Kenapa Puteh Book Garden, sedangkan kalian pejuang Bahasa Melayu?” tanya seorang editor sastera kepada abah dan saya.
Alhamdulillah, kerja-kerja akhir merealisasikan kecintaan abah dan emak iaitu Taman Buku Puteh (TBP) hampir selesai. TBP kini tinggal dipasang cermin tingkap, rak dan almari. Ini adalah usaha gigih abah dan emak, kami anak-anak hanya berdoa dan ‘tunggu arahan’ sahaja. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan ibubapa yang luarbiasa kepada saya dan adik-adik.
Laluan perkampungan kami iaitu Kampung Gajah Puteh, Padang Sera adalah laluan antarabangsa. Kedudukannya unik iaitu berada di tengah dua pekan yang menghubungkan negeri Kedah- Perlis dan Kedah- Thailand. Dari rumah kami, perjalanan ke Songhkla, Pattani, Hatyai, Naratiwat hanya memakan masa 2-5 jam perjalanan. Manakala untuk ke negeri Perlis pula, hanya mengambil masa sependek 15 minit! Justeru, tidak hairanlah kampung ini sering dikunjungi warga Thai dan bangsa-bangsa lain. Oleh itu, sebagai menarik perhatian para pengunjung maka diletakkan Puteh Book Garden manakala di bawah tulisan itu tertulis Taman Buku Puteh.
Tarikan amat penting dalam menanamkan kebaikan pada orang lain. Oleh itu, antara strategi abah memasyarakatkan warga di sini dengan buku ialah warna kedai yang terang, warna-warni, papan tanda yang boleh difahami semua orang serta aktiviti ilmu dari masa ke semasa.
Mohon doa kalian semua untuk perjuangan yang baru bermula ini.
SELAMAT DATANG KE TAMAN BUKU PUTEH
KAMPUNG GAJAH PUTEH, PADANG SERA, KODIANG, KEDAH.












kak Umu, bestnya, tak sabar nk gi….~wink~
Assalamualaikum ukhti Ummu,
Akak sekeluarga doakan ALLAH meredhai perjuangan abah dan mak Ummu. Insya Allah, jika berkesempatan ke utara, kami memang nak singgah. Boleh bukak cafe kat sebelah kot!
ya Allah, moga Allah izinkn daku menurut jjk lngkh kluarga hbt ini..
Semuanya baru bermula Mas dan Kak Tipah.
Mau ketik2 gbr jun & julia di bwh tduhan TBP
salam kak ummu hani, tahniah atas pembukaan kedai buku sendiri! – dari sahabat GKLN
Assalamualaikum kak, blog Puteh Book Garden sudah tidak kemas kini ya? Bagaimana berita terbarunya? Teruja tengok warna catnya yang terang dan menarik ini