Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

Perkahwinan

 dsc_7826.JPG

 Selamat pengantin baru buat sepupuku, Solehah binti Johari dan pasangannya Abu Laist.

Jodoh pertemuan, nikah cerai, adalah jadual Tuhan. Ramai artis kalau bercinta akan menjawab pada masyarakat begini:” Jika memang jodoh kami, nak buat macam mana?” Ada juga yang menjawab begini bila sudah bercerai, “Sudah takdir kami untuk berpisah. Dah tak ada jodoh nak buat macam mana?”

Saya kira, jawapan klise itu bukan hanya dijawab oleh golongan selebriti tetapi juga ramai yang lain. Namun, manusia bukan hanya menanti jodoh dan takdirnya begitu saja, takdir dan jodoh akan terjadi bila ada usaha ke arahnya. Misalnya, orang yang masuk ke universiti, dia hanya berjaya setelah melalui proses pendidikan dan peperiksaan. Takdir hanya akan menentukan jenis universiti yang dipilihnya. Takdir saya ialah belajar dan ‘bermain’ di Universiti Malaya saja. Walaupun pernah memohon ke UIAM, tetapi jodoh saya di Universiti Malaya juga(dah 8 tahun di sini!)

dsc_7904.JPG

Suatu hari, ada seorang adik remaja lingkungan 16 tahun bertanya pada saya, “Kenapa Kak Ummu tak kahwin lagi?” Saya tergamam. Dalam hati ketawa sendiri, itu adalah soalan yang sama ditanyakan Om (watak dalam novel 1 Bulan 3 Bintang) pada Kakak Eka (juga watak dalam 1 Bulan 3 Bintang). “Kamu rasa kakak tua sangat ek?” Saya pun bertanya soalan itu; lebih kepada diri sendiri. Saya dulu, ketika usia belasan tahun selalu memikirkan, orang perempuan elok berkahwin usia 20-25 tahun. Lebih dari julat umur tersebut, dah dipanggil ‘andartu’. Nah! Sekarang saya telah terhukum oleh andaian saya masa sekolah menengah dulu. 

“Kalau Kak Ummu ada pilihan jawapan, tentu akan dijawab selain ‘belum sampai jodoh lagi’.” Itulah satu jawapan yang menyelamatkan. Ya, daripada orang bertanya lebih lanjut tentangnya. Dalam buku Saatnya Untuk Bernikah karangan Ustaz Fauzil adhim, beliau menukilkan; Jika anda berasa keseorangan, merasa perlukan perkongsian dan teman, maka adalah saatnya untuk anda bernikah!” Penulis tersebut kemudian membentangkan tanggungjawab sebelum dan selepas pernikahan dan ternyata ia bersifat ’mudah tetapi sukar!’ . Mudah untuk lafazkan tetapi sukar untuk melaksanakan tanggungjawab demi tanggungjawab.

Seorang teman saya, dalam perancangannya untuk berkahwin dengan seorang lelaki, mengakui bahawa semakin dia cuba mengenali sang teruna, semakin dia tidak mengenali. Sebelum perkahwinan adalah ‘dunia andaian’ pada seorang wanita. Mujurlah ada mafhum Hadis yang memesan, kebanyakan sangkaan itu adalah tidak benar. Maka, kepada teman saya itu dan teman-teman yang lain, alurkan pemikiran terhadap perkara positif. Dalam meraih yang terbaik, usaha, tawakal dan sabar adalah kuncinya.

Step usaha tentunya ada dalam mencari pasangan terbaik. Sekurangnya memberi kepercayaan kepada orang lain mencarikan seseorang untuk kita. Atau yang lebih maju, mencari sendiri pasangan hidup mengikut anjuran Islam. Namun, jika kedua cara tidak mendatangkan hasil, renungilah diri kembali. Tentu ada perencanaan lain yang Tuhan mahukan dari kita. Mungkin diri kita belum mampu atau bersedia untuk perkahwinan. Mungkin juga perlu diselesaikan tugas yang ada lebih dahulu agar nanti tidak terbeban atau terbengkalai. Buat teman-teman yang ‘menanti jodoh’, anggaplah ini satu perjalanan hidup yang ‘biasa’. Kita bukan golongan feminisme ortodok yang tidak mahu berkahwin lantaran berasa cukup tanpa ‘lelaki’. Kita meraikan fitrah diri dengan pengharapan dan permohonan terus kepada Allah. Moga tiba jodoh yang baik tanpa melewati batas-batas cinta nafsu sebelum perkahwinan. 

dsc_7884.JPG

Saya terdorong menulis tentang artikel ini sepulangnya dari majlis walimah sepupu saya, Solehah binti Johari Morad yang mengadakan perkahwinan secara beramai-ramai semalam. Memujuk diri sambil berkata; Allah ada perancangan yang lebih besar asalkan aku bersabar.  

