Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

3 Hari = 1 Buku

(saya petik tulisan sahabat penulis saya ini dari laman www.esastera.com)
Oleh Nimoiz T.Y

Kadang-kadang kita membeli buku bukan kerana mahukan input daripada buku tersebut. Tetapi untuk mengkaji akan struktur buku itu sendiri. Misalnya, saya sendiri pernah membeli sebuah novellet (yang rupa-rupanya novellet 18SX. Tapi saya dah buang dah…) kerana tertarik dengan kenipisannya (iya, memang sangat nipis). Saya terpaksa membeli buku tersebut kerana ia dibalut dengan plastik. Jadi, mahu tidak mahu saya mesti membelinya. Tidak boleh sekadar membelek di rak.

Balik ke rumah, saya terus menaip kembali 1 halaman ke dalam microsoft word dan membuat kiraan.

1 muka surat microsoft word   =   2.5 halaman dalam bentuk buku
X                         =   78 halaman dalam bentuk buku

Jadi, X=?. Dengan menggunakan kaedah darab silang, 1 darab 78 / 2.5 = 31. Ya, 31 muka surat. Bermakna, saya hanya perlu menulis sekitar 31 halaman sahaja untuk menulis buku senipis itu. Jika saya bersungguh-sungguh, setakat 31 muka surat, satu hari mungkin sudah siap. Dengan yakinnya saya cakap 1 hari sahaja. Kenapa tidak? Kerana 31 muka surat adalah dalam selang 2 baris. Maknanya tidak sampai 31 muka surat sebenarnya yang perlu saya siapkan.

Dalam semangat yang berkobar-kobar, tiba-tiba terpantul di minda. Buku apa yang nak saya tulis? Takkanlah saya mahu menggadaikan maruah dengan menulis buku porno sebegitu? Dan jawapan kepada pertanyaan ini ialah, tidak ada buku pun yang lahir selepas itu.

Antara lain-lain alasan yang menjadikan saya semakin merudum semangat untuk menulis ialah, kalaupun saya mampu menyiapkan buku ini dalam masa 1 hari, penerbit mana pula yang mahu menerbitkannya? Hahaha, saya ketawa kecil.

Perkataan mustahil yang lahir di jiwa saya adalah tidak mustahil bagi 4 penulis yang saya senaraikan di bawah. Di Malaysia, saya sangat teruja dengan 4 penulis ini yang kesemuanya saya pernah jumpa kerana kegigihan dan kepantasan mereka menulis:

1.     Ummu Hani Abu Hassan – Ummu baharu sahaja menyiapkan buku berjudul Catatan Hati Nur Madihah: Rahsia 20A. Kata Ummu, dia menulis buku setebal 130 muka surat ini dalam masa 3 hari sahaja. Diulangi, 3 hari sahaja. Wow!

2.     Jeniri Amir – Jeniri Amir antara penulis Malaysia yang prolifik. Bukunya, Menulis Buku: Cara Lain Dapat Wang Besar yang padat dengan informasi ini disiapkan dalam masa 7 hari sahaja. (Ingat, buku ini sarat dengan informasi dan fakta-fakta yang berguna)

3.     Daeng Ramliakil – Semasa bersantai dengan Daeng Ramliakil di Pulau Tioman, dia ada bertanya kepada saya akan sejauh mana saya mampu bertahan di depan komputer untuk menulis tanpa henti (kecuali makan, solat dan ke tandas). Saya jawab, menulis sekejap saya akan cepat-cepat bingkas kerana sakit belakang. Namun apa yang mengujakan saya, kata Daeng, dia pernah menulis tanpa henti (termasuk tidak tidur) selama 3 hari 3 malam untuk menyiapkan buku kerja Bahasa Melayu. Wow, sekali lagi saya teruja.

4.     Zulkifli Khair – Zulkifli Khair merupakan guru penulisan kreatif saya. Kata Cikgu Zul, manuskrip bukunya Online Dengan Tuhan hanya ditulis beberapa minggu sahaja kerana dia mahu menyerahkan manuskrip tersebut secara by hand kepada Editor PTS semasa mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2008. Dan kini, buku tersebut boleh dibeli di kedai buku.

Baiklah, 4 penulis di atas merupakan antara pengarang yang sempat saya selidiki secara ringkas akan bagaimana mereka begitu pantas menulis buku. Apa kesimpulan yang boleh kita peroleh daripada mereka? Tidak lain dan tidak bukan, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Namun pertanyaan lain timbul, apakah daya yang memungkinkan mereka mampu menyiapkan manuskrip buku dalam masa yang begitu cepat? Berikut merupakan 5 faktor utama mengapa mereka boleh menulis dengan cepat (pada pengamatan saya):

5 Faktor Kenapa Mereka Boleh Menulis Buku Dengan Pantas

1.    Menulis Di Bawah Tekanan Masa – Ya, tekanan masa. Sebagai contoh, Cikgu Zulkifli Khair bertungkus-lumus menyiapkan bukunya kerana mengejar masa untuk ke PBAKL dan mahu menyerahkan sendiri manuskrip tersebut kepada editor PTS. Tekanan masa yang semakin suntuk menjadikan Cikgu Zul gigih menyiapkan manuskrip. Apa akan jadi kalau Cikgu Zul tidak beriya-iya ke PBAKL? Sudah pasti dia akan menulis secara biasa-biasa sahaja.

