Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Pagi di MHI

dsc_3927.JPG

Jumaat yang berkah. Abah menjemput saya di Anjung Az-Zahra (AZ) jam 6.30 pagi. Saya dan abah berbalah kecil apabila kami memakai baju yang tidak sama warna. “Abah kata semalam nak pakai baju pink, kenapa pakai ungu?” Tanya saya. “Eh, baju yang abah pakai ni bukan pink ka?” Tanya abah. Saya ketawa, nyata abah sudah salah warna, yang dimaksudkan pink itu rupanya pada abah adalah ungu.

dsc_3921.JPG

Teman saya,  penerbit  MHI  pagi ini  juga ketawa apabila dimaklumkan. “Takpa2x,” kata Fedtri Yahya dalam smsnya.

dsc_3922.JPG

Alhamdulillah. Kemunculan saya secara live di kaca tv masuk kali kedua. Kali pertamanya ketika mempromosikan Ladang Hati Mustika di RTM1 pada tahun 2007. Jika tidak bersama abah, tentu saya lebih gugup. Saya memang gemuruh berada di depan ramai orang dan kamera. Kelemahan yang saya cuba atasi sejak dari sekolah rendah lagi.

dsc_3916.JPG

Perkenalan dengan ramai orang adalah satu keberkatan. Berkawanlah dengan sesiapapunn pun, insya Allah ada kebaikannya. Tak kira pangkat, umur, agama, bangsa dan Negara. Ya, asalkan kita mempunyai imej dan jatidiri sendiri. Jika kita seekor kucing, masuklah kandang kambing dengan bunyi ‘meow’ juga. Jangan malu dengan diri kita sendiri kalau kita berkeyakinan untuk bersahabat.

19042009916.jpg

Saya mengenali Fedtri Yahya pada tahun 2007. Saya menemubualnya untuk ruangan Sahsiah di Majalah Anis. Dia seorang pemalu dan tidak banyak bercakap. Jika disua soalan, baharulah kelihatan ramah. Berbeza sekali penampilannya di kaca televisyen. Kepada Fedtri Yahya, saya mengucapkan terima kasih kerana beliaulah yang membawa saya dan abah ke kerusi MHI pagi ini, walaupun sesingkat 8 minit. Ia memberikan pengalaman juga pengajaran kepada saya.

dsc_3934.JPG
Azalinor dan kumpulan Saujana turut membuat persembahan di MHI pagi ni. Tahniah Baysirna nak tamatkan zaman bujang 6.6.09 ni.

“Melalui penyampaian media dakwah, kita dapat menyampaikan ajaran Allah dan Rasulullah SAW kepada masyarakat. Tak kiralah melalui novel, travelog, cerpen dan sebagainya,” jelas abah menjawab soalan Mazidul apa pentingnya sastera Islam.

One Response to Pagi di MHI

  1. adinda says:

    tahniah…sy igt td kak ummu pengacara br mhi…he

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • NURLIDA BT MOKHTAR: Salam Ummu Hani, Saya Kak Ida , ingin berkongsi...
  • Akim: link utk borang http://files.itnm.com.my/download/...
  • kakyong: tak salah utk berkahwin semasa belajar, asal faham...
  • Emyne Fahimah Chan: Assalamu'alaikum.. Bagaimana untuk saya mendapatk...
  • mamawana: Assalamualaikum Apa khabar Nik Nur Madihah? Ap...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com