12 Responses to Perkahwinan

  1. Mas says:

    Comella artikel kak ummu ni, makin lama kenal, makin tak kenal..huhu..mg2 dimudahkan urusan ye..

  2. laila says:

    saya suka artikel ni.jgn risau kak ummu,perempuan yg baik utk lelaki yg baik.mesti ykn hal itu:)

  3. Ummu Abbudey says:

    Bila bc tajuk artikel kl ini igt kak Ummu kawin x jemput kami… (InsyaALlah Qariban.. klu dlm ammi dia kata ” ‘uqbaalik “)Ari tu pun mai SP x singgah Kuala Ketil pon… :-( ….

  4. ummuhani says:

    Ya, Mas, Laila dan kak Ummu Abbudey, terima kasih.
    Mas-cerita ni ada kaitan dengan ‘Nek Mas’. Pesan pada dia, sabaqlah menanti hari bahagia. Ada orang bertahun2 tinggal bersama tapi tak boleh kenal mendalam juga sehingga sampai satu saat, bila pasangan dah meninggal dunia masa tu baru rasa kehilangan sesuatu yang berharga. Ataupun masa tu baru rasa kenal betul dengan psangan. Memang tak mudah; lelaki dan wanita ni dua fizik yang berbeza, juga nurani, pemikiran dan emosi juga berbeza. Yang penting kita mentaati Allah dan Rasulullah SAW, ITULAH TITIK PERSAMAANNYA.

  5. Bonda says:

    Salam, Ummu…
    La Tahzan anak-anakku pada jodoh pertemuan. Lalui terus kehidupan kerana perkara jodoh dan kematian adalah kerja Tuhan. Seandainya belum jodoh hari ini, mungkin di masa yang lain jodoh itu akan tiba juga. Redha dan tawakal. Perencanaan Allah terhadap kehidupan kita begitu teliti dan terlalu adil saksama. Cuma kita sebagai umat-Nya perlu merenung jauh ke relung iman dan taqwa untuk meyakini segala takdir dan Qadak Qadar-Nya.

    Perkahwinan juga bukan semudah bicara, SAH. Tetapi proses yang paling sukar ialah menerima pasangan kita seadanya. Jika kesabaran tidak dibajai dalam perkongsian kehidupan yang maha asing itu, pastinya sebuah perkahwinan akan menjadi seperti malaikat maut. Tetapi jika sentiasa disirami keikhlasan dan penerimaan seadanya, perkahwinan akan menjadi hari bulan madu sepanjang hayat..

    BONDA

  6. ummuhani says:

    bonda, bila terbayangkan perkahwinan tu macam malaikat maut, terus lemah sendi2ku, hehee
    Bondaku yang tabah, selalu menjadikan dirimu inspirasiku. Mesti bonda kata siapkan tesis dulu baru pk yang lain2, hehe
    bonda raudah adalah penyelia m.a saya di um. pensyarah paling best di dunia!

  7. kak faezah says:

    assalamualaikum ummu…

    soalan seperti itu sudah biasa hehehe..soalan cepu mas yang selalu ditanya di mana berada [sama laa kita ummu]…sabau jer laaa…

    Insya allah… cuma cepat @ lambatnya…

  8. _aisyahhumaira_ says:

    salam k.ummu..
    entry yang menarik..insyaallah..tugas kita berdoa mohon pd Allah moga dikurniakan teman hidup yang baik dan cuba perbaiki diri agar lebih baik dari hari ke hari. Selebihnya, rencana hidup kita Allah yang akan tentukan..