2.    Mahu Jadi Yang Pertama – Apakah kekuatan luar biasa yang menerobos semangat Ummu Hani sehingga dia mampu menulis buku dalam masa 3 hari sahaja? Pada pendapat saya, Ummu mahu menjadi orang yang pertama yang membukukan kisah kejayaan adik Nur Madihah. Sekiranya Ummu lambat bertindak, mungkin penulisan ini akan diambil alih oleh Dinsman atau Hj Muhammad Zakaria (Telaga Biru). Ingat, Dinsman dan Hj Muhammad Zakaria pernah menulis buku akan kejayaan 2 pelajar cemerlang sebelum ini.

3.    Menulislah Mengikut Kepakaran Masing-masing – Keempat-empat judul buku yang saya sebutkan di atas merupakan bidang yang berbeza. Buku Catatan Hati Nur Madihah merupakan buku motivasi. Buku Menulis Buku Jeniri Amir adalah panduan menulis buku. Online Dengan Tuhan pula merupakan buku agama popular. Manakala Daeng Ramliakil menulis buku latihan / buku kerja bahasa Melayu. Lihat, mereka menulis mengikut kepakaran masing-masing. Dan mereka sudah ada pengalaman menulis buku sebelum ini. Jadi, sudah tentu mereka tidak bermasalah menulis sekiranya sudah ada pengalaman.

4.    Persediaan Rapi – Maksudnya di sini, anda telah cukup maklumat yang diperlukan sebelum memulakan proses menulis. Mustahil Jeniri Amir dapat menulis sebuah buku dalam masa 7 hari sekiranya pada waktu inilah baru dia mahu mula mencari bahan. Ini termasuklah kelengkapan lain yang berkaitan.

5.    Kaedah Yang Betul – Memang, menulis pun ada kaedahnya. Menulis cerpen tidak sama kaedahnya dengan menulis puisi. Begitu juga kaedah penulisan buku dengan kaedah menulis skrip drama radio. Pernahkah anda dengar KJ Method? Tentu pernah kan? Saya sendiri pernah dengar, tapi tidak pernah tahu apa itu KJ Method. Rupa-rupanya, apa yang saya tulis selama ini adalah KJ Method. Saya hanya mengetahuinya selepas selesai menulis. Ya, anda tidak perlu risau jika tidak tahu kaedah-kaedah menulis. Anda akan tahu kaedah yang sesuai, betul dan tepat apabila sudah banyak menulis. Nampaknya, kaedah penulisan keempat-empat pengarang di atas mungkin berbeza. Atau mungkin juga sama. Bergantung kepada masing-masing. Dan yang pastinya, kaedah yang mereka aplikasikan berjaya.

Kesimpulannya, hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih. Dan daya-daya yang menjadi momentum kepada kesunggguhan menulis ialah 5 faktor yang saya senaraikan di atas.

Anda, cubalah menulis mengikut kepakaran masing-masing dan letakkan sasaran masa, misalnya anda MESTI menyerahkan manuskrip buku pada masa-masa tertentu. Dengan kata lain, anda mesti letakkan sasaran. Sebagai perencah tambahan, cuba bayangkan jika anda tidak menulis buku tersebut, pasti ada orang lain yang akan mengambil peluang. Dan kini anda bukan lagi orang yang pertama. Tidakkah anda menyesal?

Percayalah – bukan 3 atau 2 hari. Tapi tidak mustahil dalam masa 1 hari sahaja anda mampu menulis sebuah buku.

Saya menunggu kelahiran buku anda yang ditulis dalam masa 1 hari untuk dimuatkan dalam Malaysia Book of Records. Dan saya cabar anda!

(Kini, menyiapkan 1 buku dalam masa 3 hari tidak lagi dianggap pelik. Yang peliknya sekarang, menulis bertahun-tahun tapi tidak siap satu buku

11 Responses to 3 Hari = 1 Buku

  1. Ummu Hani says:

    Saya nak komen tentang artikel Nik ni- Saya bukanlah penulis yang rajin sangat. Allah bagi kekuatan untuk tulis buku Madihah ni, juga ada ujian2 kecil masa saya menulisnya, yang semuanya menjadikan saya manusia yang perlu berhati-hati. Semoga lepas ni, kita menulislah dengan niat yang baik, pastinya Allah akan mudahkan urusan kita, insya Allah.

