Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

May, 2009

Sunday, May 17th, 2009

Menulis Dalam Tekanan

Dalam tempoh 15 minit, saya dan Abdullah Abbas, pengerusi bengkel meminta para peserta menulis cerpen. Sependek 1 para. Dan empat daripadanya kami pilih untuk diberikan novel-novel percuma sebagai hadiah. Saya pula berjanji untuk menyiarkan ‘karya’ mereka dalam blog ini. Siapa kata ‘pelajar IT’ tidak berbakat? Cuba kita baca coretan 15 minit mereka. ( Semuanya dalam bahasa Indonesia) Continue reading Menulis Dalam Tekanan

Tuesday, May 12th, 2009

Hadiah Harijadi Untuk Abah

 dsc_2858.JPG

Abah dan mak bersama ‘hadiah besar dari Allah’ sempena hari lahir abah dan hari ibu. Cucu Auni Hafsah! 

100509. Hari lahir abah ke 52 tahun. Allah SWT telah menganugerahkan di tangan adik saya, Abu Hanifah untuk memberikan abah hadiah besar iaitu ‘seorang cucu perempuan’ yang sangat comel. Hanifah turut meraikan abah dengan menamakan putri beningnya itu nama yang dipilih abah iaitu Auni Hafsah.

Apa yang saya patut beri pada abah? Saya tak mahu hadiahkan buku pada abah kerana buku-buku yang saya beli di Pesta Buku Jakarta Mac lalu belum lagi dibukanya. Pen? Saya tahu kelemahan abah, bukan hanya pen tetapi jam tangan atau barang-barang kecil lain (termasuk pen drive ) selalu ‘tidak mesra’ dengan abah. Selalu sahaja ‘ghaib’. Dan abah berkata  (bila kami merungut pada kelebihan abah yang satu itu); “Abah tak sempat fikir yang kecil-kecil, banyak masalah besar dalam otak ni,” katanya yang hampir 10 tahun memimpin Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

“Faiz tau apa yang Ummu bagi pada abah?” tanya saya pada Faiz ketika kami menonton berita manis (YB Nizar menang di mahkamah). Faiz kemudian menerka yang mana satu pun jawapannya tidak tepat. heeee.

Setelah membayar pada mamat India, saya pun menelefon abah. “Abah dapat dak kredit telefon percuma tadi?” tanya saya di corong hp. “Dapat..dapat..” jawab abah. “Kak Ummu hadiahkan sempena hari jadi abah,” kata saya. “Ya ka..terima kasih. Abah ingat Celcom yang bagi free tadi..” balas abah. Berbunga hati saya.

Moga hadiah kredit panggilan buat abah memberi manfaat pada beliau yang sangat sibuk. Ya, sibuk dengan urusan media dakwah. Selamat Hari Jadi abah!  

Monday, May 11th, 2009

PEMBETULAN

 catatan-hati-mardiha-500.jpg

Satu kesalahan besar telah berlaku, Saya mohon sesiapa yang membaca Buku Catatan Hati Nik Nur Madihah, maafkan saya dan sebarkan pada yang lain juga.

Pada halaman 65, baris 14, Sabda Rasululah SAW- Kadal faqru an yakuna kufron. maksudnya adalah Kemiskinan boleh menghampiri kekufuran.

Saya telah menulisnya ‘kefaqiran’ di halaman tersebut. Mohon diperbetulkan.

Moga yang membacanya mendapat manfaat dan Allah SWT serta rasulnya mengampuni hambaNya yang lemah ini. Kecuaian yang mendukacitakan.

Monday, May 11th, 2009

Jadi Penulis Serba-Boleh

dsc_3510.JPG 

 “Saya sesungguhnya tak yakin bisa memberikan terbaik pada mereka (peserta). Kalau yang diminta adalah Teori Sastera, saya mohon maaf akh. Jika pengalaman, insya Allah,” kata saya pada Akh Samheri, Presiden Persatuan Pelajar Indonesia Malaysia minggu lepas. Dia dan pihak PPIM menjemput saya untuk mengisi acara Bengkel Penulisan Novel Nusantara di Universiti Multimedia (MMU), Melaka. Dalam kekabutan itu, sempat saya menghubungi Ustaz Zaid Akhtar, moga-moga dia boleh menggantikan kerana ustaz lebih senior. Lagipun, jarak Johor dengan Melaka tak begitu jauh.

dsc_3516.JPG

“Ana percaya Ummu boleh. Ana dah janji dengan isteri nak balik kampung minggu ni,” jawab Ustaz Zaid Akhtar dalam smsnya. Kemudian Akh Samheri mengatakan, “Ya, memang yang dimaukan kami adalah pengalaman ukhti. Jika teori, kami sudah ada pembentangnya iaitu Akhi Alwi Alatas, penulis Indonesia,” jelasnya yang membuatkan saya tidak boleh menoleh ke belakang.

