Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

June 28th, 2009

Sunday, June 28th, 2009

Sistem yang berakar.

28 Jun 2009

dsc_6366.JPG

Siti, 24 tahun, teman yang baru kami kenali di Singapura. Anak kelahiran Toa Payoh ini berkongsi pelbagai cerita ketika membawa kami berjalan-jalan mengelilingi Kota Singa. Pagi ini, kami mulakan lawatan ke Masjid Ba’alwi yang dipimpin Imam Habib Hassan, tokoh pemimpin Islam terkenal di nusantara Melayu. Kesempatan tersebut  diambil rombongan kami untuk menunaikan Solat Sunat Dhuha di lantai masjid, melihat khazanah Islam termasuk foto-foto Makam Rasulullah SAW, poster para ulama, tasbih dari pelbagai Negara Islam dan dokumen pengiktirafan masjid ini. Bagi keturunan ‘syed’ dan ulama dari Yaman, masjid ini tidak asing kerana menjadi tempat perhimpunan ilmu terutama ketika menyambut Maulud  Nabi SAW. Bahkan, orang awam turut hadir dari seluruh dunia Islam untuk mendengar lantunan selawat, burdah dan kuliah tentang kemuliaan Rasulullah SAW  oleh ulama keturunan baginda termasuklah al-Fadhil Habib Hassan. Masjid ini juga satu-satunya di Singapura yang mempunyai perigi. Airnya bersih dan boleh dibuat minuman kepada para tetamu yang bertandang. Sesiapa yang mampir ke sini akan merasai ketenangan bi’ah ukhwah Islamiah.

dsc_6406.JPG

Pesanan abah supaya disampaikan salam kepada Habib Hassan tidak dapat diluweskan. Pak Habib belum tiba dan kamipun terpaksa bergegas dengan masa.

dsc_6446.JPG

Dalam bas awam menuju ke Pulau Sentosa, Siti berkisah tentang kehidupannya di kota metropolitan. Sejak tadika, sekolah rendah dan menengah milik kerajaan, pendidikannya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Manakala, bahasa ibunda bangsa (Melayu, Cina, India dll)menjadi pilihan untuk bahasa kedua. Sekolah di sini melarang pengamalan agama di kalangan para pelajar ketika berada di kawasan sekolah. Para pelajar wanita Muslim misalnya tidak dibenarkan memakai tudung. Pendidikan agama Islam juga tidak diajarkan tetapi digantikan dengan pendidikan moral. Bagi ibubapa yang Islamik, mereka akan memasukkan anak-anaknya ke sekolah agama swasta. Namun pensyaratan supaya ibubapa mestilah menduduki ujian bahasa Arab dan tulisan jawi terlebih dahulu menyebabkan sebahagian ibubapa selesa anak-anak dibimbing oleh sistem pendidikan sekular kerajaan.

dsc_6476.JPG
Siti sendiri  sepanjang di sekolah rendah dan menengah tidak pernah mengenakan tudung ke sekolah. Tudung hanya dipakai ketika berjalan dengan ibubapanya. Mungkin antara masyarakat Islam hari ini merasakan bahawa tudung tidak begitu penting berbanding mempunyai hati yang baik dan berbudi pada orang lain. Namun, pandangan itu sedikit sebanyak akan menghakis kebanggaan kita terhadap syariat Islam tanpa disedari. Continue reading Sistem yang berakar.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com