Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

July, 2009

Friday, July 31st, 2009

ANAK KE 3 YANG TERLEWAT

 310720091137.jpg

Alhamdulillah, pagi ini jerebu dalam hati (yang disedut dek rongga hidung) telah dibasuh satu hujan busyro (berita gembira).

Kelahiran yang saya nantikan hampir 3 tahun. Sebetulnya, sebelum 1 Bulan 3 Bintang dan Catatan Hati Nik Nur Madihah, novel Senyum Kota Suriah (yang ditulis hampir setahun iaitu sama tahun dengan novel Baromkeh, Matamu di Mataku) telah pun siap.

Alhamdulillah, hari editornya, Kak Fatimah dari DBP telah memaklumkan anak saya  sudah dicetak. Saya belum lagi melihat dirinya yang tentunya ‘comel’.

Teman-teman, nanti saya kongsikan satu lagi novel kembara pengalaman ke Syria iaitu Senyum Kota Suriah di sini. Dan anda tentu tidak rugi memilikinya terutama untuk adik-adik dan pecinta sastera Islam.

310720091136.jpg

Saya ingin ‘terbang’ menjenguk si comel itu di DBP hari ini. Ya Allah, terima kasih tiada berpenghujung walaupun nyawa berpenghujung.

Tuesday, July 28th, 2009

Taman Buku Puteh

 280720091123.jpg

Kenapa Puteh Book Garden, sedangkan kalian pejuang Bahasa Melayu?” tanya seorang editor sastera kepada abah dan saya.

Alhamdulillah, kerja-kerja akhir merealisasikan kecintaan abah dan emak iaitu Taman Buku Puteh (TBP) hampir selesai. TBP kini tinggal dipasang cermin tingkap, rak dan almari. Ini adalah usaha gigih abah dan emak, kami anak-anak hanya berdoa dan ‘tunggu arahan’ sahaja. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan ibubapa yang luarbiasa kepada saya dan adik-adik.

280720091106.jpg

Laluan perkampungan kami iaitu Kampung Gajah Puteh, Padang Sera adalah laluan antarabangsa. Kedudukannya unik iaitu berada di tengah dua pekan yang menghubungkan negeri Kedah- Perlis dan Kedah- Thailand. Dari rumah kami, perjalanan ke Songhkla, Pattani, Hatyai, Naratiwat hanya memakan masa 2-5 jam perjalanan. Manakala untuk ke negeri Perlis pula, hanya mengambil masa sependek 15 minit! Justeru, tidak hairanlah kampung ini sering dikunjungi warga Thai dan bangsa-bangsa lain. Oleh itu, sebagai menarik perhatian para pengunjung maka diletakkan Puteh Book Garden manakala di bawah tulisan itu tertulis Taman Buku Puteh.

280720091112.jpg

Tarikan amat penting dalam menanamkan kebaikan pada orang lain. Oleh itu, antara strategi abah memasyarakatkan warga di sini dengan buku ialah warna kedai yang terang, warna-warni, papan tanda yang boleh difahami semua orang serta aktiviti ilmu dari masa ke semasa.

280720091126.jpg

Mohon doa kalian semua untuk perjuangan yang baru bermula ini.

280720091118.jpg

SELAMAT DATANG KE TAMAN BUKU PUTEH

KAMPUNG GAJAH PUTEH, PADANG SERA, KODIANG, KEDAH.

Saturday, July 25th, 2009

Niat Ke Jordan

imgp0439.JPG

Bas yang membawa kami ke Bumi Jordan 

‘Memang ini rezeki Allah’, kata hati sendiri. Semalam, saya bersantai agak lama dalam sebuah Cyber Cafe berdepan dengan Jameah Abu Nour, Ruknuddin, Damsyik. Di situ, saya melepaskan walah pada satu musibah permusafiran. Saya menulis di blog dan di emel, bahawa saya gagal menjaga hubungan mahabbah antara saya dengan dua sahabat safar. Ada satu masalah besar lagi wujud, teman yang saya kenalkan kepada abah dan emak (sebagai calon menantu mereka) telah menarik diri gara-gara satu teguran saya yang bernas. Insya Allah, sejauh ini (Malaysia ke Syria kira-kira 9 jam waktu penerbangan) telah saya lalui, maka saya nekad mengatasi masalah yang hadir dengan watak gadis Muslimah. Mesti matang!

