Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Jadi Penulis Serba-Boleh

dsc_3510.JPG 

 “Saya sesungguhnya tak yakin bisa memberikan terbaik pada mereka (peserta). Kalau yang diminta adalah Teori Sastera, saya mohon maaf akh. Jika pengalaman, insya Allah,” kata saya pada Akh Samheri, Presiden Persatuan Pelajar Indonesia Malaysia minggu lepas. Dia dan pihak PPIM menjemput saya untuk mengisi acara Bengkel Penulisan Novel Nusantara di Universiti Multimedia (MMU), Melaka. Dalam kekabutan itu, sempat saya menghubungi Ustaz Zaid Akhtar, moga-moga dia boleh menggantikan kerana ustaz lebih senior. Lagipun, jarak Johor dengan Melaka tak begitu jauh.

dsc_3516.JPG

“Ana percaya Ummu boleh. Ana dah janji dengan isteri nak balik kampung minggu ni,” jawab Ustaz Zaid Akhtar dalam smsnya. Kemudian Akh Samheri mengatakan, “Ya, memang yang dimaukan kami adalah pengalaman ukhti. Jika teori, kami sudah ada pembentangnya iaitu Akhi Alwi Alatas, penulis Indonesia,” jelasnya yang membuatkan saya tidak boleh menoleh ke belakang.

Sekembali dari program Berakhirnya Agenda Zionis di PWTC dan MIHAS di Jalan Duta, saya mengodek-ngodek tulisan yang ada dalam laptop. Ternyata, ada kertas kerja yang sesuai saya gunakan semula; Kembara Adalah Karya. Saya telah membentanginya di UPM September lepas. Kertas kerja itulah yang saya gunakan untuk berkongsi sedikit pengalaman penulisan dengan adik-adik mahasiswa MMU warga Indonesia.

BAHASA

dsc_3656.JPG

“Maafkan saya jika bahasa Indonesia tak bagus. Ini mungkin mengganggu konsentrasi adik-adik.” Dalam pembentangan, saya nampak seorang dua yang ‘tersengguk-sengguk’ dan saya mula ‘faham’. Mereka yang datang bukanlah dari aliran Sastera, semuanya ‘orang komputer’. Inilah kali pertama saya berceramah di hadapan para peserta yang kayak ‘Sheila On 7’ dan seorang dua seperti AlleyCats. Memberikan pengalaman luar biasa bersama mereka. Peserta lelaki lebih ramai daripada wanita. Kehadiran Ibu Woro Sawitri dan Bapak Taufiq dari Konsul Jenderal Republik Indonesia menguntumkan keharuan.

Dalam pengucapan, bahasa adalah akting yang penting. Bahasa mencerminkan daya penampilan dan kebijakan seseorang. Kelemahan seseorang menyampaikan ilmunya dengan bahasa yang tepat, akan memudaratkan dirinya sendiri; Ilmu yang diberikan ‘tidak sampai’, bahkan diri penyampai sedikit ‘tercalar’. Apakah bahasa yang tepat?

Kita bercakap dengan khalayak kanak-kanak hendaklah dengan bahasa dan inti yang setaraf mereka. Kanak-kanak sukakan ilmu dalam cerita, mereka tidak sukakan ‘arahan yang berbentuk arahan.’ Kanak-kanak sukakan visual berbanding kata-kata. Jika dipadukan cerita dan gambar, arahan menjadi mudah. Jika bercakap dengan para pelajar sekolah, inti pengalaman dan iktibar tidak boleh diabaikan. Bercakap di depan khalayak umum pula, janganlah terus kepada menghukum, sebaiknya kita berkisah sedikit tentang suruhan al-Quran dan Hadis serta manfaat daripada suruhan Allah. Biar khalayak sendiri yang berfikir untuk dirinya melalui kisah-kisah yang terbit dari mulut si penyampai.
Beberapa majlis ilmiah yang saya hadiri, penyampai yang tidak ‘bergantung’ kepada teks dan kertas-kerjanya sering menjadi perhatian para peserta. Ucapan dan pandangan mereka diikuti bersama konsentrasi. Tambahan jika penyampai mempunyai bakat berjenaka, penyampaiannya cepat diterima oleh para peserta. Sebaliknya, penyampai yang ‘kaku’, bercakap seperti membacakan teks dan selalu ‘aa aa’ dalam ucapannya, akan membantu peserta ‘tidur’ dalam majlis. Seolah, isi ilmu yang disampaikan bukanlah dari hati penyampai, dia hanya mewakili ‘buku’ untuk bercakap. Kaku.

dsc_3588.JPG

Saya sedang mengalami proses pengajaran dalam pengucapan awam. Saya tidak pernah terfikirkan bakat ‘lain’ selain menulis. Ketika sekolah dan di IPTA, saya tidak pernah ke depan untuk menjadi perwakilan atau pemidato. Ilmu pengucapan awam saya ‘teruk’. Selalunya, apa-apa yang bermain di otak lebih mudah disampaikan melalui penulisan, jika bercakap, sering ‘inti sebenar’ tidak dapat diluahkan dengan baik. Saya tersangkut pada ‘kata-kata terbaik’ untuk khalayak. Natijahnya, menyesal pada diri sendiri.

