Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

June, 2009

Tuesday, June 2nd, 2009

Ibu Ayah, Itu Syurga

(Disiarkan dalam Pelita Bahasa, Mei 2009)
Oleh: Ummu Hani Abu Hassan

alg_gaza-baby.jpg

Musim sejuk Mediterranian; kumbang di celahan daun oren selalu malu. Menyorok ataukah malu melihat mata-mata sejuk di luar sana? Jarang ada oren yang busuk isinya, sang kumbang tidak nakal merobek. Itu bukan kerana ia malu atau tidak nakal, itu kerana Pakcik Mohsen, jiran kami yang rajin menyembur ubat pelali binatang. Biar musim buah kali ini dapat dinikmati semua orang, bukan semua binatang.

Aku menjungkit sedikit kepala, tangan terasa panjang untuk mencapai oren yang terjuntai berhampiran tingkap. Satu, dua , tiga, ku angkat sedikit kaki. Nah! Apabila sudah melompat, aku jarang kalah mencerkup apa sahaja termasuk oren yang kini sejuk di tangan comelku. Ini untuk dimakankah?

“Hossam..!” jerit ibu dari dapur. Aku memasukkan buah oren ke dalam poket seluar. Kalaulah ibu tahu aku memetik buah oren Pakcik Mohsen, tentu ibu marah. “Hossam..!” Kali ini suara ibu lebih kuat membuatkan kakiku berlari menuju ke arahnya. Ibu bercekak pinggang sambil senduk dijungkit ke atas. Matanya bulat menjengil.

“Kamu yang baling batu pada Maryam ya?” tanya ibu. Aku menggeleng kepala. Sebenarnya, aku ingin menyapa Maryam dengan senyuman tetapi dia membalasnya dengan jeliran lidah. Siapa yang tidak geram. “Ah! Kamu melakukan dua kesalahan. Pertama, membaling batu. Kedua, kamu berbohong pada ibu.” Ibu siap menarik kuping telingaku. “Kenapa kamu nakal? Siapa yang mengajar kamu sayang?” kata ibu setelah melepas telingaku. Panas dan memerah. Aku berasa mahu menangis tetapi kupendamkan sahaja. Bayangan Maryam ingin kuterkam geram. “Janganlah kamu berperangai seperti Yahudi di Tel Aviv. Mereka tu syaitan dunia. Kamu sepatutnya berasa sayang pada Maryam. Dia saudara seagama kita!” kata ibu meninggalkan aku yang mencebik masam. Continue reading Ibu Ayah, Itu Syurga

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com