Cuaca pagi itu 11celcius. Sejuk yang mengigit wajah (hanya wajah yang tidak berselindung kain) menyejukkan juga hati. Di saat dua teman menghilangkan rasa ketemanan mereka, Allah telah menggantikan perempuan-perempuan solehah untuk menjadi sahabat. Syuhada. Ilah,Naemah, Sarah dan ramai lagi. Sekarang, di rumah mereka  dalam sesak Suq Jumaat saya menumpang teduh. Saya ingin mencari kekuatan jiwa lagi; perkara baru yang mesti saya raih di hari-hari akhir di bumi Damsyik. Falafil, Khubuz, laban, hummus, filfil, fasoliya, nasi mandi, syoraba telah sebati dengan perut. Saya mahu merasai lain daripada makanan Syam. Saya mahu melanjutkan perjalanan, menghirup bau Pohon Tin (seperti yang digemari Ustaz Hasrizal Abdul Jamil aka Saiful Islam), segar darah Syuhada’ Syam dan melihat pohon anggur yang tidur di musim sejuk. Shh..sebenarnya saya mahu ke Jordan. Tetapi dengan siapa? Continue reading Niat Ke Jordan

Saturday, July 25th, 2009

Halusi Waktu

Setiap hari, bangun saja dari tidur, ada ombak-ombak bimbang yang menghempas pantai jiwa. Nyawa seakan baru menyusup semula ke dalam diri, mencari ruang dan tugasnya. Sebenarnya, ketika waktu berdetik dan berarus laju, tubuh masih bernyawa. Tetapi nyawa tanpa kehidupan. Leka, ego dan gumam.

Soal diri kepada jiwa; Apakah yang telah kau lakukan pada saat tahun 2009 bakal meninggalkan satu perkampungan amalan untuk dibina di hadapan Allah SWT nanti?

Kampung itu tentunya tanpa rumah kesolehan, padang yang kering berbaja dosa, juga halaman bertanah hitamkan khianat. Pada satu amanah yang telah diberikan Allah, aku tidak menjaganya dengan betul-betul iaitu masa mudaku masa kelapanganku. 

Hal inilah yang membuatku tidak senang hati sepanjang masa.

Thursday, July 23rd, 2009

Menghakimi Cerpen

 Baru-baru ini saya diminta oleh pihak penganjur dari sebuah organisasi dakwah untuk menghakimi pertandingan menulis cerpen. Berikut merupakan sedikit perkongsian ‘kekecewaan saya’ selaku pembaca dan juga pengadil.

Umumnya mengetahui bahawa cerpen adalah karya prosa yang tidak asing dengan masyarakat. Sebagai  organ sastera yang terbatas, cerpen mementingkan kualiti cerita yang diadun dengan teknik naratif yang kreatif. Ia berbeza dengan penulisan novel mahupun puisi, pengarang tidak boleh membazirkan banyak ‘perkataan’ untuk menerangkan fikirannya kepada pembaca. Cerpen yang baik adalah cerpen yang sarat dengan persoalan, mengandungi jawapan, membentuk pemikiran, padat, tepat dan bermakna. Apabila dijadikan alat dakwah, maka cerpen seharusnya mengutarakan nilai-nilai Islam yang jelas. Penulis juga bertindak sebagai pendakwah yang berhikmah, serta penyiaran cerpen itu nantinya menjadi medium dakwah yang komprehensif.
Pensejarahan sastera Islam termasuk cerpen membuktikan bahawa karya sastera berkembang searus perkembangan zaman. Pada dekad 1970-an,  perbincangan mengenai sastera Islam kedengaran lantang akibat pengaruh Islamisasi dalam pelbagai bidang terutama politik dan sosial masyarakat Malaysia. Hal ini terus berlanjutan hingga ke alaf milieu kini, para penulis tidak hanya membincangkan persoalan tubuh fizikal Islam (hukum-hukum Fekah) tetapi turut menyentuh soal pemikiran dan falsafah Islam. Banyak persoalan baharu yang muncul di kalangan generasi Islam pasca moden yang menuntut jawapan dan buah fikiran daripada para pengarang Muslim selaku pendakwah. Misalnya,  persoalan kemiskinan yang menjadi punca penyakit sosial, bahaya rasuah dan pecah amanah, isu pendidikan sekular yang lebih diutamakan berbanding pendidikan Islam, punca keruntuhan institusi kekeluargaan, isu ekonomi global yang bercirikan neo kapitalis, serta mengangkat kembali imej Melayu Muslim di kalangan generasi baharu. Persoalan-persoalan berikut memerlukan para penulis membuat penyelidikan, berfikir dengan serius dan  kritis serta memberikan altenatif penyelesaian bersumberkan al-Quran dan Sunnah.  Hal ini adalah wajar jika pengarang mempercayai bahawa menulis cerpen adalah aktiviti intelektual yang serius.

