Berjalanlah ke lorong manapun, jika hatimu menyisip iman, kau pasti selamat.

August, 2009

Friday, August 28th, 2009

Pernah Suap Mak Makan?

 ramadan.jpg

Malam itu, usai solat Terawih berjemaah sesama pelajar perempuan, Ustazah Syafrida memanggil saya dan 3, 4 orang rakan. Kami masing-masing berusia 9 tahun.

“Ustazah nak semua daripada anti ni suap ustazah makan,” katanya.  Saya  menggaru-garu kepala kerana pelik dengan permintaan tersebut. Ustazah Syafrida, guru bujang berusia 20-an, bertubuh besar dan tinggi terkenal garang di kalangan para pelajar. Kami menuruti permintaan ustazah.

Lalu, seorang-seorang daripada kami menyuap ustazah makan. Saya ingat, kami menyuapnya nasi. Ustazah menganga mulutnya, saya terus memasukkan nasi dengan berhati-hati agar tangan saya tidak mengena ‘liur’ ustazah.  Kami semua membulati ustazah walaupun selesai menyuapnya. Ustazah menghabiskan kunyahan. Matanya senyum nakal dan ada sedikit perasaan bangga kerana ‘berjaya’ disuap anak-anak muridnya. Ustazah-ustazah lain tidak pernah mengeluarkan ‘arahan’ seperti itu.

“Hem..bukan ustazah saja-saja nak suruh kamu suap ustazah makan. Tapi, ustazah nak tengok, antara kamu siapa yang betul cara menyuapnya,” kata Ustazah Syafrida. Kemudian, ustazah menepuk belakang Atiqah Abu Bakar, teman saya yang juga anak saudara Dato’ Dr Haron Din. “Hanya Atiqah yang ustazah nampak biasa menyuap orang lain makan, betul Atiqah?” Atiqah, teman baik saya mengangguk. Menurutnya, dia sering menyuap emaknya makan di rumah.

“Ketika hendak menyuapkan nasi pada ibu kamu, pastikan sebelah tangan memasukkan makanan, sebelah lagi menadah tangan yang di atas, agar tumpahan makanan tak terjatuh. Suapkan dengan lemah-lembut  dan sedikit-sedikit,” ajar Ustazah Syafrida. Kami semua ambil ilmu itu. “Jangan malu suapkan emak kamu makanan. Masa kecil mak dah suapkan kita makan,” pesan ustazah lagi.

Alhamdulillah, ternyata ilmu yang diajar ustazah itu berkat. Berbelas tahun berlalu, pengalaman menyuap ustazah tidak lekang di fikiran. Apa yang ustazah pesan itu juga saya lakukan walaupun tidak selalu.

Kawan-kawan, mari kita suapkan ibu kita makan nak?

Thursday, August 27th, 2009

Abah, Apa Itu al-Quran

ramadan09.jpg

Awan putih memayungi bumi. Ia terapung di atas pemandangan biru yang cukup indah. Di hadapan pula, tasik yang beriak ceria dipancari sinaran matahari. Beberapa kuntuman teratai tumbuh serumpun di tengah tasik. Sekelilingnya, hijau rumput melata luas dipagari bunga-bunga dari jenis palma dan keladi. Ada susur laluan untuk para pengunjung yang datang berekreasi. Bahkan di tepi tasik turut disediakan trek permainan kanak-kanak. Ada jungkang-jungkit, buaian dan rumah gelongsor yang besar. Tempat itu menjadi tumpuan seluruh kanak-kanak di kawasan perumahan Taman Cahaya Hati.

Hari ini, genap seminggu Muaz mengikut keluarganya berpindah ke taman itu. Sebelum ini mereka tinggal di Johor Bahru bersama nenek. Sebenarnya, hati Muaz masih sedih mengenangkan perpisahannya dengan nenek yang bekerja sebagai pensyarah tetamu di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Mereka sekeluarga tinggal bersama nenek sejak Muaz masih bayi. Kini, usianya sudah masuk sembilan tahun dan mempunyai dua adik yang masih kecil. Adik-adiknya bernama Adibah dan Anis yang masing-masing berusia enam dan tiga tahun.