Sekembali dari program Berakhirnya Agenda Zionis di PWTC dan MIHAS di Jalan Duta, saya mengodek-ngodek tulisan yang ada dalam laptop. Ternyata, ada kertas kerja yang sesuai saya gunakan semula; Kembara Adalah Karya. Saya telah membentanginya di UPM September lepas. Kertas kerja itulah yang saya gunakan untuk berkongsi sedikit pengalaman penulisan dengan adik-adik mahasiswa MMU warga Indonesia.

BAHASA

dsc_3656.JPG

“Maafkan saya jika bahasa Indonesia tak bagus. Ini mungkin mengganggu konsentrasi adik-adik.” Dalam pembentangan, saya nampak seorang dua yang ‘tersengguk-sengguk’ dan saya mula ‘faham’. Mereka yang datang bukanlah dari aliran Sastera, semuanya ‘orang komputer’. Inilah kali pertama saya berceramah di hadapan para peserta yang kayak ‘Sheila On 7’ dan seorang dua seperti AlleyCats. Memberikan pengalaman luar biasa bersama mereka. Peserta lelaki lebih ramai daripada wanita. Kehadiran Ibu Woro Sawitri dan Bapak Taufiq dari Konsul Jenderal Republik Indonesia menguntumkan keharuan.

Dalam pengucapan, bahasa adalah akting yang penting. Bahasa mencerminkan daya penampilan dan kebijakan seseorang. Kelemahan seseorang menyampaikan ilmunya dengan bahasa yang tepat, akan memudaratkan dirinya sendiri; Ilmu yang diberikan ‘tidak sampai’, bahkan diri penyampai sedikit ‘tercalar’. Apakah bahasa yang tepat? Continue reading Jadi Penulis Serba-Boleh

Thursday, May 7th, 2009

Tak Haram ke Tulis Cerpen?

Satu emel masuk bertanyakan soalan seperti di atas, dengan kerendahan hati, saya cuba menjawab sekadarnya. Mohon yang bertanya itu, tanyakan pula pada penulis2 sastera Islam lain juga (sambil tidak lupa membaca buku teori2 sastera Islam yang banyak di perpustakaan awam seluruh Malaysia)

Assalamualaikum,

Kak Ummu Hani yang dirahmati Allah,

Saya Ain, berasal dari Sabah dan menulis dengan menggunakan nama pena Is. Saya terdorong untuk menghubungi kakak kerana saya dahagakan bimbingan untuk memurnikan lagi ikhtiar saya dalam dunia penulisan kreatif. Kerana niat saya menulis sekarang sama seperti Ustaz Hasrizal Jamil ( saifulislam.com ) : “ Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan kembara insan mencari Tuhan.”, di samping mencari keberkatan hidup.

Terlebih dahulu saya ingin menanyakan beberapa kemusykilan yang perlu saya tahu, demi ketenangan diri yang mula tergugah oleh dilema dalaman saya sendiri.

1. Apakah fiksyen/cerita rekaan boleh ditulis oleh seorang penulis Muslim ? Continue reading Tak Haram ke Tulis Cerpen?

Tuesday, May 5th, 2009

Suara Hati Seorang Pak Samad

dsc_2609.JPG

Juga merupakan suara hati empat Sasterawan Negara lain berhubung dasar PPSMI yang masih belum mendapat kata putus Menteri Pelajaran baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam satu dialog yang diadakan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 baru-baru ini, penulis sempat merakamkan suara perit Pak Samad, walaupun nada suaranya beralun lembut tetapi mengandungi maksud amarah buat pemerintah yang masih berdegil meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris.

Kata Pak Samad:
“Anak-anak muda acap dengan internet, biasanya kalau mereka berbicara dalam internet,
mereka akan menghantar fikiran-fikiran yang kritis. Cuma dalam bentuk buku barangkali  masih belum agak menjadi, tetapi itu tidak bererti tidak ada hasil cipta yang kritis itu, kalau tidak ada maksudnya bukan penulis itu tidak menulis, namun penerbit itu yang tidak menerbitkan. Jadi kalau macam dalam akhbar terutama akhbar kerajaan seperti Berita Harian, Utusan, NST, The Star, memang tidak akan menyiarkan fikiran-fikiran kritis itu.. Jadi kalau kita mahu menulis yang menggugah, kita hanya hantar pada Siasah,  Harakah, dekat oposisi (pembangkang), jika nak tahu ada tidaknya bantahan itu, kita jangan pergi ke akhbar arus perdana mesti tak ada, kena pergi ke akhbar oposisi, barulah kita dapat membandingkan.”