Malangnya, di kalangan kita merasakan bahawa penulisan cerpen adalah aktiviti kesenian yang tidak berpaksikan ilmu akademia serta boleh diteroka ‘sesiapa sahaja’. Continue reading Menghakimi Cerpen

Friday, July 17th, 2009

Pesan Tok

Pesan tok,
“Walaupun tidak berkawan-kawan sebelum berkahwin, jarang ada pasangan yang bernikah itu bercerai. Hidup mereka rukun bahagia sehingga tua. Malahan, dalam tempoh berumahtangga, Tuhan mengurniakan pula deretan anak-anak, paling sedikit 5-6 orang, paling ramai ada yang lebih 20 orang. Ya, hanya dari seorang ibu. Tidak pula si ibu mengeluh kepenatan mengasuh anak ramai. Tidak pula merungut si bapa terpaksa bekerja keras memberi makan pakai kepada keluarganya. Ibu berlaku jujur dengan amanah menjaga rumahtangga sebaik- baiknya. Bapa pula tidak main kayu tiga atau bermalas-malasan. Semuanya dipundakkan pada takutnya melanggar perintah Tuhan!”

Thursday, July 16th, 2009

BEST KAMCING DENGAN MEREKA

hargai-umur-anda-dengan-amal-kebajikan-cikgu-rohana.JPG

Cikgu Rohana,usia 60-an pergi belajar Bahasa Arab di Mesir dengan orang-orang muda. 

Jika ditanya kepada adik-adik mahasiswa, siapakah antara anda yang suka berkawan dengan orang tua? Umumnya tahu bahawa orang tua adalah mereka yang berumur 50 tahun ke atas, atau kata manisnya, golongan veteran yang sudah matang dengan asam garam kehidupan. Saya menjangkakan tidak ramai yang akan mengangkat tangan mengatakan “Ya, saya suka dan mendekati mereka!”. Pemerhatian saya sendiri, adik-adik mahasiswa lebih memilih persahabatan sesama usia, lebih muda atau orang yang berbeza umur yang tidak jauh. Kini, setelah meniti usia yang lebih dewasa, saya berasa rugi kerana umur mahasiswa saya tidak digunakan untuk mencari sahabat dari golongan 50 tahun ke atas.

mak-saya-ajar-siapa-yang-memasak-dia-yang-kena-basuh-dato-rudi.JPG

 Mak saya ajar, siapa masak dia kena basuh

Mengapa? Continue reading BEST KAMCING DENGAN MEREKA

Tuesday, July 14th, 2009

Keluarga Saidina Ali

 dsc_7500.JPG

 Abah dan Hj Ismail Kopi Arab

Keluarga Saidina Ali datang ni,” kata Ustaz Hj Ismail Kopi Arab ketika menyambut kedatangan abah, saya dan adik. Kami ketawa berbaur bangga dalam hati. Ini adalah kerana nama kami masing-masing berkaitan dengan ahl bait Rasulullah SAW. Nama abah adalah Abu Hassan mirip anakanda Saidina Ali iaitu Hasan, nama adik saya pula Mohd Husaini iras nama Hussien, saudara Imam Hasan bin Ali R.A.Nama saya sendiri adalah Ummu Hani iaitu kekanda Saidina Ali R.A.

Suatu waktu, Saudara Fedtri Yahya (MHI, TV3) mengirim sms kepada saya, “U adik-beradik Saidina Ali ke?” Saya agak tergamam dengan soalan tersebut, “Kenapa tanya begitu?” tanya saya kembali. “Tengah baca buku sejarah Saidina Ali,”balasnya. Baharulah saya faham dan berasa bangga dikaitkan dengan nama kecintaan Rasulullah SAW dan umat Islam.

