anak-anak muda Tanah Melayu (sehingga kini). Tokoh politik kita juga ramai yang terpengaruh gaya retorik Sukarno, Pak Natsir dan Gus Dur. Perlaksanaan program G2G (Government to government), ratusan guru Indonesia dihantar ke Malaysia untuk mengajar Sains dan Matematik. Malah, ratusan pelajar Malaysia menuntut di universiti seluruh Indonesia. (sumber: Indonesia Dari Sebuah Jendela karya Openg Onn Net, Pekan Ilmu.
Seorang penjual rojak jalanan di Jakarta- diambil 4 Mac 2009
Dari zaman Orde Lama bawah pemerintahan Sukarno selama 21 tahun beralih ke pemerintahan Suharto dengan label Orde Baru selama 32 tahun, proses demokrasi Indonesia kian tajam dan runcing. Ini adalah pengalaman getir rakyatnya apabila pemimpin yang naik menyalahkah kuasa lalu membahagikan kekayaan negara kepada ahli keluarga. Indonesia yang mempunyai aset alam yang luas serta tenaga buruh yang besar tidak mampu mengeksploit kelebihannya sendiri sehingga terpaksa berhutang kepada Bank Dunia. Ia menjadi negara yang hampir muflis dan tergadai kepada Amerika Syarikat jika tidak diselamatkan. Akhirnya, Indonesia yang telah dipimpin enam presiden mewajahkan potret usang dan meraih simpati negara luar termasuk Malaysia. Negara kita yang kecil ini menghamparkan rezeki Allah untuk jutaan rakyat Indonesia. Institusi pendidikan tinggi kita menjadi rebutan para penuntut Indonesia. Cuma, industri hiburan dan sastera kita tidak ‘mampu’ meruntuhkan tembok kegemilangan mereka, dan ini antara yang boleh dibanggakan Indonesia.
Gereja besar yang berhadapan dengan Masjid Istiqlal Jakarta- diambil 4 Mac 2009
Cukuplah bercerita yang sedih-sedih tentang negara orang. Apabila bermusafir, gunalah mata hati untuk menilai diri kita. Sebagai rakyat Malaysia, perasaan kasihkan negara menjadi tebal dalam diri. Siapalah tidak bersyukur, kalau Malaysia mengimejkan Islam sebaga agama rasminya, sedangkan Indonesia mengiktiraf semua agama adalah sama (buktinya gereja besar sama tinggi dengan menara Masjid Istiqlal dan saling berhadapan), siapalah tidak bersyukur kalau orang Melayu mendapat hak keistimewaan dan diberi bermacam bantuan oleh kerajaan sedangkan Indonesia tidak banyak memberi bantuan kepada rakyatnya walau apapun bangsanya, dan bayangkan, gaji RM1000 dan ke bawah (yang ditarifkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai layak menerima zakat (asnaf kategori miskin) itulah gaji seorang pensyarah kerajaan di Indonesia yang mempunyai master of degree.
Hurung buku di Jakarta Islamic Book Fair 09- diambil 4 Mac 2009
Saya mahu bercerita yang seronok-seronok (awas, di Indonesia perkataan seronok digunakan untuk perkara berbentuk ‘porno) tentang negara yang saya lewati beberapa minggu lepas. Entah angin kesedihan mana yang bertiup dari tingkap menyebabkan catatan sebegini ‘kurang ajar’ (kerana bercerita tentang keburukan sesuatu) yang muncul. Jika sesuatu kesedihan atau kemalangan boleh memberi pengajaran, apa salahnya kita menjadikannya teladan (uswah).
Akibat bergelumang dengan masalah yang membumi, maka tidak hairanlah Indonesia melahirkan banyak jagoan dalam banyak bidang termasuklah Mujahidin Islam (yang dihukum teroris). Anda perlu membaca sejarah Indonesia dan kaitannya dengan ancaman Kristianisasi/ liberalisasi/ sekularisasi/ atheis untuk menghukum sesuatu kumpulan itu teroris. Setelah mengkhatami dua buah buku trilogi Kafilah Syuhada tulisan Allahyarham Amrozi, Ali Ghufron dan Imam Samudra (yang ketiga sedang dihabiskan), insya Allah hati saya kuat mengatakan mereka syahid dengan keyakinan perjuangan mereka. Buku terbitan Ar-Rahmah Media ini baru sahaja diterbitkan Januari 2009 di saat ketiga-tiganya telah dihukum mati.
Makcik dan Huda yang mulia hati- diambil 4 Mac 2009
Saya membelinya dengan harga lebih kurang RM20 untuk tiga buah buku baru yang sangat menyuntik diri untuk menghargai ‘setiap detik’ umur yang Allah beri. Terima kasih Pakcik Saifullah, Makcik Munifah dan Huda kerana ‘jenuh’ mengekor saya yang seperti ‘lipas’ di Pesta Buku Islam Jakarta tempoh hari.
Suasana dalam Toko Buku Agung, Jakarta- diambil 4 Mac 2009
Dari segi kegemilangan ilmu, bahasa, penerjemahan, sastera, seni dan budaya, Indonesia adalah juara yang belum dapat ditandingi Malaysia. Syabas.
Alhamdulillah wa syukurillah.







Buku-buku yang dibeli kurang lebih 20 buah, belum dapat dihabiskan lagi. Rasanya, banyak buku2 bagus yang terlepas pandang hari tu..
Tertunggu-tunggu bila ummu nk buka maryamah karpov…nk jd 2nd reader..1st reader lg ok..ummu kan bz
Ya.cuba menghargai setiap detik umur.Jangan ada penyesalan bila dah tua nanti (kalau sempat tua).
rindu sangat nak mengembara sekarang ni