Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

May 30th, 2009

Saturday, May 30th, 2009

Buku Terbaru Ummu Hani

BAROMKEH, MATAMU DI MATAKU
Baramkeh

Novel setebal 300 halaman ini mengisahkan tentang perjuangan para pelajar Malaysia mencari ilmu di Bumi Damsyik, Syria. Novel ini mengangkat tema pengembaraan, persahabatan selain budaya masyarakat Arab yang unik. Membacanya membuatkan anda berada di Damsyik kerana perlukisan latar yang baik. Novel ini telah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007 bagi kategori novel.

Menurut penulisnya, Ummu Hani Abu Hassan, novel Baromkeh, Matamu di Mataku adalah novel terbaik beliau dan ditulis sepenuh cinta kepada bumi Syam. Anda boleh memilikinya dengan harga RM28.00 (TERMASUK POS) beserta tandatangan penulisnya. Hubungi 0136979697.

SATU BULAN TIGA BINTANG

Satu Bulan

Novel ini mengisahkan tentang gadis bernama Umairah, 15 tahun dan 3 abangnya yang kematian ibu mereka akibat penyakit kanser rahim. Di tengah kesedihan tersebut, timbul masalah baru apabila bapa mereka mahu mengahwini pembantu rumah bernama Kakak Eka. Bagaimanakah Umairah mengatasi kesedihannya? Kepada siapakah dia mengadukan masalah hidupnya?

Anda pasti tidak akan kecewa kerana penulisnya, Ummu Hani Abu Hassan meleraikan persoalan Umairah dengan penyelesaian Islam. Dapatkan novel ini dengan harga RM16 (TERMASUK POS)

CATATAN HATI NIK NUR MADIHAH

Nur Madiha

Buku terlaris di Pesta Buku Kuala Lumpur 09. Tidak rugi anda memilikinya kerana di balik keinsafan membacanya, anda pasti akan tergerak mencontohi kejayaaan gadis berkeyakinan ini. Banyak tips dan petua kecemerlangan yang berkat di dalam buku ini. Dapatkan dengan harga RM26 (TERMASUK POS) bersama tandatangan penulis.

Saturday, May 30th, 2009

SEKATEN, Cantuman Budaya Islam dan Jawa

Oleh: Ummu Hani Abu Hassan
Kesempatan menghadiri upacara Maulidur Rasul 1430 Hijrah di Keraton Surakata (Solo), Indonesia memberikan pengalaman unik kepada penulis. Walaupun di kebanyakan negara Islam, kelahiran Nabi Muhammad SAW disambut penuh kesyukuran dan meriah, namun, masyarakat Jawa khususnya di Solo dan Yogjakarta menyambutnya dengan pencatuman adat tradisi yang kuat.

Nama SEKATEN

Sekaten berasal daripada kalimat Syahadatain yang bermaksud dua kalimah syahadat.
Menurut catatan sejarah, para wali songo mengadakan perayaan Maulidur Rasul selama tujuh hari bermula 5 hingga 12 Rabiul Awwal setiap tahun bagi menarik masyarakat Jawa kepada Islam. Pelbagai acara menarik disusun termasuklah persembahan muzik gamelan ciptaan Sunan Giri dan Sunan Kalijaga. Bagi masyarakat yang ingin menyaksikan persembahan tersebut, mereka dikehendaki mengucapkan dua kalimah syahadah. Setelah berabad lama, kalimah Syahadah bertukar kepada istilah yang lebih serasi dengan masyarakat tempatan iaitu Sekaten.

g3.JPG Continue reading SEKATEN, Cantuman Budaya Islam dan Jawa

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com