Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Perkampungan PPMN Ke-2, PERJUANGAN SUDAH JELAS!

Cukuplah selama tiga hari kita berkampung di PPMN 09, berkumpul dan bertukar fikiran, bersantai dan berhibur di tepi kolam, bersembang dan bermesra, tak lupa berkenalan sesama penulis, penerbit, wartawan dan editor; Setelah pulang ini, mulailah kita teruskan perjuangan yang ranjau dan tidak berakhir. Kita menjadi pemimpin kepada masyarakat setelah pemimpin di pentas politik sibuk dengan sandiwara politikus mereka, kita menjadi ulama kepada masyarakat yang menjernihkan pemikiran mereka daripada anasir syaitan. Bukankah tugas ini sangat berat wahai para penulisku dan aku? 

dsc_4116.JPG

dsc_4143.JPG

Apabila diajukan kenyataan bahawa penulis muda tidak mempunyai perjuangan, saya lantas menidakkan. Membenarkan kenyataan tersebut bermakna, kira-kira 300 orang penulis muda di Malaysia,  ke semua mereka ini adalah orang yang kosong dan tidak ada matlamat yang diperjuangkan. Betulkah?

Semua penulis ada matlamatnya sama ada bersifat ukhrawi mahupun duniawi.  Bertitik daripada matlamat tersebut, para penulis bangkit memperjuangkan misinya. Namun, perjuangan yang bagaimanakah yang dikira sebagai perjuangan?

Kita boleh menjelaskan perjuangan dengan melihat pada cermin zamannya. Rasulullah SAW adalah insan penerus kepada nabi-nabi sebelumnya yang memperjuangkan tauhid kepada Allah. Yakni membebaskan manusia daripada tengik kesyirikan serta membimbing mereka kepada Allah sebagai Tuhan  dan Pemilik alam ini. Inilah perjuangan yang paling suci seperti firman Allah SWT  yang bermaksud: Tidak aku ciptakan manusia melainkan adalah untuk beribadah kepadaku.

dsc_4095.JPG

Perjuangan ini telah dimulakan oleh Nabi Adam AS sehinggalah Nabi Muhammad SAW kemudiannya terus berlangsungan ke era kita. Perjuangan ini dinamakan dakwah Islamiah. Intinya adalah menegakkan kebenaran dan menjauhkan kemungkaran.

Buku-buku sejarah memaklumkan kepada kita Rasulullah SAW berjuang menyebarkan Islam selama 23 tahun. Jika kita memahami situasi kehidupan baginda 63 tahun adalah perjuangan. Baginda SAW dilahirkan tanpa ayah, kemudian dibesarkan di pinggir Kota Madinah oleh ibu susuan bernama Halimahtus Saadiah, jauh daripada bondanya sendiri Aminah. Sewaktu Halimah menghantar baginda kepada Aminah, beberapa tahun kemudian Aminah pula meninggal dunia. Hanya dua tahun sahaja, baginda SAW mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada datuknya Abdul Mutalib, kerana ketika berusia 8 tahun, nabi SAW kehilangan datuknya pula.

dsc_4078.JPG

Nabi SAW kemudian tinggal dengan bapa saudaranya, Abu Talib yang sederhana dan mempunyai anak-anak yang ramai. Antara anak-anak Abu Talib adalah Saidina Ali, Ummu Hani dan Jaafar at-Tayyar. Apakah nabi bersenang-lenang menumpang di rumah orang? Tidak. Nabi SAW membantu Abu Talib berniaga di Syam, mengembala kambing penduduk2 Mekah dan menjadi pahlawan Quraisy dalam peperangan kaum. Usia kanak-kanak dan remaja baginda tidak mewah dan tidak seronok seperti normalnya. Baginda telah diasuh oleh ALLAH SWT sendiri untuk memperjuangkan misi mulia di akhir zaman. Antara sifat pejuang ini adalah berani, berdikari, berfikiran jauh ke depan, berstrategi dan paling utama adalah akhlak mulia. Ini adalah pakej perwatakan Rasulullah SAW.

Oleh itu, ketika Rasulullah SAW mula menyebarkan Islam ketika usia 40 tahun, ia dapat diterima dengan mudah oleh para sahabat seperti Abu Bakar, Ali, Abdul Rahman bin Auf, Usman bin Affan, Bilal dan lain-lain. Para sahabat percaya kerana perwatakan Rasulullah SAW adalah jujur dan amanah sejak kecil. Adalah mustahil Rasulullah SAW menyampaikan perkara yang tidak benar. Hanya dari akhlak mulia sahaja, mesej Islam Rasulullah bertebaran ke seluruh Arab dan Syam.

 dsc_4096.JPG

Kalau ada persoalan mengapa ada peperangan dalam Islam? Tidakkah peperangan itu memusnahkan? Kita lihat, di setiap peperangan, Islam mengharamkan pembunuhan terhadap wanita, kanak-kanak dan orang tua, malahan tidak boleh memusnahkan tanaman. Perang hanya akan berlaku sekiranya pihak musuh menolak untuk masuk agama Islam. Baginda SAW akan memulakan dengan ajakan yang lemah-lembut, kadang melalui suara kadang melalui surat dan duta. Apabila pihak musuh menolak untuk mengesakan Allah, baharulah tentera Islam akan menyerang. Ini adalah akhlak yang baik dalam peperangan.

Seorang pemuda buta menerima Islam hanya selepas baginda SAW wafat. Ini adalah kerana akhlak baginda SAW sendiri semasa hidupnya memberi makan kepada si buta walaupun orang itu mencaci baginda. Tidak ada perasaan untuk membalas dendam dalam hati baginda SAW.

Akhlak dan sikap inilah yang perlu ada pada penulis Muslim dalam memperjuangankan suara mereka. 