“Kenapa Muaz termenung di tepi tingkap tu?” tanya Puan Hanan Continue reading Abah, Apa Itu al-Quran

Tuesday, August 25th, 2009

Tarian Pendet?

“Ukhti di mana?” tanya Akh Masrur, teman sarjana saya yang berasal dari Republik Indonesia. “Saya perlukan pertolongan ukhti, penting,” katanya tanpa mahu menjelaskan di telefon bimbit. Saya masih termangu, namun memikirkan bulan Ramadan eloklah memudahkan orang lain saya bersetuju untuk berjumpanya di depan Tesco, Kota Damansara (kebetulan saya dalam perjalanan ke Galeri Ilmu).

“Saya mau wawancara ukhti,” kata Masrur sebaik memarkirkan motornya di depan saya. “Hah? isu apa? kalau yang saya tak tahu, saya tak mahu,” kata saya. Saya maklum Masrur adalah wartawan sambilan untuk akhbar Kompas Indonesia. Dan dia selalu meminta pandangan saya berkaitan hal sastera dan budaya.

“Ini isu yang sangat penting. Selepas insiden lagu Rasa Sayang, Manohara dan Siti Hajar, Malaysia terus-terusan di protes rakyat Indonesia. Media di sana terlalu memprovokasikan isu Malaysia-Indonesia,” jelas Masrur yang kemudiannya menceritakan tentang isu Tarian Pendet, iaitu  satu tarian popular di daerah Bali yang telah digunakan oleh syarikat iklan Malaysia untuk menggambarkan salah satu budaya Malaysia.

Sejujurnya,  baru hari itu saya mendengar tentang tarian Pendet. Saya menolak permintaan Masrur. “Nanti saya baca tentangnya dulu baru komen boleh?” kata saya. “Tak bisa ukhti. Sekarang saya bekerja di Metro TV Indonesia, jadi saya mau langsung rakam wawancara ini ukhti,” katanya menunjukkan tag wartawannya. Saya bertambah terkejut.  Setelah dipujuk Masrur, saya bersetuju untuk bercakap dengan niat ianya adalah untuk ‘menjernihkan.’ Continue reading Tarian Pendet?

Sunday, August 23rd, 2009

Rindu 17 tahun yang lalu..

Usia 9 tahun; satu usia yang amat saya cintai kerana pengalaman itu. Ia tidak berulang bahkan mustahil akan berulang kembali di kala usia saya melewati denai akhir 20-an kini. Permaidani Ramadan 1430H yang sudah dua hari terbentang mengeluskan nadi rasa untuk mengenang-ngenang semula pengalaman hidup yang tentunya dalam catatan Malaikat Raqib dan A’tid.

RAKAM ALBUM

“Kalau main-main lagi, ustaz ketuk kaki kamu dengan kompang nanti,” ugut jurulatih merangkap penerbit kami, Ustaz Zarie Ahmad (Allahyarham) kepada saya. Ketika itu saya dan rakan-rakan Mawaddah sedang merakamkan album Ummiku Sayang (terbitan OVA Production). Saya menjadi solo bagi beberapa buah lagu dalam album tersebut antaranya Jam Tujuh, Tutup Aurat, Mentari Pagi, Akhlak Mulia, Selamat Tinggal Ayah dan Ibu.

