Archive for June, 2009
28 Jun 2009
Siti, 24 tahun, teman yang baru kami kenali di Singapura. Anak kelahiran Toa Payoh ini berkongsi pelbagai cerita ketika membawa kami berjalan-jalan mengelilingi Kota Singa. Pagi ini, kami mulakan lawatan ke Masjid Ba’alwi yang dipimpin Imam Habib Hassan, tokoh pemimpin Islam terkenal di nusantara Melayu. Kesempatan tersebut diambil rombongan kami untuk menunaikan Solat [...]
“Jika kita sudah mempunyai anak atau suami (ops, semestinya suami dulu baharu anak), kebarangkalian untuk bermusafir begini adalah kurang,” kata Bonda Maryam menyedapkan hati saya dan Faez. Kata-katanya itu lebih menjurus untuk memujuk jiwa kami masing-masing, yang sedang berdoa dan berharap (berusaha?) agar dijodohkan dengan sang soleh seperti yang didahului teman-teman lain. Amin.
Bacaan sepanjang perjalanan [...]
Bonda Azah dan adik Nik Nur Madihah. Dua idola dalam hidupku
Maaf pada rakan2 yang menang HSKU 08, tak sempat ambil gambar anda disebabkan keunikan aturcara malam tu, hehee
Kongsikan :
Auni Hafsah jadi penawar jiwa maklong:)
Setiap hari dan boleh dikatakan hari-hari saya mengalami kesakitan. Tidak banyak farmasi atau hospital yang boleh mengubat kesakitan ini. Ia bukan penyakit fizikal, kalau pun tertumpuk pada anggota badan, punca permulaannya datang dari anggota dalaman yang sakit itu; iaitu hati dan jiwa.
Aduhai, kerana dua ini tidak dapat dibelai atau diusap [...]
Yang Mana Ummu, yang mana Hasna?
Semalam (16 Jun 2009) selain hari kelahiran adik kedua, Hasna yang ke 25, saya mengucapkannya kata-kata cinta kepadanya, kemudian Allah memberikan hadiah pula kepada saya. Sebuah kiriman dari Tanah Solo, Indonesia.
“Wah, Majalah Girlie Zone terbitan Indiva Media milik rakan-rakan penulis FLP, Solo.” Makasih Mbak Asri Istiqomah yang ‘repot-repot’ mengepos majalah [...]
Nampaknya peranan beberapa media untuk menjadi lalat yang menghurung tahi dan najis kemudian ditelurkan ke banyak tempat sudah terserlah. Beberapa isu ‘sensitif’ yang dikumandangkan media-media lalat ini sengaja mahu mencuri ketenangan ‘Negara Islam’ Malaysia ini. Nampaknya, rumah kita iaitu Malaysia ini terlalu banyak ‘memelihara’ binatang. Selain lalat, binatang-binatang lain seperti anai-anai (manusia yang sikit demi [...]
Salam perjuangan,
Saya dan keluarga sedang mengusahakan penubuhan sebuah mini kampung buku di desa kediaman saya sebagai suatu usaha kerdil bagi memasarkan buku-buku tempatan di utara tanah air dengan harapan ia dapat meningkatkan kesedaran membaca di kalangan masyarakat tempatan.
Namun usaha ini bukanlah mudah dan saya memerlukan bantuan saudara-saudara pejuang-pejuang tulin dalam industri buku.
Saya berusaha menyediakan ruang [...]
Al-Fatehah buat 11 diri yang syahid ketika menunaikan solat Isya’ di Masjid al-Furqon, Kampung Air Tempayan di Narathiwat, 9 Jun 2009.
Perdana Menteri terkini Thailand, Abhisit Vejjajiva baharu sahaja mengumumkan kepada sekumpulan wartawan Malaysia tentang niatnya untuk membangunkan kawasan di Selatan Thai sebagai asas perpaduan di kalangan penduduk Muslim dengan kerajaannya. Niatnya itu serius dan dinyatakan sendiri kepada Perdana [...]
Penulis di laman Masjid Nabawi, Julai 2008.
Sudah hampir setahun pengalamanku mengerjakan umrah berlalu. Alhamdulillah, cerpen yang telah kucoret di depan Masjidil Haram itu (Teman, Cukuplah Kami) memenangi Hadiah Utama Kategori Cerpen Remaja HSKU 2008 yang diumumkan semalam.
Di Depan Kaabah Kutemui Makna Syukur.
Photo ditangkap oleh penulis dari tingkat 2 Masjidil Haram.
Telah datang khabaran
Dari dua bibir sang imam
Tentang [...]
(Dipetik dari Berita Harian, 4 Jun 2009)
Penulis muda mulut celupar
Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim
rashiqah@bharian.com.my
ANTARA peserta Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009.
Bidas media dan editor sastera kerana kawal kebebasan berkarya, tetapi ada yang menyangkal
MEDIA cetak arus perdana dan editor sastera dibelasah penulis generasi muda pada Perhimpunan Penulis Muda Nasional (PPNM) Kedua: [...]
























Recent Comments