  9. zuleikha says:

    Salam kak ummu..
    Sy mmg xknl akak.surf2..jumpa artikel ni.Hermm..bila akak cakap “alurkan pemikiran pd perkara positif”tu sy terfikir akan diri sy.
    Sy kenal seseorg yg sdg menuntut di Mesir.Dulu sy mmg kasar sgt2 dgn lelaki.Dah 3 thn lbh sy kenal dia,tp xpernah layan dia dgn baik.Tak sgka, bertahun2 akhirnya sy smbut salam pershabatan dia saat dia berangkat pulang dr mekah ke cairo.Mula2 sy tak percaya dia blajar kat sana.tp sy teruskan berkawan.Sampai beberapa lama..dia confess kat saya dia syg sy.Dan sikit sebanyak sy pun syg dia.Dan dia ikhlas nk kwin dgn sy.Waktu tu sy menggelabah sb msg2 masih lg belajar.byk benda nk fikir.Sy naif ttg hal ni.sy berubah sikap kasar mcm lelaki krn sikap dia yg sgt penyabar.

    Masalah dtg bila sy terkeliru.Saya cuba usulkan hal prkenalan sy dgn dia pd mak dlm nada gurauan.Mak tolak.Oh ya..sayang seribu kali syg..alasan sb dia orang medan kak.Saya terpksa putuskan sb ms tu sy fikirkan hadapan nanti mcm mn..sy takut mak ayah sy tak restu sementalah ayah sy sgt skeptikal pd org indon.Sy sedih sgt kak..sb sy jumpa Mr.Right sy.Cukup agama,baik dan tahu tanggungjawab.Sy dah betul2 kecewakan dia.Sy betul2 syg dia.Hati sy memberontak,perlukah soulmate itu satu negara,satu bangsa,satu negeri,satu daerah,satu loghat..kak.

    Skrang bila fikir2 balik,mungkin apa yg sy fikir dan andaikan tak seteruk yg akan jadi.Kalau sy usaha,doa pd Allah dan tawakkal,insyaallah mungkin mak dan ayah boleh terima.Sb dia sungguh2 nk tinggal kat msia lps khwin klu itulah yg boleh buatkan mak ayah sy terima dia.Tapi sy yg terlalu naif kak,terlalu fikir jauh sdgkan sy tak hadapinya lg.Situasi sy;ditelan mati mak diluah mati bapak.

    Sekarang hati sy msh ada kat dia.masa putus dulu sungguh2 sy srh dia cari je yg lain dan lupakan sy.Tp dia xnk.Tp skrang bila sy fikir balik smua yg sy buat,smua yg sy nilai yg ada pd dia..sy pula yg takut utk hadapi yg dia akan jumpa gadis lain krn berpatah arang pd sy.Sya rs sgt menyesal kak.Tp dlm ms yg sama sy tersangkut pd persoalan restu ibu bapa.Terlalu berat beban di hati ni kak.Nanti klu kak ummu jmpa ssorg yg akak rs mr.right akak,jgn sesekali lepaskn dia k.Sb peluang brharga xkan dtg berkali2.Org ckp kumbang bukan seekor,tp pd sy kak nk dpt kumbang yg betul2 menepati ciri2 dan tahu peraturan dicipta Allah bukan senang kak.

    MAAFLA KERANA TULIS PJG KAT SINI.SAYA TAKDE TEMPAT NK MENGADU DAN BAWA HATI YG HIBA NI.moga akak jumpa dgn Mr.Right akak yg soleh:)

    wassalam

  10. Ummu Hani says:

    TERIMA KASIH PADA SEMUA. KINI SAYA TELAH DIJODOHKAN DENGAN SEORANG LELAKI YANG BAIK UNTUK MEMBIMBING SAYA. ALHAMDULILLAH

  11. jimie haliza says:

    tahniah!!saya seronok sejak mengenali siapa ummu hani dan bahasanya yang indah membuatkan saya belajar sesuatu….akhirnya jodoh datang jua..tahniah!!!

Leave a Reply

Name and Email Address are required fields. Your email will not be published or shared with third parties.

  • NURLIDA BT MOKHTAR: Salam Ummu Hani, Saya Kak Ida , ingin berkongsi...
  • Akim: link utk borang http://files.itnm.com.my/download/...
  • kakyong: tak salah utk berkahwin semasa belajar, asal faham...
  • Emyne Fahimah Chan: Assalamu'alaikum.. Bagaimana untuk saya mendapatk...
  • mamawana: Assalamualaikum Apa khabar Nik Nur Madihah? Ap...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com