Anggota kumpulan kami semua adalah kanak-kanak perempuan yang berusia 7-10 tahun. Hampir sebulan, ketika rakan-rakan lain cuti sekolah, kami ‘diperapkan’ di Kampung Sungai Pencala menjalani rakaman album tersebut. Selepas beberapa minggu, saya terkena demam campak tetapi terus nekad mengorbankan diri dalam studio sehingga satu saat saya tidak mampu berbuat apa-apa kecuali tidur. Saat bersama ustaz dan ustazah termasuklah Allahyarham Ustaz Zarie (Raihan), Ustazah Razimah, Ustazah Zuriah dan ramai lagi amat sukar dikikis. Setiap malam sebelum saya dan rakan-rakan tidur, kami dipaksa minum air asam jawa. Besoknya, kami diajar pula menggunakan nada suara yang betul. Ketika latihan berlangsung, saya selalu ditegur kerana kenakalan saya melebihi rakan-rakan lain.

Alhamdulilah, album Mawaddah siap beredar di pasaran pada tahun 1995 setelah setahun prosesnya. Saya dan kawan-kawan tidaklah ‘seglamour’ artis-artis nasyid sekarang ini. Waktu itu kami masih kanak-kanak dan meletakkan dakwah Islam melebihi penonjolan peribadi. Setelah siap album, saya dan rakan-rakan dikerahkan merakam video klip pula. Lokasi kami antaranya pantai Port Dickson, air terjun Ulu Bendul, Kuala Pilah dan beberapa tempat menarik lain. Hampir setiap hujung minggu saya ketika itu penuh dengan bernasyid di Seremban dan Kuala Lumpur.

KENANGAN INDAH

Pengalaman paling menarik adalah ketika album Mawaddah dilancarkan di Sungai Pencala. Kami digabungkan dengan kumpulan nasyid Nada Murni. Betapa gemuruhnya kala itu menyampaikan nasyid di pentas konsert yang besar. Agak melucukan apabila lagu yang disampaikan tersalah lirik dan rentak. Tetapi semua itu pengajaran yang berguna buat saya dan teman-teman.

KINI Continue reading Rindu 17 tahun yang lalu..

Monday, August 17th, 2009

Masuk Ke Kampung Ramadan

images.jpg 

Marilah kita meriahkannya dengan pelita taqwa. Bala bencana di sekeliling jadikan ancaman untuk kita berasa takut kepada Allah dengan menambahkan ibadah terutama dalam Kampung Ramadan yang akan hadir.

Ahlan wasahlan ya Ramadan.

Thursday, August 13th, 2009

Ustaz Asri Ibrahim Telah Mendahului

 u-asri.jpg

“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…”- Allahyarham Asri Ibrahim

Jika sekarang ini Pihak Astro sedang mengadakan tribute filem-filem Allahyarham Yasmin Ahmad, perkara yang sama diharapkan berlaku kepada karya berbentuk zikrullah dan nasyid oleh Allahyarham Ustaz Asri bin Hj Ibrahim yang telah pulang ke rahmatullah jam 11 pagi, 13 Ogos 2009 di Hospital Pantai, Kuala Lumpur. Ianya satu kehilangan yang amat besar dalam industri nasyid tanah air khususnya arena dakwah seni suara.

Pada mereka yang lahir sekitar tahun 1980-an, 199o-an dan alaf 21, suara Ustaz Asri menemani zaman bayi, kanak-kanak dan remaja kita. Allahyarham mengalunkan azan di kaca televisyen, menjadi ketua selawat jika hadirnya Maulidur Rasul dan zikirnya meronai pagi kita di corong-corong radio. Suara Ustaz Asri bahkan akrab mengajar kita nama-nama Allah melalui zikir Asma ul Husna, Tola’al dan terlalu banyak untuk dituntaskan di sini.