Kini, apabila fitnah berlaku di kalangan umat Islam sehingga memecahkan kepada banyak puak (antaranya Sunni dan Syiah), telah wujud pesimis kepada Ahl Bait dan para sahabat Rasulullah SAW. Misalan, di kalangan orang Syiah, ada yang tidak ‘senang’ dengan nama Abu Bakar, Umar, Aisyah dan Hafsah (semoga kita dilindungi untuk membenci apa yang dicintai oleh Allah dan rasulNya). Di kalangan setengah sunni (Wahabi) pula ‘pantang’ dengar nama ‘Ali, Hussain, Fatimah, Hassan’ mereka akan berkata, “Eh, awak ni Syiah ke?” (Astagfirullah). Ya Allah, ampunilah dosa kami semua.

Suatu ketika, saya menghadiahkan novel Ladang Hati Mustika  kepada seorang mufti (kini bekas). Ketika membelek novel tersebut dia ternampak perkataan ‘Az-Zahra’ (nama rumah sewa saya AZ). ”aZ-Zahra?” tanyanya dan saya faham maksud ustaz tersebut. Jelas dia amat berhati-hati dengan segala unsur yang bertentangan dengan fikrahnya. Saya mohon, kami semua terselamat dari fitnah agama.

Ya Allah, orang-orang soleh terdahulu telah pergi mendahului kami, mereka meninggalkan nama yang mulia, akhlak yang mulia dan pengorbanan yang mulia untuk Islam. Jadikan kami yang bernama atas nama mereka ini, dapat berakhlak dengan akhlak mulia mereka. Amin 

Monday, July 13th, 2009

Perkahwinan

 dsc_7826.JPG

 Selamat pengantin baru buat sepupuku, Solehah binti Johari dan pasangannya Abu Laist.

Jodoh pertemuan, nikah cerai, adalah jadual Tuhan. Ramai artis kalau bercinta akan menjawab pada masyarakat begini:” Jika memang jodoh kami, nak buat macam mana?” Ada juga yang menjawab begini bila sudah bercerai, “Sudah takdir kami untuk berpisah. Dah tak ada jodoh nak buat macam mana?”

Saya kira, jawapan klise itu bukan hanya dijawab oleh golongan selebriti tetapi juga ramai yang lain. Namun, manusia bukan hanya menanti jodoh dan takdirnya begitu saja, takdir dan jodoh akan terjadi bila ada usaha ke arahnya. Misalnya, orang yang masuk ke universiti, dia hanya berjaya setelah melalui proses pendidikan dan peperiksaan. Takdir hanya akan menentukan jenis universiti yang dipilihnya. Takdir saya ialah belajar dan ‘bermain’ di Universiti Malaya saja. Walaupun pernah memohon ke UIAM, tetapi jodoh saya di Universiti Malaya juga(dah 8 tahun di sini!)

dsc_7904.JPG

Suatu hari, ada seorang adik remaja lingkungan 16 tahun bertanya pada saya, “Kenapa Kak Ummu tak kahwin lagi?” Continue reading Perkahwinan

Thursday, July 9th, 2009

Belajar Bahasa Asing Tanpa Kontroversi

Dato’ Anwar Ridhwan

Menguasai bahasa-bahasa asing akan memberi kelebihan kepada seseorang. Wira Melayu Hang Tuah dilakarkan sebagai pahlawan yang turut menguasai berbelas-belas bahasa asing. Melalui penguasaan bahasa-bahasa asing, Hang Tuah mampu bersemuka dengan sesiapa sahaja, kerana ia menguasai bahasa-bahasa tersebut, di samping memahami psikologi dan budaya penuturnya.

Hang Tuah belajar bahasa asing dengan cara yang betul, tanpa sebarang kontroversi. Ia berguru kepada guru atau munsyi bahasa pada zamannya. Ia belajar bahasa asing untuk beberapa tujuan kemahiran, terutamanya kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Untuk memberikan kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur kepada Hang Tuah, pastilah munsyi-munsyi bahasanya menggunakan sistem atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tertentu. lanjut di sini

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com