Satu kelemahan saya, jika otak disaratkan dengan fakta dan berpaut dengan ‘kertas-kerja’, ilham untuk bercakap lebih ‘santai’ akan terbantut. Walaupun sebelumnya, saya membuat sedikit kajian dan persediaan. Saya telah ‘memalukan’ diri sendiri jika hanya bercakap dengan mata pada ‘teks’ dan otak yang ‘tersekat-sekat’. Ketika itu, angin gemuruh menyebabkan kita ‘sebu’ dengan niat awal untuk memberikan terbaik pada para pendengar. Yang lebih tenang, bercakaplah dari hati sendiri, jangan berpandukan kertas di tangan, anggaplah manusia di hadapan anda adalah kerusi-kerusi sahaja, mata perlu menyeluruhi semua audiens dan berintonasilah dengan rasa semangat. Itu adalah pesanan guru dan nenda saya, Prof Madya Dr Amida Abdul Hamid.

Malangnya, sehingga hari ini, ilmu tersebut belum padu dalam diri. Saya masih seorang yang lemah dalam pengucapan awam.
INGIN BELAJAR DARI KESILAPAN 

dsc_3647.JPG

Setelah dicongak, rupanya, saya lebih banyak berbengkel dan memberi ceramah kepada warga Indonesia daripada Malaysia. Ini dimulakan selepas jemputan pihak Pesantren Gontor Putri Mantingan, April 2008 kemudian disusuli jemputan pihak STAIN Solo, Pesantren Modern As Salam (dua kali) , Solo, UIN Yogjakarta, Bedah Karya Bersama Habibur Rahman anjuran PPI UM dan terbaru adalah Bengkel Novel Nusantra di MMU anjuran PPIM.

“Pelajar Indonesia tak nampak orang lain dah,” usik abah. Saya malu sendiri. Bukan kerana diri saya tetapi kawan-kawan pelajar Indonesia mudah berurusan dengan saya agaknya. Jemput tanpa surat rasmi dan ‘main terjah’ saja. Hahahaaa.

“Hari ini cabaran seorang penulis Muslim bukan sahaja menghasilkan karya-karya dakwah tetapi juga perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi, berpidato, ilmu yang pelbagai bidang serta berkeyakinan diri yang tinggi. Selepas menghasilkan buku, penulis juga hendaklah bersedia untuk memasarkan sendiri karyanya kepada khalayak. Dialah yang menerangkan karyanya secara bersemuka, turun padang ‘menjual’ bukunya sendiri serta mengadakan perlatihan kepada anak-anak muda yang lain. Cabaran ini tak boleh tidak, hendaklah disahut!

Mohon doa teman-teman yang lain.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Barangsiapa yang mengajak kepada kebenaran, maka dia akan mendapatkan pahala sepeeti pahala orang yang melakukannya.” 

    

7 Responses to Jadi Penulis Serba-Boleh

  1. Faiz Faiza says:

    Terasa sangat teruja dengan bakat-bakat terpendam adik-adik Indonesia-MMU Melaka. Dalam humor, ada ilmu yang disirat. Bengkel yang santai dan tentu sahaja menggeletek hati.

  2. salam, terima kasih buat kak ummu hani yang sudah sedia datang ke MMU. :D
    apa yang kakak berikan ke teman2 semua lebih besar daripada teori manapun juga, karena saya sendiri percaya, pengalaman hidup yang kakak bagi ke teman2 adalah sebuah pelajaran berharga yang tidak ada dalam buku2 manapun juga.

    Wassalam :D

    PS : Mohon maaf kalo saya terlalu banyak humor :P hehe

  3. ummuhani says:

    Terima kasih temanku Faiz, kerana menemani hamba walau jauh ke Melaka.

  4. fahmi says:

    Assalamu’alaikum,

    wah..bengkel masa itu macam bengkel untuk kanak-kanak tadika ya. Hehehe…riuh dan ramai dengan celoteh. Penuh humor. Makasih atas ilmu yang diberikan pada kita semua. Saya sudah mulai menulis ini kak. Dapat tulis cerpen dah. Tanya saja dengan Leia Az-zahra. Hahaha..Gelak dia baca cerpen perdana saya. Bagi saya ini kemajuan sangat besar bagi saya karena termotivasi sangat dengan bengkel yg kemarin itu, sehingga terlahir karya perdana saya dengan bekal ilmu dari kakak.
    Sekali lagi terima kasih atas semuanya, termasuk jauh-jauh datang KL ke Melaka.

    Salam,,

    Fahmi

  5. laila says:

    slm kak ummu.pertamanya terima kasih ya atas kiriman buku kedua ke rumah saya.tahniah,seronok kan dapat berucap di hadapan mahasiswa asing..erm agaknya mereka dah tak nampak orang lain sebab mereka tahu kak ummu kerap sangat ke Indon.tentu sudah mahir dalam bahasa mereka ^_^

  6. Ummu Hani says:

    Abdullah dan Fahmi, kunci menulis adalah rajin!

    Laila..mahir kalau membaca je, bercakap, ngak bisa! hehee

  7. fahmi says:

    ya,rajin2…ahahaha..bukan hanya rajin, tapi juga motivasi… alhamdulillah keduanya sudah mulai saya rasakan… :)

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • NURLIDA BT MOKHTAR: Salam Ummu Hani, Saya Kak Ida , ingin berkongsi...
  • Akim: link utk borang http://files.itnm.com.my/download/...
  • kakyong: tak salah utk berkahwin semasa belajar, asal faham...
  • Emyne Fahimah Chan: Assalamu'alaikum.. Bagaimana untuk saya mendapatk...
  • mamawana: Assalamualaikum Apa khabar Nik Nur Madihah? Ap...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com