Secara peribadi, saya mengenalinya sejak masih berumur 5 tahun. Beliau ketika itu ahli kumpulan nasyid Nadamurni di Sg Pencala dan saya antara yang selalu melihatnya secara ‘live’ di pentas. Musim berlalu, Ustaz Asri dan kumpulan Rabbani bertapak kukuh dalam industri nasyid selepas kumpulan Raihan, namun mengagumkan, Ustaz Asri tidak pernah berubah akhlaknya. Seorang yang tawadhuk, suka tersenyum, bercakap dari hati, tulus, sederhana dan memiliki ilmu al-Quran yang tinggi. Bahkan, ketika menapak dalam jagat popular dunia hiburan, Ustaz Asri tidak ‘lari’ dari matlamatnya. Beliau seorang pendakwah yang berhikmah mendekati golongan seni.  Misalnya, saya pernah bertanya pada artis Bob Lokman tentang penasyid yang dihormatinya, tiada orang lain yang dijawabnya kecuali Ustaz Asri.  Dan rata-rata artis lain juga sangat hormatkan Ustaz Asri, bukan kerana garang atau tegas tetapi kerana akhlak dan budi yang dipamerkan Allahyarham.

Terakhir, saya pernah menegur Ustaz Asri ketika majlis Pelancaran Rakan Asuh dulu, saya katakan bahawa Ustaz nampak kurus , beliau membalasnya dengan senyuman dan ucapan terima kasih. Memang senyuman menjadi penghias Ustaz Asri ke mana pun beliau pergi.

Kehilangan Ustaz Asri tentunya memberi impak yang besar kepada kita semua terutama isteri dan anak-anaknya, ahli kumpulan Rabbani seterusnya para perindu zikrullah. Namun, kita yakin bahawa Allah telah menyediakan tempat yang baik, kekal abadi  dalam naungan CintaNYA buat hambaNya yang beriman. Ustaz Asri telah mendekati kekasihnya Rasulullah SAW di alam sana. Membawa segala perjuangan yang diteruskan dari baginda SAW untuk dikongsikan dengan habibuna Muhammad SAW.

Ya Allah, matikanlah kami dalam husnul khotimah agar kami mengecapi apa yang dikecap oleh para syuhadaMu yang telah mendahului.

AL-FATEHAH.

Wednesday, August 12th, 2009

Bukan Pergi Main-Main

3234671938_c3a8b9a913_m.jpg

“Macam manalah hang belajaq selama 5 tahun di sekolah Arab, tapi maksud sekolah pun tak tau?” leter abah pada sepupu saya, Eim yang akan melanjutkan pengajian di Universiti al-Azhar, Mesir hujung bulan ini. Bagi melanjutkan pengajiannya dalam bidang agama, Eim memerlukan biaya kewangan memandangkan dia tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak.  Justeru, abah ingin memperkenalkan Eim pada teman-teman korporatnya di sekitar Damansara dan Pinggir Taman Tun Dr Ismail.  Mungkin antara para usahawan Islam tersebut ada yang bersimpati dengan masalah Eim.
Abah membawa Eim berjemaah di Masjid al-Ghufron yang terletak beberapa meter sahaja dari rumah sewanya. Selesai solat, abah kemudiannya memperkenalkan Eim pada rakan-rakan jemaah masjid yang terdiri daripada usahawan dan professional.  “Semangatnya tinggi nak belajar di al-Azhar, tapi belum cukup tambang ke sana,” jelas abah bagi diri Eim yang sememangnya agak pemalu (terutama dengan orang luar).
Seorang jurutera kemudian menyorong pertanyaan spontan kepada Eim, “Dulu anak sekolah di mana?” Eim kemudian menjawab, “Di SMA Nahdhoh Hasanah, Kodiang, Kedah.” 

3234553700_219da6ddd8_m.jpg
“Pakcik ni tak tahu bahasa Arab, bolehkah anak terang apa maksud Nahdhoh Hasanah tu?” tanya si jurutera. Eim gagal menjawab soalan itu. Hadir pula jemaah professional lain bertanya, “Cuba terangkan beza bidang Usuluddin dengan Syariah ni, pakcik nak tau juga.” Lagi sekali,Eim kelihatan gugup dan gagal menjawab dengan baik. Hal itulah yang membuatkan abah saya berleter panjang kepadanya.

