Nampaknya peranan beberapa media untuk menjadi lalat yang menghurung tahi dan najis kemudian ditelurkan ke banyak tempat sudah terserlah. Beberapa isu ‘sensitif’ yang dikumandangkan media-media lalat ini sengaja mahu mencuri ketenangan ‘Negara Islam’ Malaysia ini. Nampaknya, rumah kita iaitu Malaysia ini terlalu banyak ‘memelihara’ binatang. Selain lalat, binatang-binatang lain seperti anai-anai (manusia yang sikit demi sikit dia makan kawannya dari ‘dalam), ada juga ular (manusia yang lidah bercabang dan sanggup berbaik dengan sang munafik demi perjuangan ‘Keadilannya’), ada yang bermuka buaya (nak pasang tiga empat bini dia tipu yang pertama), ada lembu, ada kerbau, nyamuk selain khinzir (ke mana pun pergi berbau busuk, berpenyakit dan menjangkiti orang lain).
Saya tak mahu berpesan pada anda sebelum saya berpesan kepada diri saya dulu, Rasulullah SAW selalu mengajak kita berhati-hati dengan orang munafik. Antara ciri orang munafik ialah. mereka ‘ringan-ringan’ sahaja urusan agamanya dan nampak ‘menjaga hati musuh Islam’. Mudahkan agama yang paling mudah adalah bercakap bohong, menyalahi janji dan tidak amanah. Ciri lain adalah selalu melewatkan solat dan bila bergaduh berlebih-lebihan.
Bagaimana orang yang tahu jelas tentang syariat Islam tetapi kerana ‘menjaga hati’ musuh (misalnya Islam Liberal) sanggup mereka ‘main tarik-tali’ dengan agama? Terus-terang, saya mula ragui parti politik yang tidak meletakkan Islam sebagai prinsip utamanya walaupun pemimpin itu ‘lantang’ bercakap tentang Islam. Saya bersetuju jika satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam menjadi sebuah parti yang tidak di ‘belai dan diusap’ oleh parti-parti ‘liberal ini’ demi kepentingan mereka. Dan, parti Islam haruslah berjaga-jaga juga dengan parti sekular yang digolongi niagawan dan bangsawan kerana selagi mereka berotakkan fahaman sekular, mereka hanya memandang Islam sebagai ‘gula-gula’ atau pemanis hidup. Untuk mengambil Islam sebagai ‘cara hidup’ jauh sekali.
Ummu Hani, anda berhati-hatilah!