Syed Munawwar menyampuk:
“Itu sihat atau tidak?” Continue reading Suara Hati Seorang Pak Samad

Sunday, May 3rd, 2009

Jemput Datang Beramai-ramai

Aman Palestin dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan ‘KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS’ di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut di sini.

Sunday, May 3rd, 2009

Selera Tok dan Tokwan

 30042009937.jpg

Pujuk Dikpah (Abu Hanifah) tukar nama Auni Hasya kepada Auni Hafsah’-

Saya menerima sms di atas dari abah yang telah bergelar ‘datuk hakiki’. Rupanya, ketika kami bersembang di sisi Auni (baby yang hari ini berumur 5 hari) abah serius dalam guraunya. “Abah rasa letak Hafsah pun elok juga. Ada kaitan dengan Rasulullah SAW, Hafsah nama isteri baginda,” kata abah. Saya pertama kali mendengar saran abah itu terus tertarik. Ya, Hafsah..Hafsah..Hafsah.. berlegar di jemala otak. Tetapi,  biarlah ‘papa Auni’ yang buat keputusan. Anak pertama terutamanya, ibubapanya rasa lebih berhak.

30042009936.jpg

“Hasya pun ok abah. ada maksud, Dikpah tengok dalam buku nama-nama Islam,” balas adik saya merangkap papa Auni. Abah hanya mengangguk sambil menjeling emak. Saya tahu, abah setuju tapi ‘berat’. Saya tidak bersuara, jika saya ditempat adik saya itu, tentunya saya akan ‘ambil hal’ juga dengan saranan abah. Sebab saya memang ‘anak abah’. Keputusan kami selalu sefahaman. Tapi adik saya ini, dia lebih ‘moderat’ daripada kami. Citarasanya moden dan bersifat semasa. Mujurlah dia tak letak nama ‘Rania’ seperti kebanyakan ibubapa sekarang. Saya ada alasan sendiri untuk kurang ‘enak’ akan nama tersebut. Continue reading Selera Tok dan Tokwan

Sunday, May 3rd, 2009

FT Betul bermazhab Syiah?


 

 230420099221.jpg

 

Soalan itu saya tanyakan kepada saudara Faisal Tehrani, pengarang kreatif berwacana dakwah pada 24 April lalu  di KLIBF, PWTC. Sebelum beliau menjawab, saya hulurkan alat rakaman, dia mengangguk setuju. Di sini, saya duplikasikan dari alat rakaman (tanpa mengedit  banyak) yang isinya adalah suara yang terbit dari mulut  FT sendiri. Silakan membaca.

 

Abang Faisal betul bermazhab Syiah?

 

Saya telah menjadikan Syiah seperti satu tesis saya dalam novel. Itu tak boleh dihujahkan bahawa saya telah berpindah mazhab. Awak ingat senang nak pindah mazhab? Berapa tahun dah saya beramal seperti ini (Ahl Sunnah), adakah dengan bertemu dengan satu benda yang bukan dari darah daging saya, keluarga saya, saya nak berpindah tiba2? Ia tak semudah itu. Jadi  dengan  tuduhan –tuduhan itu saya kecewa.

 

Dari segi aqidahnya masih Ahl Sunnah?

 

Macam ni, apa masalahnya aqidah Ahlu Sunnah dengan aqidah Syiah sekalipun. Baik, aqidah Syiah ni apa dia? Orang selalu tanya saya tentang ni, saya nak tanya semula, apa yang sebenarnya mereka tahu tentang Syiah? Kalau saya tanya awak, apa yang awak tahu tentang Syiah? Awak bayangkan, bila saya tanya, dia kata apa, Syiah ni sesat. Bila tanya mengapa, dia kata Al-Quran Syiah ada 40 juzuk. Saya ketawalah. Bukankah Allah SWT telah berfirman bahawa al-Quran ni daripada Luh Mahfuz, Kamilah (Allah) yang menjaganya. Kalau al-Quran itu tambah 10 juzuk lagi, tentulah tidak munasabah kerana bertentangan dengan janji Allah. Maknanya dia tak percaya janji Allah, kalau ikut logik, berapa ramailah qari dari Iran telah menang Musabaqah al-Quran Peringkat Antarabangsa, kalaulah al-Quran 40 juzuk, tentulah Hasan Az-zahari pun terkejut, eh, surah mana ni, tak pernah jumpa pun kan. Tapi orang kata sedaplah Ikhfa’, Idghamnya apa semua bagi menang jugak, tak munasabah tak? Jadi, bagi logik la Continue reading FT Betul bermazhab Syiah?

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com