3243937096_8c0af20a16_m.jpg

LETERAN KEBAIKAN Continue reading Bukan Pergi Main-Main

Monday, August 10th, 2009

Bersama Madihah, Aktiviti Pertama Taman Buku Puteh.

050820091147.jpg

Anis bawa kawan-kawan ‘lepak’ di Taman Buku Puteh lepas sekolah.

“Kami telah bertolak seawal mungkin tapi tetap sampai lewat, maaf ye adik-adik..” kata saya membuka bicara pada pagi yang bahagia di SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Memang saya dan Nik Nur Madihah @ Madihah bertolak seawal 5 pagi dari Sek 14, Petaling Jaya (rumah sewa) menuju ke LCCT, Sepang. Saya pandu kereta dengan Madihah tersengguk lena di sisi sambil saya bernasyid sekuat hati (kerana membuang rasa mengantuk). Semalam, kami tidur sekitar 2-3 pagi dan bangun jam 4 pagi. Kapal terbang (Air Asia) dijangka berlepas ke Alor Setar jam 7.15 pagi.

090820091151.jpg

Para Pelajar di SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar

Abah memaklumkan bahawa agenda ceramahnya (tentang novel Julia) telah diubah berikutan abah yang masih demam. Kedatangan Madihah (yang sebenarnya bertujuan nak ziarah keluarga saya sahaja) bertukar acara formal. Dia diminta untuk memberi taujihat kepada para pelajar tingkatan 2-6 di SMK Sultanah Bahiyah dan saya selaku  pemanis bicaranya (berkongsi pengalaman menulis buku Catatan Hati Nik Nur Madihah). Kami turun dari kapal terbang dengan wajah ‘lesu comel’, Madihah sepanjang perjalanan tidur dan saya sempat ‘senyum pada awan’. “Masa sayap kapal membelah bongkah awan, kita teroleng sedikit dan Kak Ummu rasa nak muntah masa tu. Langit utara tak setenang langit Sepang,” kata saya pada Madihah ketika kami keluar langsung ke bilik air Sultan Abdul Halim Airport. “Eh, saya tak sedar pun. Kak Ummu kenapa tak kejutkan saya?” tanya Madihah. “Awak nak tidur, tidurlah dengan aman. Nanti tak cukup segar depan peminat.” Saya hari ini macam PA si genius ini. Continue reading Bersama Madihah, Aktiviti Pertama Taman Buku Puteh.

Wednesday, August 5th, 2009

Masalah Penulisan Skrip di Malaysia

Ada beberapa masalah penulisan skrip drama televisyen yang boleh kita fikirkan bersama. Berikut yang saya ‘jumpa’ ketika membaca majalah, akhbar dan tesis tentangnya.

Di Malaysia, bidang perfileman ataupun drama berhadapan dengan masalah besar ekoran tidak mempunyai jatidiri kerana lebih meluaskan pengaruh budaya luar terutama dari barat. Bahkan, sebahagian besar para penerbit tempatan gemar mengangkat imej filem atau drama yang negatif serta tidak menguntungkan agama, bangsa dan negara.   Kebanyakan drama atau filem Malaysia dihasilkan mengikut kemahuan penerbit bukan Melayu yang lebih mementingkan keuntungan.  Kesannya, karya-karya ini tidak menaikkan imej Melayu, menyebarkan nilai Islam, menguatkan iman serta merapatkan perpaduan Melayu dan ummah. Continue reading Masalah Penulisan Skrip di Malaysia

Wednesday, August 5th, 2009

Penulis Pemula

Penulisan skrip drama televisyen (sdt) merupakan antara genre sastera yang agak kurang diceburi oleh para penulis sastera dakwah. Berbanding novel, cerpen atau puisi, sdt lebih rumit sekiranya penulis tidak mempunyai pengalaman dalam penerbitan televisyen. Menulis sdt bermaksud penulis juga perlu tahu sedikit sebanyak tentang kehendak penerbit (terutama bajet), pengarahan (dialog dan aksi) dan SYARIAT!