Kita mahu, bukan sahaja ketika hidup orang mengikut apa yang kita serukan tetapi ketika kita meninggal dunia, ada orang yang mendapat hidayah melalui penulisan kita. Inilah perjuangan yang sebenarnya.

dsc_4119.JPG

Dibandingkan perjuangan generasi awal seperti Pak Sako dan Rahim Kajai, mereka menulis untuk membebaskan tanah air dari penjajahan, selepasnya, di era 50-enam0 an, para penulis seperti Usman Awang, Keris Mas, Arenawati,  A.Samad Ismail, Pak Samad said dan lain-lain, mereka menulis untuk mengisi ruang selepas kemerdekaan. Isu-isu yang diutarakan adalah bersifat kemasyarakatan, pendidikan, DEB dan politik. Dan selepas itu, muncul pula aliran pemikiran baru kesan pengaruh dunia ketika itu yang sibuk dengan teori absurd, realisme dan Islam. Orang-orang seperti Shahnon Ahmad, Kasim Ahmad, Shafie Abu Bakar, Affandi Hasan dan lain prolifik menghasilkan teori sastera Islam. Kini pewacanaan tinggalan penulis terdahulu menjadi cabaran kepada penulis zaman ini. Di zaman teknologi, penulis menghadapi masukan-masukan ilmu yang berkembang pesat. Neo penjajahan barat dalam bentuk budaya lebih ampuh merosakkan sesuatu bangsa. Jadi, penulis mudalah sebagai junta-junta yang akan menjadi satria dalam perlawanan ini.

dsc_4016.JPG

Dibandingkan lagi dengan perjuangan srikandi-srikandi Melayu mempertahankan tanah air serta sanggup bersama-sama berjuang dengan suami mereka demi Negara dan agama. Misalnya, yang terjadi di Aceh, serambi Melayu yang mula-mula menerima pengaruh Islam. Zengtraaff dalam bukunya Aceh, menukilkan keturunan ulama’ Aceh seperti Teungku Syeh Saman Tiro serta keluarganya sanggup berjuang tiga-empat  keturunan daripada tunduk kepada penjajah Belanda. Mereka rela ‘hidup mulia dengan Islam atau mati syahid’. Tidak termakan dengan rayuan materi barat jauh sekali untuk mengakui kekuasaan penjajah yang kafir. Apa yang mereka lakukan?

dsc_4067.JPG

Para Ulama Aceh memulakannya dengan mengutus surat kepada pihak penjajah Belanda, menyerukan supaya penjajah memeluk agama Islam, maka setelah penjajah memeluk Islam, mereka tidak teragak-agak untuk tunduk pada pemerintahan Belanda. Namun, jika sebaliknya, mereka sanggup berjuang dan mati syahid. Dan, mereka benar dalam janji!

dsc_4089.JPG

Belanda tidak sekali menerima pelawaan memeluk Islam dan tekad membunuh sesiapa yang berani menentang; keluarga ulama Aceh tidak takut! Wanita-wanita Aceh terutama isteri para ulama seperti Pocut Merah Intan, Cut Meutia, dan lain-lain, sentiasa di sisi suami dalam senang atau susah. Pada waktu suami mereka diburu Belanda, mereka setia hidup pindah-randah di hutan. Kala ditangkap penjajah, mereka masih di sisi suami, memberikan sokongan. Apabila suaminya mati ditembak atau ditikam, para wanita ini mengambil senjata suaminya dan meluru membunuh si penjajah jahanam. Paling tidak pun, mereka akan meludah ke muka penjajah dan sanggup dibunuh daripada tunduk menyerah kepada ‘kaphe’ (kafir).

Ini perjuangan yang kita baca di dalam buku.

dsc_4103.JPG

Maka seterusnya, usaha penulis kita pada hari ini adalah menaikkan imej dan martabat  pejuang terdahulu di dalam karya. Tokoh-tokoh ini akan memberi inspirasi kepada generasi ‘pop-corn’ barat untuk meraih jatidirinya terhadap agama dan bangsa. Kita haruslah membalikkan rasa cinta anak-anak muda terhadap budaya popular barat kepada nilai perjuangan nenek-moyangnya dahulu mempertahankan agama dan tanah air. Tugas penulis adalah sangat mencabar- seperti seorang doctor yang ingin merawat pesakitnya.

Cukuplah selama tiga hari kita berkampung di PPMN 09, berkumpul dan bertukar fikiran, bersantai dan berhibur di tepi kolam, bersembang dan bermesra, tak lupa berkenalan sesama penulis, penerbit, wartawan dan editor; Setelah pulang ini, mulailah kita teruskan perjuangan yang ranjau dan tidak berakhir. Kita menjadi pemimpin kepada masyarakat setelah pemimpin di pentas politik sibuk dengan sandiwara politikus mereka, kita menjadi ulama kepada masyarakat yang menjernihkan pemikiran mereka daripada anasir syaitan. Bukankah tugas ini sangat berat wahai para penulisku dan aku? 

Kesimpulanya, bukan penulis itu tidak mempunyai perjuangan tetapi kurang menyedari peranannya dalam perjuangan yang begitu besar dan sengit. SELAMAT BERJUANG KEPADA SEMUA!

3 Responses to Perkampungan PPMN Ke-2, PERJUANGAN SUDAH JELAS!

  1. laila says:

    slm akak.ramainya muka2 yg laila tak penah nampak>,> krm slm kat kak nas ya.nmpk makin tembam he2

  2. Atriza says:

    Insya`allah.. Teruskan perjuangan semata lillahi ta`ala..

  3. Drimba says:

    Perjuangan memartabatkan kembali bahasa Melayu dalam tulisan Jawi juga perlu ditingkatkan kembali.

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com