Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Kiriman2 Manis

 kak-ummu-dan-hasna.jpg

Yang Mana Ummu, yang mana Hasna? 

Semalam (16 Jun 2009) selain hari kelahiran adik kedua, Hasna yang ke 25, saya mengucapkannya kata-kata cinta kepadanya, kemudian Allah memberikan hadiah pula kepada saya. Sebuah kiriman dari Tanah Solo, Indonesia.

“Wah, Majalah Girlie Zone terbitan Indiva Media milik rakan-rakan penulis FLP, Solo.” Makasih Mbak Asri Istiqomah yang ‘repot-repot’ mengepos majalah remaja Muslim itu. Rupanya, di muka surat belakang, turut dimuatkan wawancara wartawan GZ, Mbak Asri dengan saya di Pesta Buku Solo Mac lalu. Alhamdulillah.

untitled.bmp

Mbak Asri Istiqomah 

Cinta saya yang saya tatang selama 5 tahun (2005-2009) bermasalah. Namun, kematangan bercinta (dah pandai bercinta sejak sekolah menengah katakan) membuatkan saya mampu tersenyum dan tenang-tenang saja. eheh. Tindakan saya yang selalunya adalah menelefon mereka yang ‘pakar’.

“Kak Ummu boleh hantar ke cc saya, nanti saya tengokkan,” kata Salehuddin yang sudah 2 kali ‘memperbaiki’ cinta saya. Aduhai, tanpa cinta dua hari ini saya ‘kelelongan’. Masa bersepahan di jalan raya. Cintaku, laptopku dan virus perosak.

Saya menghadam majalah GZ kiriman Asri Istiqomah sebelum masuk karung mimpi. Seputar tentang filem Ketika Cinta Bertasbih yang diruwetkan Farah ‘Kenapa tak masuk Malaysia lagi seperti janji Ustaz Habibur Rahman April lalu di Pesta Buku KL?’. Mata tertangkap ruangan puisi tulisan M. Hidayatullah Irfan. Beliau menukilkan puisi Pak Kuntowijoyo yang amat menarik;

Aku ingin jadi pencuri, yang lupa menutup jendela,

ketika menyelinap ke rumah Tuhan dan Tertangkap!

Tiba-tiba rasa nak jadi pencuri. Saya salin dan sampaikan pada dua teman yang ‘sebulu’ citarasa; Bonda Maryam dan Fedtri Yahya.

“Aku cuma ingin jadi pungguk yang setia, pengagum bulan ciptaanNya, yang akhirnya aku tahu, cintaku sebenarnya padaNya. aku mahu setia dan tetap setia pada cintaNya”- Bonda Mariam.

f_18mhi.jpg

Fedtri Yahya pagi ini memberi respon di MHI dengan mendeklamasikan semula bait tersebut. Tak sia-sia berkongsi ilmu dengan orang yang mahu menghargai.

Pagi ini, saya mengirimkan pula pesanan ke hati sendiri; Ummu, cepatlah siapkan tesis tu.

Hati membalas; Tunggulah, cintaku (laptopku) masih dalam dewan pembedahan..

5 Responses to Kiriman2 Manis

  1. kak faezah says:

    ummi akak nampak kecik… adik plak nampak besaq… hehehhe

  2. ummuhani says:

    Kak Faezah, saya dari kecik sampai la kecik dok kecik juga, eheh.-

  3. maryamnour says:

    Aduh nona manis. Tak sangka lak sampai ke MHI sms kita. Hehe. Dan terima kasihla me ‘link’ kan blogku di situ. Cintaku juga sakit. Karana semalam ada orang mengata ia sudah tua. Benar-benar hari ini dia menunjuk rajuk. Laptop…laptop. Time bz ni la dia nak main ‘za’lan’ dengan kita.

  4. ummuhani says:

    laptop merajuk bukan pasal kita banyak guna dia tapi banyak ‘main2′ dengan dia. buka laptop bukan menulis tapi menenet,aduhai.

  5. ummuhani says:

    Laptop merajuk kerana tuannya banyak menenet dari menulis yang patut2.

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com