Menulis novel misalnya, penulis lebih ‘bebas’ untuk menggambarkan realiti watak, hakikat anak, ibu, bapa, isteri, suami, jiran dan lain-lain. Anak dan ibu yang saling berpelukan apabila berpisah, bapa yang selalu mencium dahi anak-anak sebelum mereka keluar dari rumah, suami-isteri yang mesra dalam bilik tidur, serta pelbagai gambaran lain yang dialami masyarakat sehari-harian. Dalam cerpen atau puisi juga begitu.

Namun, dalam penulisan skrip drama televisyen, hal ini menjadi satu ‘proses kreatif’ yang baharu kepada penulis kerana, selain mengatur aliran dialog dan aksi, penulis sebenarnya sedang menyusun ‘kumpulan manusia’ dalam otaknya untuk divisualisasikan kepada penonton. Penulislah yang akan menggerakkan pengarah dan pelakon untuk menyelesaikan sesebuah cerita. Sekiranya, penulis tersebut menggariskan cerita yang buruk, klise, emosi, maka pusat cerita akan terbentuk begitu. Drama-drama Islamik di tangan penulis yang berjiwa Islam hasilnya berbeza daripada drama Islamik di tangan penulis yang hanya tahu tentang Islam.

Penulis yang hanya tahu tentang Islam (tanpa menjiwai) tidak merasa ‘apa-apa’ jika dia mengajak penonton untuk bertaubat (melalui lakonan pelakon) tetapi pada masa yang sama turut mempertontonkan adegan dalam bilik tidur, menari dalam kelab malam, berpelukan lelaki wanita, berzina dan lain-lain. Sebenarnya, para penulis mempunyai pilihan untuk memurnikan ceritanya ‘agar tidak berlebih-lebihan’ menggambarkan realiti masyarakat yang rosak. 

Kerjasama antara penulis, penerbit, pengarah dan pelakon memang perlu. Tetapi, sebagai penggerak cerita, penulislah yang perlu menasihati dirinya sendiri untuk berhati-hati mengalurkan dialog dan aksi yang kemudiannya dikembangkan pula oleh pengarah dan pelakon.  Siapakah harus dipersalahkan jika masyarakat mengidentitikan drama Melayu sebagai drama sarat emosi? (misalnya, hal yang remeh temeh seperti cemburu buta, dengki dan bomoh sering diangkat menjadi isu utama) walhal, jika kita membaca novel sastera atau novel sejarah Melayu, sikap orang Melayu ‘sangat jauh berbeza’ daripada yang dipertontonkan di televisyen. Masih banyak nilai dan elemen kesenian, kehalusan budi, ketinggian falsafah Melayu yang dipegangi sebilangan kita di Malaysia ini.

Barangkali kerana ia begitu ‘renyah’ (kerana untuk menghasilkan skrip drama yang baik penulis mesti berilmu) dan terikat dengan autoriti hukum, tidak ramai penulis yang berjiwa Islam dan mempunyai pengetahuan mendalam tentang Islam menceburkan diri dalam bidang ini.

Ayuhlah kawan, kita sama-sama belajar menghasilkan skrip drama televisyen dakwah.

        

  • sot: Alhamdulillah sempat khatam buku Noorah malam tadi...
  • erra juslan: comelnya anak ustazah..bila mahu kenalkan kepada k...
  • XDEATHX: salam.. ehehem...tang yang last tue mencuit hat...
  • Merra lala: Me too. Dekat pesta buku je ke?...
  • Merra lala: Ada class tak? Nak belajar menulis :)...
  • Social Network
  • Categories
  • Koleksi Terbitan
    Ladang Hati Mustika Sue Phea Mangkuk Untuk Nenek Koleksi Bacaan Kanak-Kanak

    Surat Ibu

    1 Bulan 3 Bintang

    Catata

    Senyum Kota
     

  • Social media

    Powered by WordPress

    Blossom Theme by RoseCityGardens.com