  2. ummu hani says:

    Lagi satu, kepada para penulis baru, anda berhati-hatilah mencari penerbit. Ada penerbit yang demi keuntungan sanggup menafikan hak penulis. Ini pengalaman saya menulis buku…

  3. Nimoiz T.Y says:

    Hahaha. Kerajinan tak perlu dalam penulisan. Yang penting adalah SEMANGAT. Semangat akan menjadikan kita rajin.

    Kerajinan sekali sekala inilah yang akan memberi input besar dalam penulisan.

  4. kakrahsia says:

    ok.. dlm list tu bunga cuma sekuntum :)

  5. Ummu Abbudey says:

    Kak ummu yang ku kenali seorang yang sangat berusaha dan sangat merendah diri… :-) ….Bila dipuji rajin, mesti Kak Ummu jawab: Doakan Kak Ummu, Kak Ummu ni Malas….Alhamdulillah…Biar merendah diri dari sombong takabbur…Seperti Saidina Abu Bakkar As-Siddiq pabila dipuji orang dia berdoa:

    ” ??????????? ?????? ???????? ??? ???? ????????? ??????? ???????? ????????? ????????? ?????????? ?????????? ??????? ?????? ??????????? ???????????? ??? ??? ???????????? ????? ??????????? ????? ??????????.”

    Maksudnya:
    (( Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui tentangku berbanding diriku sendiri dan aku lebih mengetahui tentang diriku daripada mereka. Ya Allah jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap dosa kesalahanku yang mereka tidak tahu dan janganlah Engkau mengambil hati dengan apa yang mereka katakan. ))

    Amin Ya Rabbal Alamin

  6. Terima kasih Nimoiz T.Y. Saya ada terhutang dengan anda. Insya-Allah akan saya lunaskan dalam masa terdekat.

    Tahniah Ummu Hani. You’re a great writer. Keep it up. Kami berselisih dengan anti ketika temuduga Madihah. Anti balik, kami sampai.

    Dulu saya buat buku & video Nur Amalina 17A SPM 2004 (Telaga Biru) dan Nadiah Amirah 18A SPM 2006 (Raihan Creative). Kali ni saya tak tulis. Saya pass pada anakanda saya, Ummu juga – Ummu Sakinah. Dia penulis baru – first book. Yang tak terbit banyaklah. Dia juga kolumnis majalah SOLUSI. Dia terpaksa bercuti dari Jakarta.

    Dia buat 4 hari – mana nak lawan Ummu Hani. Saya edit. Insya-Allah buku kedua Madihah ini akan berada di pasaran bila-bila masa: NIK NUR MADIHAH – PERMATA GENERASI RABBANI di bawah label Yamani Angle.

    KALI INI SAYA JADI NAIB JOHAN – JOHAN JUGA. Kadang-kadang menjadi yang kedua ni bagus juga.

    Dulu waktu balik dari Kg. Parang Puting, Isman dan Faizal (Hijjaz Publishing) datang jumpa saya nak runding pasal sama-sama terbit Madihah. Kami kenalan lama, so no problem.

    Dengarnya ada penulis ketiga nak buat buku Madihah. Silakan. Lagi banyak lagi meriah. Bukankah ilmu itu hak Allah?

  7. Saya di Pesta Buku PWTC 20 April 2009 2.30 ptg di Pentas Utama

  8. Ummu Hani says:

    salam Tuan Haji yang saya kagumi dan hormati, kekuatan dari Allah, ilmuNya juga. Saya ni hanya alat saja. Tapi kadang2 tak faham mengapa ada penerbit Islam ni nak kejar untung saja, Bagi saya sendiri, eloklah bahan2 baik ni diperbanyakkan setelah yang buruk2 dah terlalu banyak.

  9. raman chindai says:

    assalamualiakum,
    Saya baru nk berjinak-jinak dengan dunia penulisan yang memang sedari kecil lagi saya minati tapi sayng minat saya ini tidak pernah saya kembangkan.
    Namun begitu saya tidak pernah rasa terlambat untuk belajar dan memulakannya.Saya amat berharap ummu dapat memberi saya panduan untuk memulakan karier sebagai penulis ini seperti di mana saya dapat belajar mengenai format-format penulisan,jenis-jenis penulisan dan segala perkara berkenaan dengan penulisan termasuk bagaimana untuk memastikan tulisan-tulisan saya akan menarik minat penerbit.

  10. raman chindai says:

    Saya amat berminat dengan penulisan-penulisan yang cepat atau memakan masa yang tidak terlalu panjang untuk disiapkan.Sekian.

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • NURLIDA BT MOKHTAR: Salam Ummu Hani, Saya Kak Ida , ingin berkongsi...
  • Akim: link utk borang http://files.itnm.com.my/download/...
  • kakyong: tak salah utk berkahwin semasa belajar, asal faham...
  • Emyne Fahimah Chan: Assalamu'alaikum.. Bagaimana untuk saya mendapatk...
  • mamawana: Assalamualaikum Apa khabar Nik Nur Madihah? Ap...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com